Monday, April 22, 2013

Resepi herbalife shake

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Hari ni aku nak kongsi resepi shake yang super duper yummy. Korang mesti kadang kadang bosan kalau minum plain shake je kan? Mesti nak ada kelainan dalam shake tapi masih mengekalkan kalori yang rendah. Nah resepi shake. Memang confirm korang tak menyesal. Rasa dia sedap sangat. Serius tak tipu.

Super duper yummy shake

350 ml air sejuk
2 scoop penuh f1 perisa vanilla atau tropical fruit
1 scoop penuh protein f3
1 biji epal hijau ( di buang biji dan dipotong, kulit jangan buang)
5 batang baby carrot ( tak perlu buang kulit)
1 biji pisang

mula mula blend air dan semua buah buah, lepas dah hancur, tambah protein f3, blend lagi, last baru tambah f1 shake dan blend lagi. okayy serve dalam gelas cantik2 dan minum dengan penuh semangat sebab rasa dia memang sedap gila.








kenapa epal hijau dan carrot tak perlu buang kulit? sebab sebenarnya dekat kulit epal dan carrot tu terdapat banyak sumber fiber. so sayang la nak buang macam tu je. blend je terus. sedap sungguh. aku jamin, bila korang minum shake macam ni, mesti rasa nak membuang air besar lancar je. kalau tak letak buah pun hari hari membuang, kalau tambah buah lagi lah senang nak membuang. Lagi senang la semua toksin keluar dari badan. Lagi senang la semua sisa sisa makanan yang dah bertahun tahun tersimpan dalam usus korang tu.

Korang tahu tak sebenarnya kalau toksin, sisa sisa yang lama tersimpan dalam badan korang tu tak dikeluarkan, terjadi lah sembelit, muka berjerawat, dan badan berangin. Korang pernah tak terfikir, punyalah korang makan collagen berkotak2, vitamin c berbotol2, tapi still takde kesan? Haaaa sebenarnya bila usus korang kotor, tersumbat, susah nak buang air besar, susah sebenarnya supplement yang korang makan tu nak menyerap dalam badan. Aku nasihat korang sebelum membazir beribu ribu duit beli collagen tapi tak berkesan, silalah detox badan korang dulu. keluarkan dulu semua toksin dalam badan. bagi saluran usus korang bersih dulu. lepas korang dah detox badan korang, percayalah cakap aku, mesti senang supplement yang korang makan tu nak menyerap dalam badan korang.

Macam mana nak detox? salah satu cara, adalah dengan makan buah buahan dan sayur sayuran. sumber fiber bagus untuk detox. selain dari makan buah, korang boleh minum aloe concentrate herbaalife. okayy nanti aku buat entry pasal aloe pulak ye.


Okayy nanti aku sambung ye. stay tune. thanks.


Friday, April 12, 2013

Aku anak yatim

Assalamualaikum.

lama dah tak update post baru. macam nak dekat setahun dah tak update. macam macam sebenarnya dah berlaku dalam hidup aku. kenapa tajuk 'aku anak yatim'? satu sebab adalah memang nama ayah aku yatim. dan yang kedua aku memang anak yatim. dalam erti kata aku adalah anak yang telah kehilangan ayahnya. semuanya macam terlalu pantas. tak pernah terfikir aku kehilangan ayah. Ayah meninggal 28 januari 2013 dalam nahas kemalangan motor. Tak akan aku lupa tarikh ni.

27 Januari sebenarnya tarikh lahir ayah. aku terkilan sebab 27 januari haritu aku tak sambut birthday arwah. cuma wish je. sayang semuanya dah terlambat kan? dulu aku selalu tengok berita dekat tv, surat khabar pasal orang meninggal kemalangan. tapi betul betul terjadi dekat diri aku sendiri. dekat ahli keluarga sendiri, dekat ayah sendiri. tapi kita tak pernah tahu dan tak akan tahu bila dan macam mana ajal kita kan? aku redha. Allah lebih sayangkan ayah aku lebih dari aku sayang dia. aku kena terima. sebab tu lah ketentuan. tu lah takdir yang tercatat.

mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ni. sebagai anak, hamba Allah, aku hanya mampu berdoa. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman, semoga ayah diberi ketenangan disana, semoga semua dosa dosa aku terhadap ayah diampunkan.

ni artikel pasal kemalangan hari tu. kalau taip nama arwah ayah 'yatim hj shrani' akan keluar artikel pasal arwah. dan, sebenarnya arwah ayah eksiden dengan cucu sedara dia sendiri. semoga cucu sedara, arwah zulfahmi ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. In Shaa Allah.


artikel kemalangan