Monday, January 31, 2011

aku nak kawin...!

pak pak pak kebom kebom kebom. hantaran semua dah siap. baju dah sampai,  khemah dah pasang, kad kawin dah diedarkan. tinggal lagi seminggu je sebelum majlis. berdebar debar laa bila nak masuk alam lain nie.

ceitt, gatal betul kau budak. umur baru setahun jagung, diploma pun tak habis, ada hati nak jadi bini orang. da pandai masak ke tuu ? hahaha, mimpi jela wehh. orang kata kalau kita mimpi kawin ngan orang tu, maksudnye kita tak kawin dengan dia. betul ke ?

aku da banyak kali mimpi kena kawin. tu maksudnye aku gatal ke asyik fikir pasal kawin je ? tak laa, mimpi kan mainan tidur. first, aku mimpi kena kawin ngan duda anak tiga. makk, tanak la. duda tu dah tu lerr. kalau duda tapi muda lagi takpe jugak. ni, anak dia pun dah besar. rasanya anak dia pon sebaya dengan aku. tapi anak dia hensem sehh. ceitt, sempat lagi kau mimpi macam ni eh? nampak sangat kau ni banyak tidur.

kedua aku mimpi kena kawin gak. dengan sape ntah. tak sempat nampak muka. yang aku tau, aku kena belajar masak. rasanya ni petanda suh aku belajar masak kot.

yang semalam aku mimpi kena kawin ngan sedara aku. act, die nak kawin ngan orang lain, tapi tup tup lagi seminggu nak kawin, dia cakap dia nak kawin ngan aku. makaihh, kecoh satu keluarga. semoga tak jadi kenyataan ehh. takmo kawin lagi laa. belum sedia. tapi yang aku pelik, banyak banyak mimpi, nape la kawin jugak yang masuk mimpi aku. takde ke mimpi lain ? haishhh, aku bukan gatal ehh. da memang mimpi tu sendiri nak datang. takkan aku nak tolak ? cakap 'nanti, tanak, jangan masuk dalam mimpi aku' ceitttt, merepek daa aku nie. tapi, yang penting aku ade mimpi pasal kawin. korang ade ke ?

yang penting, habiskan belajar dulu, aku nak kejar cita cita aku dulu. baru mau kawin.

okayy, tata nak sambung bloggywalk sampai muntah~

mood: rajin

akhirnya mood rajin dan free pun tiba. kalu tak, macam haremmm je aku nak update entry. bz la, ape laa. sekarang mood tengah rajin. rajin nak pegi bloggywalk. yelaa, nanti kalau dah start class, memang haremm la korang nak tengok jejak jejak kasih aku. dengan assignment terabur sana sini. kuiz and test yang tengah tunggu giliran masing masing. memang tak menyempat la nak update. kat umah ni pun nak kena tunggu wifi aunty sebelah on. baru boleh nak buat ape ape. huh, memang betul la orang cakap. 'student adelah manusia paling busy kat dunia ni'. tapi sesibuk mana pun aku, aku tetap sempat  nak keluar meronggeng dan berjimba jimba. huh, memang tak nak kalah. asyik merayap je keje aku. tak kira la ujan ke, panas ke. jimba tetap jimba. okayy laa, nak sambung bloggywalk sampai pengsan.

to-do list on holiday:
-assignment ctu
-assignment rekreasi(tanak kalah, rekreasi pun nak bagi assgment)
-menghafal ctu
-tutorial chemist
-baca bio cz naik nanti ade kuiz
-study calculus cz nanti ade kuiz jugak
-essay bel
-tengok khurafat kat bp ngan wanie
-hangout ngan syakila
-hangout ngan nabila
-teman mak pegi beli barang
-belajar masak (paling penting sekali)
-movie marathon>fullhouse, hana kimi, magika, muallaf, ngangkung, banyak lagi laa.


p/s:dengar cite pilah banjir. betul ke ? betul ke ?

Friday, January 21, 2011

belog bersemak samun plus plus.

perghh, belog engkau, dah semak samun giler sehh. ape hal kau ni? maaf lah semua, busy gilers laa. duk wat tutorial la ape laa. ececeh, padahal tak buat pun..;D. maaf la, mmg tak sempat langsung nak update. padahal banyak je benda nak share. tapi sangat sangat tak sempat. nak bloggy walk banyak banyak pun tak sempat. siap ade sehari yang tak jalan langsung. patut lah gemok dan semak belog nie. sebab lame dah tak update. nanti la cuti raya cina, aku update banyak banyak. pastu bloggywalk banyak banyak sampai pengsan.



tata semua. 

Saturday, January 15, 2011

marilah mengundi saya.

kawan kawan. meh la undi saya. ni baru first time join contest. so, its okayy la kalau tak menang. sebab nak tambah tambah kenalan je. nak erat eratkan silaturahim. saje je mencuba nasib plus mengisi masa lapang la kononnye. contest ni pasal template. uollss tengok template i kemas tak ? kalau kemas, sila lah undi. kalau nak mengundi, boleh la klik kat SINI. undi la (vanilla-chenta.blogspot.com-yaya). haa, itulah blog saya. undian anda sangat sangat saya hargai. ni template yang saya bermati matian nak buat. yelaaa, nak nak bagi budak mentah macam saya ni. agak bermati matian jugak la nak buat. kemas sikit la. feminin lagi. sebab pinky pinky gitu.

btw, thanks uollsss. marilah kita mengeratkan ukhuwah ni okehh.

Wednesday, January 12, 2011

chocolate and fall in love.


chocolate contains phenylethylamine, a natural substance that stimulates the same reaction in the body as falling in love. hence, chocolates are great as a solace for heartbreak or just to feel good. chocolate is considered by many as an anti-depressant and even aphrodisiac a substance that excites sexual desire.


so, if uollss in heartbreak, chocolate can make uolls feel better. so, lets eat chocolate.


okayy, if anda semua nak rasa homemade chocolate, leh la try tempah kat mereka ni. mereka pun ada buat kelas homemade chocolate. boleh laa try usha usha ye.




sedap coklat
teratak chetam
Mas des Fontaine


hari tuu, i ade pegi showroom beryl's kat seri kembangan. seronok masuk dalam tu. borong habis habisan. memang rambang mata la. coklat dia pun sedap jugak. yang paling best Tiramisu laa. memang borong dua tiga kotak laa. harga pun berpatutan. why don't uolls try pegi sana kan. boleh cuci cuci mata kan. 
okayy, nak maklumat lanjut pasal beryl's, boleh klik sini
facebook pun ada. boleh la usha usha.



saya tak cantik, tapi saya menawan.

..perasan kejap..

..ada orang cakap saya tak cantik..

..tapi dia kata saya menawan plus comel pula..

.jangan.

..jangan muntah hijau depan saya..

..sila pergi toilet okayy..

..siapa muntah, dia jeles..

..ahaa, jangan jeles pada saya..

..saya tiada apa apa untuk dibangga..

..cuma ada lesung pipit yang tak berapa nampak..

..saya juga ada badan yang gemoksss..

..yang penting..


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




~beauty is in the eye of the beholder~






..jangan marah..


Tuesday, January 11, 2011

minggu sibuk sudah bermulaaaaa.

ohh, minggu semakin sibuk. sibuk. sibuk. sibuk. sibuk. tutorial, assignment, tu belum start lab lagi. kalau tak, memang tak cukup tangan la nak buat lab report. oh mai gucci. perkara yang aku paling tak suka adelah kena buat lab report laju laju. tapi sebenarnya selalu tangguhkan dulu lab report tu. dah nak deadline baru macam tak cukup tanah, tak cukup udara nak buat. padanlah tak dapat DL macam tu. keja asyik bertangguh je. pakcik dekan pun tanak bagi anugerah tau.

okayy, dengar cerita sem depan masuk bulan may. ohh mai LV. seriuskah ? cepatnye makkk. sekejapnye cuti sem ? baru bercadang nak keje tau. tapi faedah yang sangat ketara adalah, dapat abis belaja cepat. yeayy, boleh kawin. yeayy yeayy! haipp ! gatal sehh kau. baru habis dip laa. belum degree lagi. habis degree baru boleh fikir okehh. kejap kejap, masak tak pandai lagi. jangan gatal nak kawin ye.

okayy, untuk pengetahuan semua. saya dah tak sedih lagi. saya dah tak marah marah kat orang tu. nak buat apa marah, sebab kalau saya marah, dah sama laa perangai macam orang tu. tak profesional. lagipun, orang yang suka marah marah, lemah imannya. so, baik berdiam diri sahaja. berdiam bukan bermaksud kalah, tapi diam sambil berfikir. mencari yang rasional.eheee. skemaa je aku ni kan. tak pelaa, its okayy la. let bygones be bygones. ambil semua ni jadi pengajaran. jangan dilayankan sangat anasir anasir yang bakal merosakkan study mu. life must go on. kadang kadang kita kena terima apa yang datang pada kita, bukan mengharap pada apa yang kita mahukan

family sentiasa ada disisi. walau seribu orang kecewakan kita, family tetap ada disisi. meh la tengok family assignment aku kat keyy ell hari tuu.

mandi manda kat jeram. sejuk giler wohh. jeram kat FRIM. seronok gilaa. okayy, bagi yang suka buat photoshoot atau kaki snap, aku syorkan korang buat kat dalam FRIM. pemandangan memang cantik okehh. ade hutan, sejuk, damai. ade padang cantik, daun daun kering yang cantik. kesimpulan, FRIM memang cantik okehh.

kakak aku memang suka posing muka pelik pelik macam ni. harap harap tak menurun la dekat si fatin tu.

ohh, nenek saya juga pandai senyum okehh.

emak yang tek rela wajahnye diambil gambar. private private. maaf mak, dah ter'upload kat sini.

kak ila dan ariff. ariff pun suka posing pelik pelik. juling la ape laa.


dia ni lagi.

okayy, ni poster kat IJN. aku sempat snap sementara tunggu masa nak melawat. pakcik aku operate ape ntah. 'bypass ke ape ntah name die. takut laa. so, begitulah pentingnya kita perlu menjaga jantung. makanlah quaker oat. menurunkan paras kolestrol.

ini mak saya yang shopping okehh. dia beli banyak sebab nak bagi kawan kawan dia. mak cakap, alang alang dah kat sini, beli la ape lagi. ni kami borong dekat showroom kilang beryl's. perghh, kalau masuk situ memang rambang mata nak beli. banya gila choc yang best best. tapi jangan selalu, kencing manis nanti.



ni la dulu. gambar bersepah sepah. aku pun dah tak reti nak susun. malas dah. yelaa, entry ni agak berspeed laju sebab abang biology tengah tu. dah tak sabar sabar nak study same la tuu. okayy sayang, kejap lagi i datang okayy. ceittttt.ngengade sehh budak ini.


p/s: minggu nie memang sibuk gilaa. nak bloggywalk pun tak sempat. nanti cuti, aku pegi bloggy bloggy walk banyak banyak okehh.

babaaaaaiiiiii semua. sayang korang !

Friday, January 7, 2011

jendul, jendol, dahi luas.

'Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau!'
camne nak menyebut ? jendul ke jendol ke ? tak kisah la, yang penting maksudnye same je. dahi luas plus plus. aku berbangga mempunyai dahi jendol ni. sebab ape ? ntah laa. tapi da macam trademark family aku laa. orang lain pon ade, tapi bila mewarisi warisan keluarga ni rasa lebih bangga laa. ayah aku, kakak kakak, abang, anak anak sedara, masing masing ambil sikit warisan ni. hahaha. 


orang kata dahi jendol ni bijak. betul kot sebab abang aku, kakak kakak aku, anak anak sedara aku bijak bijak belaka. aku ? aku pun bijak, tapi vitamin malas tu terlebih sikit. tu yang belum nampak hasil ke'jendol'an ni. orang dahi jendol ni, ilmu senang masuk sebab keluasan dahi tu.hahaha, betul ke ? entahh. 


aku penah terbaca, orang berdahi jendol ni mempunyai kecerdasan tinggi. mereka juga rajin dan cekal utuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan. dalam family aku, abang aku la yang paling ketara sekali. tapi aku tak pasti la ni mitos ke ape. tapi kalau betul kan, seronok nyaaa.


ekceli, kami jendol tapi pandai cover laa. sekarang kan banyak fesyen leh tutup kejendol jendol tuu.hehe. 


bukti bukti ke'jendol'an kami.


mereka ni bijak bijak belaka. mewarisi mak masing masing

yang ni pon bijak jugak. tapi malas sikit la. tu yang bijak nye tak muncul muncul

yang ni pon bijak jugak. anak dia pon mewarisi gak. 

yang ni ketuanya

kak ila pon bijak jugak

yang ni pon bijak jugak. mewarisi mak dia.

yang ni bijak. kalau tak, tak kan sampai jepon kan ?

sekian lahh laporan ke'jendol'an itu kecomelan dan kebijakan. jangan buat plastic surgery semata mata nak jadi jendol pulak ehh.




Wednesday, January 5, 2011

saja ngada ngada nak buat wishlist~

hehehe. padahal burfday lama lagi. pastu konon tanak masuk 19, tapi sibuk nak buat wishlist jugak. tapi serius laa, aku rasa macam tanak masuk 19 laa. nak 18 je. masih muda remaja gitu. nanti tiba tiba dah masuk 20an pulak. takmo takmo takmo. aku mau berumur belas belas sahaja. tanak puluh puluh. merepek la kau budak ! mane ade orang tak meningkat umurnye.hehe. tapi tapi tapi, nanti bila dah umur puluh puluh, makin banyak tanggungjawab. pastu tiba tiba umur 25. dah kena kawin pulak. takmo takmo takmo. belum puas lagi nak ngempeng(manja manja) dengan mak. belum puas nak merengek rengek mintak itu mintak ini. huarggggh, cepatnya masa berlalu. macam tak terasa je. padahal dah macam macam berlaku, tapi tak sedar diri la budak ni. memang sah tak matang lagi nih.


okayy okayy kita kembali pada segmen wishlist aku yang mengada ngada ehh. bukan apa, letak wishlist awal awal mudah la orang nak get ready kan. tak gituu ??hehehe


 kalau boleh la, kalau boleh je, tak boleh takpe.


-nak celebrate ngan seseorang
-nak celebrate ngan kawan kawan
-nak cik teddy baru.
-nak jam casio pink yang aku idam idamkan tu.
-nak makan choc indulgence, beef lasagne, red velvet, BR, kenny rogers. (hoi, banyak nau nak makan ? tak padan gemuk. kata diet, tapi mintak macam macam.hehehe. ala, bukan selalu, time burfday je)
-nak selipar dalam rumah kaler pink.(yg ni da request kat nabila.~teruk sehh kau)


tuu je la kot buat masa ni. cehh, hampeh. macam banyak je bunyinye tu kan? takde laa, buat masa ni tu jela kot. tapi kalau dapat la, memang terharu sangat sangat la. memang sayang laa orang tu.

Nak masuk Bloglist gempak Wan Hazel

TUTUP : 11.1.11


-yayaLOVA-

-http://vanilla-chenta.blogspot.com

-nape sy nak masuk bloglist gempak ni ? sebab sy suka sangat blog wan hazel nie. then, boleh la kenal kenal nak erat eratkan silaturahim. boleh jugak tambah tambah kenalan blogger lain nanti.

 -penuh dengan tutorial. sebab sy bukan pandai sangat bab bab blog ni. so, tutorial dia boleh membantu sy yang tak pandai nie. blog dia sangat comel dan menarik ye.

Monday, January 3, 2011

homesick, homesick, homesick!

pergh, ngengade sehh aku. baru bape hari duk sini dah homesick. kalah budak budak pb. dorang pun tak homesick macam aku. nak buat macam mane, dah aku memang anak manja plus ngade ngade.hehe. aku rindu rumah, aku rindu atuk, aku rindu mak, aku rindu ayah, aku rindu wifi laju kat rumah dan dan dan, aku rindu eddie. sape eddie tu ? entahla, aku pun tak tau.hehe. biarlah rahsia. yang penting aku rindu mereka semua. aku rindu sangat. rindu rindu rindu rindu.


keadaan kat sini tak sama macam dulu. semua sunyi je. tu yang buat aku homesick sesangat tak hengat tuu. macam nak nangis pun ade ni. perghh, sumpah. ngengade betul aku nie. aku pun tak tau nape. dulu pun mase duk hostel homesick gak macam ni. nak nak time nak maghrib. sumpah, sayu sangat. pilu sangat. nape la aku jadi macam ni kan. lagi lagi kalau aku buka surah al-waqiah dalam lappy. bacaan sheikh mishary rashed alafasy.


p/s: dalam mood rindu sangat sangat.




Search Results

  1. Search Results

Sunday, January 2, 2011

jangan pandang belakang lagi

jangan pandang belakang lagi. boleh pandang belakang, tapi jangan selalu. sekali sekala je. sekadar untuk buat pengajaran boleh laa. dah masuk semester baru, kita bukak cerita baru. jangan jadi macam semester lepas lagi. jangan buat kesilapan untuk kali kedua. manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan, tapi kalau berulang kali melakukan kesilapan yang sama, dah salah sangat lah tu. biar yang lepas tu lepas. jadikan yang lepas tu pengajaran. semester lepas adalah kenangan, semester ini adalah masa depan. jangan ingat kisah lalu lagi. buka cerita baru. dapatkan semangat untuk semester baru ni. ingat mak, ayah, family. takde yang lebih penting dari mereka. ingatlah, kau dah besar. ingat, kau masih ada tanggungjawab yang besar. iaitu, 'membalas jasa ibu bapa kau'.

p/s: motivasi untuk diri sendiri

Saturday, January 1, 2011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia-Al-fatihah

aku baru je tengok adamaya untuk kali ke berapa. terkejut jugak laa dengar berita ni. setiap yang hidup akan mati. kita tak tahu bila ajal kita kan. tak tau pun pergi masa umur berapa. aku copy dari utusan online. kalau nak lebih lanjut, boleh klik sini ye.


'Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.


Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.'

Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang beriman. aminn.

malam tahun baru aku.

ekceli, aku bukan sambut pun tahun baru. sebab, nape nak sambut tahun baru ni lebih lebih sedangkan kita punya tahun baru  kan mase awal muharam dulu. malam tahun baru aku bukan pegi celebrate. aku pegi shopping ! shopping lagi, lagi lagi shopping ! aku sangat teruk okayy. asyik shopping je. kalau dapat laki kaya pun, mesti bankrup. so, dengan itu aku telah berazam untuk kurangkan shopping lagi. betul laa, kan aku shopping pada tahun 2010 semalam. belum masuk 2011. so, sempat lagi shopping. mesti korang ingat aku banyak duit kan ? tak laa, aku bawak rm20 je. da cukup nak shopping. aku boleh dapat shawl 4 helai okayy. nak buat apa berbelanja lebih kalau kita dapat berjimat ? cehhhh, porahhhh. kalau da shopping tu, berjimat la sangat. tapi, tapi. aku ingatkan, last aku membeli dan belah adelah malam tadi. rupanya, aku telah borong lagi 2 helai shawl. cehh, azam tahun baru konon. bukan ape, ekceli memang takde pun niat nak membeli tu, tapi shawl tu memang yang aku dah lama nak. dari hari tuu lagi. so, dah depan mata kan. kasi angkat jugak laa. 


mari menambah lemak sebelum masuk tahun abru

bertahun baru bersama secret recipe.

muka tak sabar sabar nak menikmati

yang ni pun same. pura pura je tu.

chocolate indulgence yang walawwehh.! meleleh tengok. amik bau je ehh korang.