Assalamualaikum
Sihat ke semua? Have you had your shake today? hihik. kita dah. kenyang. burpppppp. Alhamdulillah. Tak payah cakap lah pasal lama tak update blog kan? Bukan busy sebenarnya tapi malas.hahaha okayy sekarang ni rasa macam nak start blogging secara serius. In Shaa Allah. tapi rasanya dah banyak kali jugak cakap nak serius blogging. Last2 dua tiga bulan baru update.hihik. Ni pun baru lepas tukar template sikit, tukar gambar sikit, update profile sekali. mana taknya, last update profile masa aku umur 18. sekarang dah 21. heyyyy 3 tahun kot tak update. hampeh betui. gambar pun dah entah zaman bila punya tak tukar. okayy sekarang sudah tukar. template pun dah simple je sebab sekarang dah besar, dah matang. tak boleh pilih template kanak kanak lagi.
By the way, aku sudah tamat diploma. yeayyyy. Alhamdulillah. tapi belum grad lagi. rasanya dalam bulan 9 kot. Alhamdulillah syukur sangat sangat sebab aku takde repeat, takde kena extend semester. sebab sem last aku rasa yang paling teruk. malas nak belajar, banyak sangat cuti, tambah dugaan dengan pemergian arwah ayah kann. jadinya mood belajar tu memang ke laut. seriously aku study pun last minute sangat. time nak quiz dan test baru aku study gila gila. plus sem last aku upgrade sikit beli tab. perghhh memang lalai, lagho je duk mengadap tab tu. tapi syukur sangat. aku CGPA aku masih 3 pointer. masa nak dapat result hari tu aku dah fikir kira lulus je tak 3 pointer pun takpe. tapi Alhamdulillah masih ada rezeki aku untuk dapat 3 pointer. sekarang ni masih lagi terumbang ambing tak cari keje lagi. cuma ade la buat bisnes sikit sikit. bisnes tudung sikit, bisnes produk kecantikan sikit, bisnes herbalife sikit.
hokayyyy korang mesti ada cita cita kan masa kecik? dan mungkin sekarang masih bercita cita ye dokkk. kalau fikir balik kann kelako je dulu cita cita kemain macam macam aku nak jadi. angkasawan la, doktor, cikgu, macam macam la. sekali masuk alam persekolahan dan seterusnya universiti makin lama aku rasa makin jauh dengan cita cita aku tu. yelaaa budak malas belajar memang macam tu. cita cita je lebih tapi tak nak take action. heyyo ingat senang ke nak capai cita cita tu haaaa. kena belajar siang malam tahuuu. aku dah la malas belajo.hihik. oleh kerana itu aku telah biarkan cita cita aku dulu terkubur dan terbiar sepi. sekarang ni aku dah tak kisah pasal cita cita aku. sebab sekarang aku ada impian. hihi.
banyak sebenarnya impian aku. tapi aku bagitau sikit sikit jela hekkkk. firstly mestilah aku berimpian suatu hari nanti aku nak bagi mak dan nenek aku sejumlah wang hasil gaji aku. aku harap impian ni dapat tercapai sebelum hujung tahun ni jugak. banyak jugak sebenarnya impian yang aku harap dapat capai sebelum hujung tahun ni. antaranya aku nak dapat income dari herbalife sebelum hujung tahun. nak dapat income bukan boleh duduk senang lenang je. tapi aku harus bekerja. ya sekarang aku tengah bekerja dan berusaha untuk itu. then aku harap dapat beli iphone 5, eh mungkin iphone 6 ke. lepas tu aku harap dapat melancong pegi mana mana lah. tak kisah dalam negara pun. sabah ke, sarawak ke. impian yang paling setiap tahun aku impikan dari dulu adalah nak kurus. hahahaha tak sudah2 kan. asyik cakap je nak kurus. tapi bila entah nak tercapai. haaa lagi satu impian yang aku kira agak penting jugak. aku nak kawin pada usia muda. mungkin umur 22 atau 23. hihikkkk macam gatai nak menikah kann? idok lerrrr. aku rasa lebih baik kawin cepat cepat dari sakan bercinta kannn. lagipun banyak jugak faktor yang aku fikirkan sangat menyumbang kepada idea aku nak kawin muda ni. takpelah faktor tersebut kita cerita di entri lain okayyy.
okay ni jelah beberapa impian yang aku dapat share. yang lain kalau rajin nanti aku bagi tau. memandangkan waktu sekarang pun dah malam, aku pun terpaksa tidur sebab esok nak kerja. aku kerja setiap selasa dan ahad je. ganti kalau ada orang cuti.
pesanan ikhlas dari aku, sebelum tidur jangan lupa telan omega 3 fish oil okayyy. memang semua orang pun dah tahu omega 3 fish oil lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan otak. ehhhh untuk kulit jugakkk bagus tauu. kalau tak bagus, takde nye orang pung pang pung pang suh telan yeeee. SAYA SUDAH. ANDA BILA LAGI?
No comments:
Post a Comment