Friday, December 31, 2010

hari hari terakhir

betul ke cuti da nak abis ? oh mai god, oh mai god. betul ke ni ? betul ke ? tolong laa, aku tanak balik. tak puas lagi nak meronggeng, tak puas nak bermanja, tak puas tido kat katil tersayang. ohh, tolong la. tuu la, cuti lame sangat. jadi la berat nak balik. ape ape pun, kena gak balik. semester baru, kita buka lembaran baru. jangan ingat kenangan lalu. cewahh, dramatis sehh. tapi aku sedih nak tinggalkan tahun 2010.


saat saat terakhir aku spend time ngan my bff pada tahun 2010. pasni tunggu taun depan la nak spend time ngan dorang lagi. kena tunggu semua balik, baru leh jumpa. ronggeng sama sama. fuhh, seronok. snap sane snap sini. pose sama sama okayy.


ape pencapaian aku pada tahun 2010 ? macam takde je. ade la sikit sikit. first, aku dah tamat zaman sekolah, pastu dapat masuk u. then dapat turunkan berat badan. dan pencapaian penting, result aku utk final exam. takde la teruk sangat, takde la gempak sangat. kiranya masih boleh nak bersyukur lagi laa. ape pencapaian korang sepanjang 2010 ?


azam aku untuk tahun 2011: (banyak nie)
-nak kurus, nak kurus, nak kurus(azam ni dah bertahun tahun, tapi susah beno nak tercapai)
-nak jadi budak baik. takmo nakal nakal lagi
-nak kurangkan shopping. baik on9 ataupun shopping biase. 
-nak belajo rerajin. takmo main main lagi macam sem lepas. 


amboi, banyak azam ni ? agak agak boleh tercapai ke ni ? doa doa aku dapat capai semua nie. 


hari hari terakhir bersama mereka di tahun 2010


muka budak lapar gile


kalu jumpa cermin tak snap snap, memang tak sah


takde tempat lain naik snap


yang ni pun same


kaki karoke


yang belakang tu da lapar sangat


mesti ade je nak inteprem


rindu korang laa wehh


anyway, hepi new year semua ! semoga tahun 2011 memberi banyak kemanisan buat kita semua.


1 comment:

Wanie Asri said...

ceittt...nape ader pic burok i...???huh