Saturday, July 28, 2012

Nak kawin....nak bisnes.

Assalamualaikum.
Wuwuwu ape punya tajuk laaa. Macam tak malu je. Tapi nak wat caner, dah memang rasa nak kawin kann. Cuma masalahnye takde calon laaa. Macam mana ye nak kawin tapi takde calon. Dulu penah gak rasa macam ni, tapi stop kejap sebab nak tumpu pada bisnes. Amboiiii  tumpu pada bisnes, bukan pada study yee? Tak tau lah nape, tapi aku lebih suka bisnes daripada study. Rasa macam nak buat fulltime bisnes and partime study. Boleh macam tu??hehehe. Rasanya aku dah jumpa kekuatan aku. Sebab bila buat bisnes aku rasa seronok. Semakin seronok bila ada customer beli barang dengan kita. Lebih double seronok bila dia repeat order. Bisnes yg aku maksudkan sekarang ni, bukan herbalife. Sebab aku baru nak berjinak jinak dengan herbalife. Kan aku ade run on9 bisnes, jual produk2 kecantikan. Tudung2 pulak aku buat secara offline. Dan sekarang aku dah ada sorang ejen bawah aku utk jual tudung.
Sebenarnya apa tujuan aku bisnes ehh? Aku pun tak tau. Mula mula dulu memang nak cari duit poket. Almaklumlag, student PTPTN selalu je pokai sebelum masa. So aku amik keputusan nak run bisnes on9. Jual tudung pulak sebab aku pernah keje part time kat kedai tudung. So, dah macam jatuh cinta plakss. So aku decide nak jual tudung secara offline utk budak budak kolej.
Soal untung? Entah la. Aku pun tak tahu. Aku rasa buat bisnes macam sebagai hobi. Macam takde target nak untung berapa. Buat saje saje je. Cam mane tu??? Entah laaa. Bila kita buat sesuatu tu jadi hobi, mesti kita dah tak rasa terpaksa. Tak rasa pun nak mendapat pulangan yang lumayan ke hape. Cuma rasa seronok sangat bila ada orang membeli dengan kita.
Okayy lah. Kesimpulan dari post ni, aku tension sebab tadi MUET macam hampehhhh. So rasa macam taknak belajar, nak buat fulltime bisnes, nak cari life partner n jadi fulltime housewife. Boleh cenggitu? Kesimpulan macam takde kena mengena.hehe. ok lah, babai. Wassalam.
P/s: esok first time nak pegi sts. Semoga perjalanan dan perjuangan aku dengan herbalife, adalah sesuatu yang bermanfaat.

Friday, July 27, 2012

i'm back.

Assalamualaikum.

setelah sekian lama tak update, hari ni julung2 kalinya update ye. bukan ape, idea nak menulis kat blog tu ada. tapi malas sungguh. kan bagus kalau ada software yang bila kita cakap, dia tertulis sendiri. seronok tuuu.

okayy, sebenarnya dah sebulan aku consume herbalife. nak tahu sebab aku amik herbalife? sebab lepas timbang tu semua, aku dapati bahawa sistem dalam badan aku berumur 35 tahun. mak aihhhhhh tua kannn? patutlah asyik mengah je. baru naik tangga sikit dah mengah macam lari satu padang. lepastu visceral fat aku 8.5. hoiiii tak boleh tinggi lagi ke lemak kat bahagian organ tuuu? ni semua hasil ternakan aku selama 20 tahun. umur organ 35, visceral fat 8.5. memang teruk. padahal baru umur 20 tahun. so, sebab tu lah aku sangat tertarik nak consume herbalife ni. disamping nak kurus sebenarnya.

herbalife mahal? ye memang mahal. tapi kalau nak bandingkan dengan kesihatan yang priceless tu, better consume herbalife, before dapat penyakit lain pulaks. nanti kalau dah ada penyakit, nak rawat tu lagi makan kos yang mahal. sebagai contoh mak aku la. aku boleh tengok sendiri. mak ada penyakit kidney failure sekarang ni. sebab dah hidap diabetes lama sejak muda. so, sebenarnya kos rawatan untuk buat dialisis makan ribu riban jugak. so, boleh la fikir sendiri kann? dan kerana herbalife agak mahal bagi student macam aku, aku berusaha jugak nak dapatkan duit beli. aku bermula dengan bisnes tudung. then kalau ada untung aku simpan untuk beli herbalife. PTPTN? jangan harap. duit aku memang dah yilekkkk. tak tahu mane pegi. yang aku tahu, duit aku memang macam air mengalir. so memang aku beli herbalife bukan guna duit PTPTN ye. dan aku juga bukan seorang yang loaded okayyy. makan minum aku cukup2 je. ehhh, tapi sekarang jarang dah makan n minum manis2. kan dah ada herbalife, nape nak beli makanan lain kann?

mula mula dulu aku amik formula 1 je. sebab takde duit. habis je formula 1 satu botol berat aku turun nak dekat 2kg. gila kauuu tak hepi? mestilah hepi. susah tau nak turun berat ni. then aku jual tudung time karnival keusahawanan hari tu dapat lah jugak untung. aku terus cepat cepat beli tea mix dan aloe conc. so sekarang ada set untuk 1,2,3. tapi formula 3 tak beli lagi. nantilah bila dah ada duit lebih, consume protein pulakss. so, sekarang berat aku dah turun hampi 4kg dalam masa sebulan. korang tak nak turun berat sama sama dengan aku ke? and, FYI visceral fat aku yang 8.5 tu, dah turun ke 8.0 sahaja. dan kandungan air dalam badan semakin meningkat, % lemak semakin menurun. okayyy, meh la kalau korang nak kurun sama2 dengan aku, silalah jangan malu jangan segan, add fb aku, pastu inbox. tak pun pegi amik handphone masing2 sekarang, pastu msg aku. okayy? aku nak ajak korang kurus sama2. LOSE WEIGHT NOW. ASK ME HOW. (012-7329260)