Thursday, September 19, 2013

Jobless

Assalamualaikum.

Sihat ke? Aku sihat je. Duk rumah ni makin lama makin sihat. Mana tak nya makan sedap sedap. Nak makan apa, masak je. Kalau malas pun keluar beli makanan. Dah la aktiviti fizikal pun kurang. Zaman duk kolej dulu best. Nak makan pun kena catu, kena berkira. Sehari makan sekali je. Yelaa duit takde kan. Pulak tu pegi kelas jalan kaki. Walaupun tak jauh mana, at least ada jugak la perpeluhan tu kan. Ini duk rumah setakat kemas2 rumah cuci toilet je pun. Ohh rindu betul zaman belajar. Tapi kalau dapat balik zaman belajar, tak nak belajar. Haha malas dah.

Sekarang ni stress betul nak cari kerja yang gaji okay sikit based on kelulusan yang aku ada. Kebanyakan vacancy yang berkaitan dengan lab ni semua kena ada degree. Oh mannnn. Memang tak dapat la kan. Belajar pun takat diploma je pun. Ade je aku hantat resume kat mana2 vacancy yang nak pakai kerani ke ape. Tapi aku x faham betul takde sape pun yang panggil aku interview ke ape. Stress betul. Kalau dah takde vacancy, cabut la iklan tu. Haha mawahhh pulak kan.

Kalau orang tanya aku, tak sambung degree ke. Aku macam tak reti nak jawab. Sambung tu memang nak. Tapi aku x dapat jangka lagi bila. Kalau ada rezeki, In shaa Allah aku sambung tahun depan. Kalau takde rezeki, buat la pjj nanti. Tapi syarat pjj sekarang ni mesti dah keje lebih kurang 5 tahun. Aku ni bukan la tak nak sambung. Tapi kadang kadang aku rasa macam penat nak belajar. Ish3 teruk kan. Okayy maksud aku bukan la penat nak menuntut ilmu. Tapi penat sebab belajar benda yang kadang2 kita tak minat. Kalau dah tak minat mesti jadi camni, dalam kelas tak fokus, balik kolej tak study semula. Esok nak quiz, test atau exam baru study. Tutorial pun malas nak buat. Memang student berkeladak aku ni. Masa zaman diploma dulu aku rasa macam terpaksa sangat belajar. Sampai rasa nak menangis study untuk test. Sebab rasa terpaksa. So dengan itu aku rasa tersangat la membazir dengan loan yang aku dah buat, kesudahan nya belajar main2. Nak sambung degree pulak. Bukan murah2 je. Mau nye aku kena sambung loan lagi. Kan membazir macam tu. Loan puluh ribu, sudahnye jadi student berkeladak. Tapi keladak aku pun diploma 3 pointer lagi la. Lepas tu bayangkan la abis degree nanti belum tentu terus dapat kerja. Memang melangut je. Dengan hutang piutang nak kena bayar. Kalau dapat pun gaji berapa la sangat dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Lagi 4 tahun cam mane la agaknye. Freshly graduated, kalau gaji setakat 2-3 ribu memang berangan la nak pakai honda city. Setakat myvi boleh la. Dengan harga kereta makin mahal, sewa rumah lagi, loan belajar lagi, makan lagi, nak saving untuk kawin la. Belum masuk lagi nak beli baju, beg, make up lagi. Tercungap cungap la tengah bulan. Belajar bertahun tahun, loan beribu ribu, keje hari2 semata nak bayar loan saje. Haha penat kan. Pada aku biar lah aku kumpul dulu duit nak sambung study tu. Penat dah aku ni pinjam dengan ptptn tu. Yang diploma tu pun entah bila la agaknya habis bayar.

So kesimpulannya aku pun tak tahu aku nak keja apa. Ada diploma pun susah nak dapat kerja. Entah la.

Entah. Okay dah bye. Macam takde kena mengena post dengan tajuk. Haha lantak.

Tuesday, September 17, 2013

Random

Assalamualaikum.

Kenapa entah tahap pemalas nak update blog tu makin menjadi jadi pulak. Aku suka baca blog orang tapk memang teramat la malas nak update. Dulu time zaman budak baru nak up, zaman sekolah kemain hari hari pegi cc nak update blog punya pasal. Makin tua ni makin malas la pulok. Perangai betul.

Sekarang ni aku dah macam penganggur tapi tak berapa nak menganggur la. Ada je keje. Tapi keje macam main main. Maksud aku main main ni sebab keje tak berdasarkan qualification aku pun. Keje jaga kedai tudung. Kawan aku siap cakap, 'loan belas belas ribu, belajar pulun 3 tahun, sekali keje jaga kedai tudung je'. So what? Tak boleh ke keje kedai tudung tu? Ehh come on, belajar tak pulun mana pun la. Ala aku pun sebenarnya tak tahu dan tak terfikir nak keje apa. Dengan diploma yang aku ada ni. Too general. Takde major. Nak cari keje pun susah. Dah la diploma je pun. Sekarang ni kalau betul nak keje bidang yang kita belajar dengan gaji yang boleh bernafas lega, at least kena ada degree. Setakat diploma yang aku ada ni, memang tak payah berharap tinggi sangat akan dapat kerja yang good good gaji pun masyuk. Kalau ada pun rezeki orang tu la. Nak masuk gomen? Ohhhh memang berjanggut la oi. Aku kan macam belum jumpa lagi ape ape kerja yang sangat sesuai dengan aku, melainkan aku jadi sales assistant atau promoter. Entah kenapa macam bidang tu la yang cocok dengan aku.

Sebenarnya cita cita aku nak jadi bos. Haha. Tinggi betul impian kan. Tapi memang betul. Aku suka jadi bos. Aku nak ada bisnes sendiri. Aku nak jadi bos sebab aku suka sangat jalan2 waktu orang semua tengah keje office hour. Haha merepek. Betul la, best ape. Orang lain tengah pulun kerja stress, kita boleh lepak lepak, shopping. Ohhh bahagia sungguh. Lepas tu aku rasa macam nak jadi surirumah. Jaga anak2, masak, kemas rumah. Tak payah nak stress kena marah bos la kawan kerja buat hal la. Ahhh kalau kawin dengan suami kaya boleh la cerita nak jadi surirumah kannnn.

Zaman sekarang ni kalau suami kerja pegawai je pun, nak harap dia sorang tanggung ekonomi keluarga, memang semput di tengah bulan la jawap nya. Isteri mesti kena ada kerja. At least kalau buat part time bisnes ke, menjahit ke, tambah duit poket la yang penting. Ko bayangkan gaji suami 3000-4000 dia sorang keje. Dengan nak bayar rumah, kereta, bil segala bagai, belanja dapur lagi, ko nak nafkah beli handbag dengan baju lagi. Ingat cukup ke dik non? Tak cukup! At least memang la isteri isteri kena ada keje. Tolong menolong katanya.

Lepas tu sekarang ni aku runsing sangat terhadap nasib aku akan datang. Yelaa sekarang ni je barang harga kemain mahal. Harga barang kawin pun mahal. Hari tu aku survey kat makcik tu dia nak kawin kan anak. Amik pakej satu baju sanding, baju potong kek, pelamin guna bunga hidup dgn tempat makan ke bilik kot. Total cost dlm 4000. Oiii mahal nye. Come on laaa motif sangat potong kek nak kena pakai baju lain bagai. Haha. Zaman sekarang ni pakej kahwin semua harga tak munasabah. Ko bayangkan la ko kawin buat majlis 1 hari je pun, tapi belanja total habis rm20,000. Ko faham tak 20,000 tu ko boleh buat downpayment honda city? Okayy la aku faham, korang kan berada kan. Makcik kayooo ada duit lebih ape salahnya kan. Ni aku cerita yang tak berapa banyak duit la. Aku ada baca buku 'rancang wang sejak jatuh cinta' memang best. Buku tu ajar ko cara nak bajet2 untuk kawin. Sesuai sangat la dengan aku yang tak de keje, xde duit tapi nak kawin.hihik. dalam buku tu dia cerita apa benda yang tak penting yang selalu kita membazir. Contoh macam hantaran tu. Kemain masing2 nk vogue kan. Barang semua nak branded. Dalam buku tu cakap x penting pun benda tu semua. Kalau niat ko bagi hantaran tu sebab nak bagi hadiah, bagi jela lepas kawin. Tak payah membazir sangat kat majlis kawin yang sehari je tu. Bukan orang ingat pun kan. Yang penting kehidupan lepas kawin tu kita tak sesak. Ni yang paling aku rasa tak munasabah, pakej fotografi. Kemain beribu beribu. Padahal nanti dapat photo album lepas tu simpan sendiri, berhabuk. Bukan nya ada sesiapa nak tengok pun. Mula2 kawin je ada orang nak tengok. Okay la aku terima nak buat kenangan tunjuk kat cucu cicit kan. Tapi tak payah kot sampai pakej beribu ribu. Pakej fotografi rm2000 lebih tu, baik aku beli microwave untuk lepas kawin. Senang aku nak panas kan lauk bagi laki aku makan. Hahaha.

Takde la aku cerita ni untuk sesiapa yang nak kawin tapi still nak jaga bajet. Kalau korang duit terlebih lebih 7 keturunan makan tak habis, terpulang la. Korang nak buat kenduri 7 hari 7 malam pun takpe. Ape pun dalam nak buat majlis majlis macam ni, yang penting kita nak keberkatan dari Allah SWT. Tak payah la kejar kejar nak ikut adat tu, ikut adat ni, nak berbalas balas, nak menunjuk nunjuk bagai. Perkahwinan kan suci? Penyatuan dua jiwa, membina masjid yang indah. Kalau niat nak menunjuk nunjuk kenduri gah, nak jaga hati orang lain, tak nak dorang mengata la, baik lupakan. Lepas majlis tu dah habis majlis dah. Orang bukan ingat lagi pun. Kita biar la buat ikut kemampuan kita. Tak payah sampai nak berhutang hutang demi majlis besar besaran nak jaga hati orang katanya.

Apa yang penting, keberkatan okay?

Haa okay lah cukup dah kot bebelan random ni. Esok esok update lain pulak.

Monday, July 15, 2013

Resepi Homemade Meatball

Assalamualaikum.

Saje je puasa ni nak update resepi kan. Okayy dah seminggu buat meatball ni sebenarnya. Tapi baru ni teringat. So baru ni lah aku nak upload. Ehhh kejap sape kata minum herbalife tak boleh makan benda lain kan? Boleh je. Yang penting jangan la melantak. Lepas makan tu detox balik dengan teamix dan tc formula okayyyy. Actually dah lama teringin makan meatball ni. Aku pernah makan kat ikea sekali je. Kesian kan? Yela duk kampung. Tak kan nak g kl semata mata nak dapatkan meatlball ikea je. Lepas tu aku memang malas nak beli yang dah siap punya. Sebab kadang kadang yang siap punya ada yang rasa tak sedap. So aku takut salah beli. Lepas tu kan process food ni tak berapa elok pun untuk kesihatan kan. So layan jelah resepi hari ni okay. Resepi meatball sekali dengan gravy dia.

Resepi Meatball

250-300 gm daging kisar ( brand Ramly)
300 gm daging segar yang dikisar sendiri
Bawang putih
Sebiji bawang besar Holland (dikisar)
Bread crumb*
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur ( dipukul)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
50ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menguli

*untuk bread crumb aku buat sendiri guna roti. Sebab aku malas nak pegi beli bread crumb. Kebetulan ada roti kan. So roti dibakar sampai rangup, lepas tu kisar guna pengisar kering.

Cara-caranya

Masukkan semua daging kisar, bawang holland, bawang putih, serbuk lada sulah, lada hitam, tepung, bread crumb, telur dan susu.


Uli semua bahan sampai sebati. Lepas tu kalau agak2 adunan tu nampak lembik sangat, tambah lagi bread crumb dan tepung.


Lepas tu bulat kan meatball. Tips supaya meatbal tak melekat kat tangan, kena sapu dulu minyak. Then barulah bulat bulat kan ia. Then kita kukus meatball tu. Kalau nak goreng terus pun boleh. Terpulang. Aku kukus dulu sebab nak bagi dia masak terus dalam dan luar lepastu boleh simpan dalam freeze. So anytime aku nak makan, tinggal goreng je. Korang nak kukus lepastu bakar pun boleh, nak buat pan sear pun boleh, nak deep fried pun boleh, nak bakar pun boleh. Terpulang. Ikut korang. Kalau nak healty better kukus lepas tu bakar la. Oleh kerana aku ni oven rosak, so aku kukus lepas tu pan sear je. 

Untuk gravy pulak.


2 sudu butter
1 biji bawang besar Holland (dipotong dadu)
2 Ulas bawang putih (dimayang)
3 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu kicap manis
100 ml susu segar
1 cawan air
1 kiub pati lembu
1/3 sudu tepung gandum
1/3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
1 sudu kecil lada sulah dan lada hitam

Cara-caranya
Panas kan kuali dan cairkan butter. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter yang dah cair sampai wangi. Masukkan tomato. Kacau sampai layu. Masukkan kiub lembu, lada sulah, lada hitam, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau sampai sebati, masuk kan susu segar dan air. Lepas tu masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau lagi sampai masak. Then masukkan semua bahan dalam kualiti dalam blender. Blend sampai tekstur dia halus dan pekat. Lepas tu masuk balik dalam kuali n kacau kejap bagi panas. Then siap. Sedia untuk ngappppp. hihikkk



Dan hasil nyaaaaaa memang marvelous. Makan la dengan side dish ape2. Tapi kalau korang tengah on going weight loss aku cadangkan jangan nak tambah kalori lain pulak. Makan la dengan steam vege macam brokoli ke, carrot, mashed sweet potato ke. Tak kisah la. Janji kreatif. kalau boleh elakkan la makan dengan fries. 









Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa Semua

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa korang. Sahur ape pagi tadi? Aku sahur shake perisa tropical fruit. Alhamdulillah tahun kedua berpuasa dengan herbalife. Semoga aku istiqomah. In Shaa Allah. Senang nye lahai bersahur dengan shake ni. Tak payah mak aku kat dapur kelentang kelentung masak. Dulu pagi2 mesti dengar bunyi lesung dengan kuali kan. Sekarang dah maju hanya bunyi blender yang kedengaran. Sebab blender shake.

Aku kan, selalu jumpa dan dengar dengan orang yang cakap herbalife ni mahal la. Tak mampu la. Sekali jumpa kat pasar ramadhan kemain banyak lagi dia borong. Kuih je 3 jenis, lauk lagi, murtabak, mi kari, mi bandung segala macam mi yang ada nak di borong. Percaya tak aku cakap, kalau korang pergi pasar ramadhan, korang bawak rm10-20 mesti habis punya. Silap silap tak cukup pun sebenarnya. Ape lah sangat kalau nak dibandingkan dengan korang beli satu shake, sekali hidangan average cuma RM6 sahaja! Woi gila jimaatttttt. Dah la harga murah, rendah kalori, makanan untuk sel jadi sihat, bonus nye boleh turunkan berat dan improve skin korang bagi licinnnnnn gitu. Hmmm dulu aku macam tu. Konon nak beli herbalife aku takde duit. Padahal kalau pegi pasar malam tu, borong macam macam. Ohhhhh itu semua dulu. Kini tidak lagi.hihik Aku lebih sayang diri aku. Aku sayang duit aku, so duit tu aku nak melabur kat jalan yang bermanfaat. Jalan yang memberi aku kebaikan. Antara kebaikan nya sel aku semakin sihat, berat badan turun, skin aku pun semakin improve. Herbalife ni senang je konsep dia. Kesihatan datang dulu, lepastu kecantikan dan duit. hihik. Korang kannn daripada beli baju raya mahal2, pegi bufet ramadhan kat hotel mewah2, lebih baik korang invest sikit duit tu untuk sel badan korang. Sebenarnya kita ni makan kan untuk sel, untuk badan kita berfungsi dengan betul. So pilih lah makanan yang betul untuk sel. Jangan makan ikut sedap tekak je, tapi sel tak dapat nutrition pun. Beli baju raya biasa2, invest duit untuk sel, In Shaa Allah raya nanti korang pakai baju biasa je pun tapi nampak menawan sebab badan dah langsing.hehehe Korang tak teringin ke kalau raya tu makcik makcik jumpa kan pastu cakap waaaaa dah kurus sekarang. Ni tak, setiap kali raya mesti orang tegur makin besar lah ape lah. Dulu aku macam tu. Stress kot setiap kali raya je mesti makcik n sedara mara aku cakap aku makin besar. Wuuuu sedih kot. Tapi sejak raya tahun lepas takde lagi dah. Alhamdulillah dorang asyik cakap aku dah lain, makin kecik, kulit muka makin okayy. Hihi Alhamdulillah. Memang la sebenarnya tujuan aku nak kurus bukan lah nak mintak dipuji ke hape. Cuma tujuan nye aku memang nak jaga kesihatan, lepastu supaya aku senang nak cari baju. Yela stress kot bila try baju je, mesti sempit pastu x cantik plak tu.heheeee So korang yang berazam nak tukar saiz baju raya ni, masih belum terlambat la nak join aku puasa dengan herbalife. Baru hari first kan?

Ape punnn SELAMAT BERPUASA semua. Jangan jadikan bulan puasa ni bulan pesta makan ye. Sebab sebenarnya bulan puasa ni lah kita nak bagi chance kat perut dan pankreas berehat. Selalu mereka dah bekerja keras untuk kita, apa salah nya bagi rehat sikit kan? Macam kita jugak kalau dah penat penat lepastu nak rehat, then tiba tiba ada orang paksa kita buat kerja berat. Mesti kita marah kan? So fikirkan lah ye.



So kalau nak join aku berpuasa dengan nutrisi, boleh sms/whatsapp aku kat 012-7329260. Tak kisah la korang dari mana. Dari jauh pun In Shaa Allah aku boleh bantu. 


Sunday, July 7, 2013

Oh tolong jauhkan sifat negatif itu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ada kesempatan nak update blog kan. Okay lately ni banyak betul yang aku rasa benda negatif. Aku sendiri banyak betul fikir negatif kat orang, buat perkara negatif, rasa negatif kat diri sendiri. Kadang kadang sampai aku rasa bosan sangat dengan life sendiri. Sampai aku macam rasa tak nak jadi diri sendiri. Sampai aku rasa nak sangat jadi macam orang lain.

Aku ni takut sangat orang kritik. Aku takut orang cakap benda tak elok pasal aku. Padahal kadang kadang aku rasa mungkin dorang akan kritik yang boleh membangun kan aku. Dan entah entah dorang memang takde nak cakap ape ape pun. Tapi aku takut. Aku takut nak hadapi kenyataan sebenarnya. Setiap kali apa yang aku akan buat, aku macam hipokrit. Aku tak nak orang tegur, aku takut orang kritik. Aku nak semua nampak perfect je depan semua orang. Kadang kadang nak buat sesuatu pun aku rasa macam nak orang puji aku. Padahal sepatutnya buat semua perkara kerana Allah. Allah, jauh sudah aku tersasar. Sedarkan lah aku dari kelalaian ini. Ampunilah aku atas kelalaian ini.

Friday, July 5, 2013

Penggunaan HERBALIFE di Bulan Puasa

Assalamualaikum

Have you had your shake today? Lagi berapa hari je kan kita dah nak masuk bulan puasa. Ramadhan ni mendidik kita supaya banyak bersabar terutama sekali bila nampak makanan banyak sangat depan mata. Fadilat puasa tu akan berkurangan kalau korang mengamalkan tabiat pemakanan atau gaya yang tak sihat. Makan berlebihan, ambil makanan berat sepanjang malam, makan makanan yang tak berkhasiat, kurang minum air, minum manis manis, lepas tu terus tidur. Wahhhhhh senang lenang ye amalkan gaya hidup tak sihat macam tu. Ramadhan kan bulan dimana organ korang berehat dari melakukan tugas tugas berat. Dah hari hari bagi perut tugas berat, asyik suruh hadam makanan yang korang makan je. Sekali sekala bagi la dia rehat pulak. Cuba korang kalau suruh buat kerja non stop. Bising jugak kan? Nak rehat jugak kan? Macam tu jugak perut. Allah dah bagi kita peluang puasa Ramadhan 30 hari suruh organ perut rehat, amik lah peluang ni dengan sebaiknya.

Okayy ni antara manfaat berpuasa untuk kita semua:
- Detoksifikasi dan membebaskan tubuh dari racun
- Menyekat makanan punca pembiakan bakteria atau virus
- Merehatkan sistem penghadaman dan pencernaan
- Menambah sel darah putih yang penting untuk sistem imunisasi tubuh
-Mengimbangi kadar asid dan alkali dalam tubuh
- Memulilhkan fungsi hormon agar kembali normal
- Meningkatkan fungsi organ dengan merangsang seluruh sel atau organ tubuh

Ya Allah, bestnya berpuasa ni. Banyak betul manfaat nye terhadap tubuh kita kan. Punyalah sayang Allah kat kita semua, di bagi peluang kita berpuasa. Tahu tak, bila kita berpuasa, akan berlakunya proses autolisis?

Ketika autolisis di aktifkan, maka ia segera menunjukkan reaksi. Autolisis akan mencari database asal kejadian (fithrah) manusia. Secara keseluruhan ada sekitar 50 trilion sel tersusun dalam tubuh yang terdiri dari sekitar 200 jenis sel. Berbekal data lengkap setiap sel autolisis menjelajah seluruh tubuh.Autolisis memahami bagaimana seharusnya keadaan sehat dari setiap jenis sel, dibahagian tubuh mana seharusnya sel itu berada, dan berapa banyak jumlah dari tiap jenis sel yang terbaik bagi tubuh.

Ia akan menghampiri sel-sel liar yang tidak terdapat dalam daftar fithrah, mengubah asam amino dan gula. Bila sel-sel liar habis, ia akan menghampiri timbunan lemak dalam tubuh dan membakar (oksigen lemak) menjadi keton.Dengan demikian Autolisis akan menghilangkan sel-sel rosak, sel sel mati, BENJOLAN hingga TUMOR serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun (punca penyakit).

Sel-sel liar dan lemak yang telah dihancurkan akan dibawa ke Hati. Semasa kita puasa, hati tidak di sibukkan oleh hasil serapan dari Usus. Oleh kerana itu hati akan bekerja sepenuhnya menapis RACUN-RACUN hasil AUTOLISIS. Seterusnya RACUN akan dibuang keluar tubuh. Disinilah proses DETOKSIFIKASI (pengeluaran racun/penyakit) terjadi.

Nampak tak betapa bestnya puasa ni? Dan autolisis akan berlaku kalau kita berpuasa dengan cara yang betul.

-10 hari pertama memperbaharui 10% sel2 tubuh manusia
-10 hari berikutnya memperbaharui 66% sel tubuh
-10 hari terakhir memperbaharui 100% sel2 tubuh secara keseluruhannya.
Subhanallah, puasa ni keajaiban dari Allah SWT banyak rahsia puasa yang dapat bagi 1001 kebaikan untuk tubuh kita. Sayang nya Allah kat kita semua, bagi peluang puasa Ramadhan 30 hari. Bagilah sel2 tubuh kita nutrisi yang lengkap dan betul supaya autolisis berlaku. In Shaa Allah dengan nutrisi yang lengkap, kita akan regenerate sel yang elok. 

Haaa kat sini panduan penggunaan HERBALIFE di bulan puasa ye.



In Shaa Allah, kalau ikut cara pemakanan yang betul, korang tak kan rasa lesu dalam tempoh 14 jam berpuasa ( 5.30 pagi- 7.30 malam). Mengikut pengalaman aku sendiri memang berpuasa dengan herbalife ni buat aku energetic sepanjang hari. Macam tahun lepas aku sahur dengan herbalife, then still energetic jalan kaki nak pergi kelas tu. Takde la rasa lesu, rasa malas. Dan alhamdulillah aku dah turun 5kg sepanjang berpuasa dengan herbalife.

Okayy tips paling penting untuk maksimumkan keputusan korang kalau nak turun berat, WAJIB minum air secukupnya. Macam mana nak tahu cukup ke tidak? Setiap 25kg berat korang kena minum 1 liter air. So akalu misal berat 70kg, lebih kurang 3 liter air korang kena minum. Macam mana nak dapat minum 3 liter masa bulan puasa? Okay senang sangat. Lepas berbuka korang kena minum habis 2 liter. Dan masa sahur, bangun la awal sikit habis kan 1 liter tu. Jangan malas. Nak langsing bergaya di hari raya memang tak boleh malas okayyy. Okay motto kami tahun ni SIHAT BERTENAGA DIBULAN PUASA, LANGSING BERGAYA DIHARI RAYA.

P/S: Aku still collect order lagi untuk sesiapa yang nak start herbalife nutrition dibulan puasa. So sesiapa yang nak order, masih belum terlambat. Boleh la contact aku kat 012-7329260 ye. Terima kasih.




Thursday, July 4, 2013

Senggugut dan kita

Assalamualaikum semua.

Have you had your shake today? Sambil menulis ni aku minum shake vanilla camput tropical fruit dan ditambah dengan NW. Rasa dia super yummyyyyyy. Sekarang ni aku adalah sangat sangat addicted terhadap produk herbalife. Aku nak jadi product's lover sekarang ni. Nak bercinta dengan produk je.hahaha yelah konsep herbalife ni senang sangat, cintakan produk, kesihatan datang dulu, kecantikan akan datang sekali dan duit pun turut datang.hihik. Best ke tak best? Tukar lemak jadi duit kot. Lagi banyak lemak korang turunkan, In Shaa Allah banyak duit.huhuhu



Okay kelmarin macam ni lah keadaan aku masa kena senggugut atau period pain. Sakit dia tak terkata. Sakit sangat. Memang tahap nak berguling guling lah. Pulak tu aku kena time keje. Memang tak boleh nak buat ape. Memang tak boleh nak layan customer lah ceritanya. So aku terus mintak kebenaran nak balik dari bos aku. Balik rumah terus cepat cepat minum shake. Minum shake vanilla 400ml dengan air biasa bukan air sejuk macam selalu aku bancuh tu. Lepas tu telan omega 3 fish oil herbalife sebiji. Baring dan tak lama lepastu dalam 1-2 jam aku rasa lega. Sakit tu hilang. Serius hilang macam bila aku telan pain killer. Padahal memang tak. Memang aku telan shake je. Alhamdulillah macam ehhh tetiba sakit hilang terus. Allah Maha Besar yang menyembuhkan sakit hambanya. Sakit tu hilang Allah yang sembuhkan. Aku cuma cari solution, cari penawar dengan cara bagi sel2 dalam badan aku makanan sihat tinggi nutrien. Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan melalui makanan sihat.

Nak tahu tak, sebenarnya pain killer jika di ambil dalam dose yang banyak boleh menyebabkan kerosakan hati? Hati kan fungsi dia untuk menapis racun, bahan kimia dan toksik supaya tak masuk dalam darah. Kita semua sedia maklum pain killer tu kandungan nya adalah bahan kimia. So kalau di ambil dalam dos yang berlebihan, akan merosakkan fungsi hati kita. Okayy ni ada petikan artikel aku copy dari internet.

Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Okayy takut ye. Tak pasal pasal melarat jadi penyakit lain. So aku menyeru ladies out there kalau ada masalah period pain, please jangan selalu sangat telan pain killer. Selagi boleh guna cara natural, gunakan lah. Contoh nya, tidur sepanjang hari ke, tuam dengan air panas ke. Tapi sakit tu mungkin hilang tapi bukan jangkamasa yang panjang. Kita kalau boleh nak rawat dari dalam kan. Tak nak dah sakit tu lagi. Seksa kot. So apakata jom try bagi badan kita makanan sihat tinggi nutrisi. Kita kena mencuba. Cuba cari penawar, cari solution. Tak boleh biarkan je. Okay? Sakit kat diri sendiri jugak kan? So kalau rasa berminat nak consume nutrisi, jom jangan teragak agak. Korang boleh sms/whatsapp/wechat aku kat 012-7329260 ye.


Your Health is Priceless

Assalamualaikum.

Have you had your shake today? hihi Sihat ke korang? Kalau tak sihat, pegi minum air masak banyak2. In Shaa Allah cepat sembuh nya. Lagi banyak minum, lagi banyak kencing, lagi cepat la toksin dikeluarkan.

Okayy faham tak fakta kesihatan kita ni bernilai sangat sangat sebenarnya. Sangat sangat sangat. Please jangan takut untuk melabur demi kesihatan masa depan kita. Sebab kalau dari sekarang tak jaga kesihatan, kelak kalau dah dapat penyakit lagi sakit nak membayar harganya.

Tak payah cari jauh jauh. Aku nampak depan mata aku sendiri. Mak aku sendiri, dia kena penyakit buah pinggang puncanya dari penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dia hidap dari muda dulu. Tahu tak, kos rawatan dia sangat sangat mahal. Oleh kerana buah pinggang dah tak berfungsi, maka terpaksa lah pergi dialisis untuk cuci darah. Sebelum prosedur nak cuci darah tu, kena buat tapak atau fistula. Kos untuk buat fistula tu bukan seratus dua ratus ye. Beribu okay. Beribu. Nak nak mak aku jenis saluran dah mengecil sebab dah bertahun kot kencing manis. Kali pertama buat, tak jadi sebab fistula tu tak hidup. Kali kedua baru dapat. Satu kali buat dah seribu dua ribu. Dua kali buat? Okayy then lepas fistula tu dah matang baru boleh buat dialisis. Sekali dialisis kena dalam RM200 lebih. Okay korang bayangkan seminggu kena cuci 3 kali. Dan, sebulan kena cuci dalam 12 kali. Total cost untuk sebulan plus minus RM2400. Bersamaan dengan gaji seorang eksekutif. Okay dapat tak point yang aku nak tunjukkan sebenarnya. Faham tak kalau kita sakit sebenarnya banyak sangat nak guna duit.

Dan ada lagi satu kisah yang aku rasa menyayat hati. Ada sorang makcik ni dia pun buat dialisis sekali kat tempat mak aku tu. Makcik ni seorang janda yang kematian suami. Anak dia kecik lagi. Sorang je. Takde adik beradik lain. Makcik ni ada gout yang dimana kena bergerak sana sini pakai kerusi roda. Tambahan pulak kena cuci darah 3 kali seminggu. Makcik tu ada masalah dengan kaki dia. Kena operate untuk betulkan balik tempurung lutut dia yang dimana memakan belanja plus minus RM12000. Ya Allah besar sangat amount tu. Nampak tak point nye kat sini. Satu aku sangat kesian kat anak makcik tu. Kecik lagi. Dah hilang ayah, emak pulak sakit. Maksudnya macam mana dia dapat kasih sayang daripada mak dia? Please jom kita jaga kesihatan demi anak2 kita. Satu lagi point yang aku nak sampaikan adalah, lebih baik invest duit sekarang masa kita sihat, duit habis boleh dicari, kalau dah sakit nanti dah la susah nak cari duit, duit pulak habis nak merawat sakit.

Pointnya kat sini, aku bukan nak jual produk ye. Aku nak sebarkan nutrisi. Aku nak bantu korang yang ada masalah dan aku nak menyeru, please jom jaga kesihatan. Jaga makan. Semua orang pun tahu, makanan tu punca penyakit, perut tu sarang penyakit. Carilah makanan yang baik untuk badan kita, untuk kesihatan kita. Susah zaman sekarang ni kita nak jumpa makanan yang betul2 berkhasiat yang lengkap dengan nutrisi. Boleh ke korang nak dapatkan hidangan lengkap dengan sumber vitamin n mineral semua dalam satu kali makan?

So kalau susah sangat, aku ada cadangan makanan untuk korang dapat satu hidangan lengkap sumber vitamin n mineral dan 55 nutrien.


Okay so macam mana nak dapat product ni? Boleh contact aku kat 012-7329260. In Shaa Allah aku akan bantu. Aku akan coach and consult korang dari segi cara pemakanan semua ye. Jangan berkira untuk kesihatan. Tanam dalam hati, simpan dalam dalam, demi kesihatan yang baik yang Allah bagi, jaga betul2 jangan sia siakan. Kesihatan tu anugerah Allah untuk kita. Macam contoh, ada orang bagi korang hadiah. Then korang tak hargai, biarkan macam tu je, so korang fikir orang tu akan bagi lagi hadiah? Fikir dalam dalam ye. 


Tuesday, June 11, 2013

Sembelit? Erkkkkk Usus kotor?

Assalamualaikum.

Have you had your shake today? Alhamdulillah aku dah shake masa sahur tadi. Sahur like a king. why king? Because king or queen eat high quality food full with vitamin and nutrients. So sahur tadi i've take my 55 nutrition food. Just like a king, or queen maybe. hihihi. Tinggal beberapa hari lagi kita dah nak menyambut kedatangan bulan ramadhan kan? anda dah bersedia? Saya dah. Tak sabar rasanya nak berpuasa dengan herbalife. Tahun lepas berpuasa dengan herbalife. Alhamdulillah everyday full with energy. Sahur dengan shake, buka puasa dengan shake. Make me feel energetic all day even terpaksa pergi kelas dalam keadaan cuaca panas. Dannn yang paling gembira sebab raya tu memang nampak la reshape badan walaupun sebenarnya berat aku belum turun banyak sangat. Tapi memang aku sangat sangat sangat susah nak turun kan berat badan. Maybe sebab faktor metabolisma aku yang rendah kot. Tapi memang nampak reshape la. So aku memang sangat excited dan tak sabar nak berpuasa dengan herbalife. Korang bila lagi nak start guna herbalife ni?

Okayy balik pada tajuk. Korang pernah tak kena sembelit? Sembelit terjadi bila susah nak buang air besar kerana sebab najis terlalu keras and jarang buang air. Dulu sebelum herbalife memang aku selalu sembelit. Sebab aku kurang minum air, kurang dan tak suka makan sayur. So thats why aku selalu constipated. Seksa sumpah. Berejam kot dalam toilet. Tapi tu dulu. Sekarang ni memang hari hari aku akan membuang. Minimum sekali sehari. Bila dah rajin membuang ni aku dapat rasa badan aku dah tak lemau macam dulu. Kalau dulu memang lemau je. Yang paling best aku rasa kulit muka aku dah semakin improve. Jerawat aku jarang naik tanpa sebarang sebab. Kalau jerawat naik pun memang sebab PMS dan bila aku tak jaga makan. Cuma kalau tumbuh jerawat tu susah sikit nak hilang parut. Rasa nya sebab aku kurang minum shake. Ni yang kena shake 3-5 kali sehari bagi kulit flawless and glowing. Tapi memang dulu kalau tengok aku ada jerawat kecik kecik naik kat muka. Orang kata jerawat pasir gitu. Selalu nya tumbuh kat area dahi, kening dan dagu. And now, Alhamdulillah kulit aku semakin improve. Jerawat pasir tu memang dah tak da. Kalau ada pun jarang dan tak banyak macam dulu.

Sedar tak kita semua yang sembelit tu sebenarnya bahaya? Dulu memang aku tak sedar. Aku tak kisah pun sembelit ke ape ke. Tahu tak sebenarnya sembelit tu punca penyakit? Kalau biar je boleh membawa kepada masalah buasir dan yang palin teruk boleh jadi kanser kolon atau kanser usus.

Kebanyakan penyakit sebenarnya berpunca dari usus yang bermasalah. Makanan yang kita makan masuk dalam mulut melalui perut then akan dicerna dan diserap oleh usus kecil. Kebanyakan makanan yang belum dicerna akan tertinggal dalam usus besar dan akan diuraikan oleh bakteria seterusnya menjadi toksin. Dalam keadaan normal, toksin keluar dari badan bersama dengan najis. Tapi cuba bayangkan kalau sembelit? Najis tak keluar, sah sah lah toksin tak dapat keluar dari badan. Lepas tu toksin tu diserap balik dalam badan. Bahan toksin yang diserap semula tu masuk pulak dalam darah . Hati kan berpunca menapis toksin kan. So memang menambahkan lagi beban hati. Okay boleh bayangkan tak toksin yang tertinggal kat usus tu untuk jangka masa panjang dan berkali kali diserap balik dalam darah dan dibawa ke hati. Ngeri kan? Agak agak apa lah warna hati kita ni? Nampak tak kesan pada hati kita bila usus bermasalah? Dari situ lah punca badan banyak toksin. Toksin punca masalah jerawat and penyakit lain.

Sebenarnya sembelit tu datang dari usus yang kotor. Bayangkan usus kita yang bertahun lama nya tak cuci, tak bersihkan, penuh dengan kotoran. Bayangkan macam saluran singki rumah tu. Kita tak pernah bersih kan, memang kotor gila kann? Macam tu jugak usus kita.

Tanda-tanda usus atau kolon kita tak bersih:
1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam makanan
5. Selalu rasa lesu dan tak bertenaga
6. Mood tak menentu, mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati  

Tahu tak, korang boleh atasi masalah ni dengan aloe vera? Dannn yang paling best Herbalife ada produk yang berasaskan Aloe vera iaitu produk Herbal Aloe Concentrate? Okay nahh sikit sebanyak perihal aloe vera dan Herbal Aloe Concentrate Herbalife.

Apakah kebaikan di sebalik aloe vera atau lidah buaya?

1. Merendahkan kadar kolestrol
2. Membaiki sel darah merah
3. Menambah oksigen dalam darah
4. Menyembuhkan ulser perut dan melegakan penghadaman
5. Pelincir bagi sistem perkumuhan
6. Menghilangkan buasir
7. Menambah dan meningkatkan penyerapan mineral, nutrien, vitamin dan enzim di dalam badan.
8. Bagus untuk kesihatan usus kita.

Memperkenal kannnnnnn

HERBAL ALOE CONCENTRATE menyokong pencernaan sihat dengan Nutrien organik dan enzim daripada tumbuhan lidah buaya di dalam minuman pencernaan yang menyengarkan.

KELEBIHAN UTAMA
-menenangkan perut dan melegakan kesenakan
-meningkatkan penyerapan nutrien
-menyokong imuniti dan memberi perlindungan antioksida
-diperbuat daripada daun lidah buaya yang berkualiti premium dan mengandungi enzim,asid amino dan vitamin.
-mengandungi manfaat menenangkan tumbuhan kamomil. 
-didapati dalam minuman pati yang mudah disediakn.

KENAPA ANDA MERMERLUKANNYA

Herbal Aloe Concentrate digunakan untuk mengimbangi kesan-kesan pencernaan. Sifat menenangkannya boleh membantu menangani masalah disfungsi percernaan yang boleh menyebabkan masalah berat badan,tenaga,imuniti dan kulit.

KELEBIHAN HERBALIFE HERBAL ALOE CONCENTRATE




Herbal Aloe concentrate ialah minuman yang dirumuskan khas secara saintifik untuk menenangkan sistem pencernaan anda.

Okayyy so rasa nya jelas dah kan pasal sembelit dan usus kotor ni semua? Please jom lah jaga usus kita. Usus kotor mengundang macam macam penyakit ye. Jangan pandang remeh je benda ni semua. Effect nya dekat kita tak tau. Better kita mencegah dari mengubati okay? Please give me a chance to help you.  So kalau ada apa apa inquiries, boleh la contact aku ye. In Shaa Allah mana yang boleh aku bantu, aku bantu ye. Atau nak order produk, boleh la whatsapp atau sms 012-7329260. 

Till then. Thank you for reading! Jaga usus tauuuu. 


Monday, June 10, 2013

Tentang impian dan cita cita

Assalamualaikum

Sihat ke semua? Have you had your shake today? hihik. kita dah. kenyang. burpppppp. Alhamdulillah. Tak payah cakap lah pasal lama tak update blog kan? Bukan busy sebenarnya tapi malas.hahaha okayy sekarang ni rasa macam nak start blogging secara serius. In Shaa Allah. tapi rasanya dah banyak kali jugak cakap nak serius blogging. Last2 dua tiga bulan baru update.hihik. Ni pun baru lepas tukar template sikit, tukar gambar sikit, update profile sekali. mana taknya, last update profile masa aku umur 18. sekarang dah 21. heyyyy 3 tahun kot tak update. hampeh betui. gambar pun dah entah zaman bila punya tak tukar. okayy sekarang sudah tukar. template pun dah simple je sebab sekarang dah besar, dah matang. tak boleh pilih template kanak kanak lagi.

By the way, aku sudah tamat diploma. yeayyyy. Alhamdulillah. tapi belum grad lagi. rasanya dalam bulan 9 kot. Alhamdulillah syukur sangat sangat sebab aku takde repeat, takde kena extend semester. sebab sem last aku rasa yang paling teruk. malas nak belajar, banyak sangat cuti, tambah dugaan dengan pemergian arwah ayah kann. jadinya mood belajar tu memang ke laut. seriously aku study pun last minute sangat. time nak quiz dan test baru aku study gila gila. plus sem last aku upgrade sikit beli tab. perghhh memang lalai, lagho je duk mengadap tab tu. tapi syukur sangat. aku CGPA aku masih 3 pointer. masa nak dapat result hari tu aku dah fikir kira lulus je tak 3 pointer pun takpe. tapi Alhamdulillah masih ada rezeki aku untuk dapat 3 pointer. sekarang ni masih lagi terumbang ambing tak cari keje lagi. cuma ade la buat bisnes sikit sikit. bisnes tudung sikit, bisnes produk kecantikan sikit, bisnes herbalife sikit.

hokayyyy korang mesti ada cita cita kan masa kecik? dan mungkin sekarang masih bercita cita ye dokkk. kalau fikir balik kann kelako je dulu cita cita kemain macam macam aku nak jadi. angkasawan la, doktor, cikgu, macam macam la. sekali masuk alam persekolahan dan seterusnya universiti makin lama aku rasa makin jauh dengan cita cita aku tu. yelaaa budak malas belajar memang macam tu. cita cita je lebih tapi tak nak take action. heyyo ingat senang ke nak capai cita cita tu haaaa. kena belajar siang malam tahuuu. aku dah la malas belajo.hihik. oleh kerana itu aku telah biarkan cita cita aku dulu terkubur dan terbiar sepi. sekarang ni aku dah tak kisah pasal cita cita aku. sebab sekarang aku ada impian. hihi.

banyak sebenarnya impian aku. tapi aku bagitau sikit sikit jela hekkkk. firstly mestilah aku berimpian suatu hari nanti aku nak bagi mak dan nenek aku sejumlah wang hasil gaji aku. aku harap impian ni dapat tercapai sebelum hujung tahun ni jugak. banyak jugak sebenarnya impian yang aku harap dapat capai sebelum hujung tahun ni. antaranya aku nak dapat income dari herbalife sebelum hujung tahun. nak dapat income bukan boleh duduk senang lenang je. tapi aku harus bekerja. ya sekarang aku tengah bekerja dan berusaha untuk itu. then aku harap dapat beli iphone 5, eh mungkin iphone 6 ke. lepas tu aku harap dapat melancong pegi mana mana lah. tak kisah dalam negara pun. sabah ke, sarawak ke. impian yang paling setiap tahun aku impikan dari dulu adalah nak kurus. hahahaha tak sudah2 kan. asyik cakap je nak kurus. tapi bila entah nak tercapai. haaa lagi satu impian yang aku kira agak penting jugak. aku nak kawin pada usia muda. mungkin umur 22 atau 23. hihikkkk macam gatai nak menikah kann? idok lerrrr. aku rasa lebih baik kawin cepat cepat dari sakan bercinta kannn. lagipun banyak jugak faktor yang aku fikirkan sangat menyumbang kepada idea aku nak kawin muda ni. takpelah faktor tersebut kita cerita di entri lain okayyy.

okay ni jelah beberapa impian yang aku dapat share. yang lain kalau rajin nanti aku bagi tau. memandangkan waktu sekarang pun dah malam, aku pun terpaksa tidur sebab esok nak kerja. aku kerja setiap selasa dan ahad je. ganti kalau ada orang cuti.

pesanan ikhlas dari aku, sebelum tidur jangan lupa telan omega 3 fish oil okayyy. memang semua orang pun dah tahu omega 3 fish oil lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan otak. ehhhh untuk kulit jugakkk  bagus tauu. kalau tak bagus, takde nye orang pung pang pung pang suh telan yeeee. SAYA SUDAH. ANDA BILA LAGI?





Monday, April 22, 2013

Resepi herbalife shake

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Hari ni aku nak kongsi resepi shake yang super duper yummy. Korang mesti kadang kadang bosan kalau minum plain shake je kan? Mesti nak ada kelainan dalam shake tapi masih mengekalkan kalori yang rendah. Nah resepi shake. Memang confirm korang tak menyesal. Rasa dia sedap sangat. Serius tak tipu.

Super duper yummy shake

350 ml air sejuk
2 scoop penuh f1 perisa vanilla atau tropical fruit
1 scoop penuh protein f3
1 biji epal hijau ( di buang biji dan dipotong, kulit jangan buang)
5 batang baby carrot ( tak perlu buang kulit)
1 biji pisang

mula mula blend air dan semua buah buah, lepas dah hancur, tambah protein f3, blend lagi, last baru tambah f1 shake dan blend lagi. okayy serve dalam gelas cantik2 dan minum dengan penuh semangat sebab rasa dia memang sedap gila.








kenapa epal hijau dan carrot tak perlu buang kulit? sebab sebenarnya dekat kulit epal dan carrot tu terdapat banyak sumber fiber. so sayang la nak buang macam tu je. blend je terus. sedap sungguh. aku jamin, bila korang minum shake macam ni, mesti rasa nak membuang air besar lancar je. kalau tak letak buah pun hari hari membuang, kalau tambah buah lagi lah senang nak membuang. Lagi senang la semua toksin keluar dari badan. Lagi senang la semua sisa sisa makanan yang dah bertahun tahun tersimpan dalam usus korang tu.

Korang tahu tak sebenarnya kalau toksin, sisa sisa yang lama tersimpan dalam badan korang tu tak dikeluarkan, terjadi lah sembelit, muka berjerawat, dan badan berangin. Korang pernah tak terfikir, punyalah korang makan collagen berkotak2, vitamin c berbotol2, tapi still takde kesan? Haaaa sebenarnya bila usus korang kotor, tersumbat, susah nak buang air besar, susah sebenarnya supplement yang korang makan tu nak menyerap dalam badan. Aku nasihat korang sebelum membazir beribu ribu duit beli collagen tapi tak berkesan, silalah detox badan korang dulu. keluarkan dulu semua toksin dalam badan. bagi saluran usus korang bersih dulu. lepas korang dah detox badan korang, percayalah cakap aku, mesti senang supplement yang korang makan tu nak menyerap dalam badan korang.

Macam mana nak detox? salah satu cara, adalah dengan makan buah buahan dan sayur sayuran. sumber fiber bagus untuk detox. selain dari makan buah, korang boleh minum aloe concentrate herbaalife. okayy nanti aku buat entry pasal aloe pulak ye.


Okayy nanti aku sambung ye. stay tune. thanks.


Friday, April 12, 2013

Aku anak yatim

Assalamualaikum.

lama dah tak update post baru. macam nak dekat setahun dah tak update. macam macam sebenarnya dah berlaku dalam hidup aku. kenapa tajuk 'aku anak yatim'? satu sebab adalah memang nama ayah aku yatim. dan yang kedua aku memang anak yatim. dalam erti kata aku adalah anak yang telah kehilangan ayahnya. semuanya macam terlalu pantas. tak pernah terfikir aku kehilangan ayah. Ayah meninggal 28 januari 2013 dalam nahas kemalangan motor. Tak akan aku lupa tarikh ni.

27 Januari sebenarnya tarikh lahir ayah. aku terkilan sebab 27 januari haritu aku tak sambut birthday arwah. cuma wish je. sayang semuanya dah terlambat kan? dulu aku selalu tengok berita dekat tv, surat khabar pasal orang meninggal kemalangan. tapi betul betul terjadi dekat diri aku sendiri. dekat ahli keluarga sendiri, dekat ayah sendiri. tapi kita tak pernah tahu dan tak akan tahu bila dan macam mana ajal kita kan? aku redha. Allah lebih sayangkan ayah aku lebih dari aku sayang dia. aku kena terima. sebab tu lah ketentuan. tu lah takdir yang tercatat.

mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ni. sebagai anak, hamba Allah, aku hanya mampu berdoa. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman, semoga ayah diberi ketenangan disana, semoga semua dosa dosa aku terhadap ayah diampunkan.

ni artikel pasal kemalangan hari tu. kalau taip nama arwah ayah 'yatim hj shrani' akan keluar artikel pasal arwah. dan, sebenarnya arwah ayah eksiden dengan cucu sedara dia sendiri. semoga cucu sedara, arwah zulfahmi ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. In Shaa Allah.


artikel kemalangan