Monday, July 15, 2013

Resepi Homemade Meatball

Assalamualaikum.

Saje je puasa ni nak update resepi kan. Okayy dah seminggu buat meatball ni sebenarnya. Tapi baru ni teringat. So baru ni lah aku nak upload. Ehhh kejap sape kata minum herbalife tak boleh makan benda lain kan? Boleh je. Yang penting jangan la melantak. Lepas makan tu detox balik dengan teamix dan tc formula okayyyy. Actually dah lama teringin makan meatball ni. Aku pernah makan kat ikea sekali je. Kesian kan? Yela duk kampung. Tak kan nak g kl semata mata nak dapatkan meatlball ikea je. Lepas tu aku memang malas nak beli yang dah siap punya. Sebab kadang kadang yang siap punya ada yang rasa tak sedap. So aku takut salah beli. Lepas tu kan process food ni tak berapa elok pun untuk kesihatan kan. So layan jelah resepi hari ni okay. Resepi meatball sekali dengan gravy dia.

Resepi Meatball

250-300 gm daging kisar ( brand Ramly)
300 gm daging segar yang dikisar sendiri
Bawang putih
Sebiji bawang besar Holland (dikisar)
Bread crumb*
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur ( dipukul)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
50ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menguli

*untuk bread crumb aku buat sendiri guna roti. Sebab aku malas nak pegi beli bread crumb. Kebetulan ada roti kan. So roti dibakar sampai rangup, lepas tu kisar guna pengisar kering.

Cara-caranya

Masukkan semua daging kisar, bawang holland, bawang putih, serbuk lada sulah, lada hitam, tepung, bread crumb, telur dan susu.


Uli semua bahan sampai sebati. Lepas tu kalau agak2 adunan tu nampak lembik sangat, tambah lagi bread crumb dan tepung.


Lepas tu bulat kan meatball. Tips supaya meatbal tak melekat kat tangan, kena sapu dulu minyak. Then barulah bulat bulat kan ia. Then kita kukus meatball tu. Kalau nak goreng terus pun boleh. Terpulang. Aku kukus dulu sebab nak bagi dia masak terus dalam dan luar lepastu boleh simpan dalam freeze. So anytime aku nak makan, tinggal goreng je. Korang nak kukus lepastu bakar pun boleh, nak buat pan sear pun boleh, nak deep fried pun boleh, nak bakar pun boleh. Terpulang. Ikut korang. Kalau nak healty better kukus lepas tu bakar la. Oleh kerana aku ni oven rosak, so aku kukus lepas tu pan sear je. 

Untuk gravy pulak.


2 sudu butter
1 biji bawang besar Holland (dipotong dadu)
2 Ulas bawang putih (dimayang)
3 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu kicap manis
100 ml susu segar
1 cawan air
1 kiub pati lembu
1/3 sudu tepung gandum
1/3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
1 sudu kecil lada sulah dan lada hitam

Cara-caranya
Panas kan kuali dan cairkan butter. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter yang dah cair sampai wangi. Masukkan tomato. Kacau sampai layu. Masukkan kiub lembu, lada sulah, lada hitam, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau sampai sebati, masuk kan susu segar dan air. Lepas tu masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau lagi sampai masak. Then masukkan semua bahan dalam kualiti dalam blender. Blend sampai tekstur dia halus dan pekat. Lepas tu masuk balik dalam kuali n kacau kejap bagi panas. Then siap. Sedia untuk ngappppp. hihikkk



Dan hasil nyaaaaaa memang marvelous. Makan la dengan side dish ape2. Tapi kalau korang tengah on going weight loss aku cadangkan jangan nak tambah kalori lain pulak. Makan la dengan steam vege macam brokoli ke, carrot, mashed sweet potato ke. Tak kisah la. Janji kreatif. kalau boleh elakkan la makan dengan fries. 









Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa Semua

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa korang. Sahur ape pagi tadi? Aku sahur shake perisa tropical fruit. Alhamdulillah tahun kedua berpuasa dengan herbalife. Semoga aku istiqomah. In Shaa Allah. Senang nye lahai bersahur dengan shake ni. Tak payah mak aku kat dapur kelentang kelentung masak. Dulu pagi2 mesti dengar bunyi lesung dengan kuali kan. Sekarang dah maju hanya bunyi blender yang kedengaran. Sebab blender shake.

Aku kan, selalu jumpa dan dengar dengan orang yang cakap herbalife ni mahal la. Tak mampu la. Sekali jumpa kat pasar ramadhan kemain banyak lagi dia borong. Kuih je 3 jenis, lauk lagi, murtabak, mi kari, mi bandung segala macam mi yang ada nak di borong. Percaya tak aku cakap, kalau korang pergi pasar ramadhan, korang bawak rm10-20 mesti habis punya. Silap silap tak cukup pun sebenarnya. Ape lah sangat kalau nak dibandingkan dengan korang beli satu shake, sekali hidangan average cuma RM6 sahaja! Woi gila jimaatttttt. Dah la harga murah, rendah kalori, makanan untuk sel jadi sihat, bonus nye boleh turunkan berat dan improve skin korang bagi licinnnnnn gitu. Hmmm dulu aku macam tu. Konon nak beli herbalife aku takde duit. Padahal kalau pegi pasar malam tu, borong macam macam. Ohhhhh itu semua dulu. Kini tidak lagi.hihik Aku lebih sayang diri aku. Aku sayang duit aku, so duit tu aku nak melabur kat jalan yang bermanfaat. Jalan yang memberi aku kebaikan. Antara kebaikan nya sel aku semakin sihat, berat badan turun, skin aku pun semakin improve. Herbalife ni senang je konsep dia. Kesihatan datang dulu, lepastu kecantikan dan duit. hihik. Korang kannn daripada beli baju raya mahal2, pegi bufet ramadhan kat hotel mewah2, lebih baik korang invest sikit duit tu untuk sel badan korang. Sebenarnya kita ni makan kan untuk sel, untuk badan kita berfungsi dengan betul. So pilih lah makanan yang betul untuk sel. Jangan makan ikut sedap tekak je, tapi sel tak dapat nutrition pun. Beli baju raya biasa2, invest duit untuk sel, In Shaa Allah raya nanti korang pakai baju biasa je pun tapi nampak menawan sebab badan dah langsing.hehehe Korang tak teringin ke kalau raya tu makcik makcik jumpa kan pastu cakap waaaaa dah kurus sekarang. Ni tak, setiap kali raya mesti orang tegur makin besar lah ape lah. Dulu aku macam tu. Stress kot setiap kali raya je mesti makcik n sedara mara aku cakap aku makin besar. Wuuuu sedih kot. Tapi sejak raya tahun lepas takde lagi dah. Alhamdulillah dorang asyik cakap aku dah lain, makin kecik, kulit muka makin okayy. Hihi Alhamdulillah. Memang la sebenarnya tujuan aku nak kurus bukan lah nak mintak dipuji ke hape. Cuma tujuan nye aku memang nak jaga kesihatan, lepastu supaya aku senang nak cari baju. Yela stress kot bila try baju je, mesti sempit pastu x cantik plak tu.heheeee So korang yang berazam nak tukar saiz baju raya ni, masih belum terlambat la nak join aku puasa dengan herbalife. Baru hari first kan?

Ape punnn SELAMAT BERPUASA semua. Jangan jadikan bulan puasa ni bulan pesta makan ye. Sebab sebenarnya bulan puasa ni lah kita nak bagi chance kat perut dan pankreas berehat. Selalu mereka dah bekerja keras untuk kita, apa salah nya bagi rehat sikit kan? Macam kita jugak kalau dah penat penat lepastu nak rehat, then tiba tiba ada orang paksa kita buat kerja berat. Mesti kita marah kan? So fikirkan lah ye.



So kalau nak join aku berpuasa dengan nutrisi, boleh sms/whatsapp aku kat 012-7329260. Tak kisah la korang dari mana. Dari jauh pun In Shaa Allah aku boleh bantu. 


Sunday, July 7, 2013

Oh tolong jauhkan sifat negatif itu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ada kesempatan nak update blog kan. Okay lately ni banyak betul yang aku rasa benda negatif. Aku sendiri banyak betul fikir negatif kat orang, buat perkara negatif, rasa negatif kat diri sendiri. Kadang kadang sampai aku rasa bosan sangat dengan life sendiri. Sampai aku macam rasa tak nak jadi diri sendiri. Sampai aku rasa nak sangat jadi macam orang lain.

Aku ni takut sangat orang kritik. Aku takut orang cakap benda tak elok pasal aku. Padahal kadang kadang aku rasa mungkin dorang akan kritik yang boleh membangun kan aku. Dan entah entah dorang memang takde nak cakap ape ape pun. Tapi aku takut. Aku takut nak hadapi kenyataan sebenarnya. Setiap kali apa yang aku akan buat, aku macam hipokrit. Aku tak nak orang tegur, aku takut orang kritik. Aku nak semua nampak perfect je depan semua orang. Kadang kadang nak buat sesuatu pun aku rasa macam nak orang puji aku. Padahal sepatutnya buat semua perkara kerana Allah. Allah, jauh sudah aku tersasar. Sedarkan lah aku dari kelalaian ini. Ampunilah aku atas kelalaian ini.

Friday, July 5, 2013

Penggunaan HERBALIFE di Bulan Puasa

Assalamualaikum

Have you had your shake today? Lagi berapa hari je kan kita dah nak masuk bulan puasa. Ramadhan ni mendidik kita supaya banyak bersabar terutama sekali bila nampak makanan banyak sangat depan mata. Fadilat puasa tu akan berkurangan kalau korang mengamalkan tabiat pemakanan atau gaya yang tak sihat. Makan berlebihan, ambil makanan berat sepanjang malam, makan makanan yang tak berkhasiat, kurang minum air, minum manis manis, lepas tu terus tidur. Wahhhhhh senang lenang ye amalkan gaya hidup tak sihat macam tu. Ramadhan kan bulan dimana organ korang berehat dari melakukan tugas tugas berat. Dah hari hari bagi perut tugas berat, asyik suruh hadam makanan yang korang makan je. Sekali sekala bagi la dia rehat pulak. Cuba korang kalau suruh buat kerja non stop. Bising jugak kan? Nak rehat jugak kan? Macam tu jugak perut. Allah dah bagi kita peluang puasa Ramadhan 30 hari suruh organ perut rehat, amik lah peluang ni dengan sebaiknya.

Okayy ni antara manfaat berpuasa untuk kita semua:
- Detoksifikasi dan membebaskan tubuh dari racun
- Menyekat makanan punca pembiakan bakteria atau virus
- Merehatkan sistem penghadaman dan pencernaan
- Menambah sel darah putih yang penting untuk sistem imunisasi tubuh
-Mengimbangi kadar asid dan alkali dalam tubuh
- Memulilhkan fungsi hormon agar kembali normal
- Meningkatkan fungsi organ dengan merangsang seluruh sel atau organ tubuh

Ya Allah, bestnya berpuasa ni. Banyak betul manfaat nye terhadap tubuh kita kan. Punyalah sayang Allah kat kita semua, di bagi peluang kita berpuasa. Tahu tak, bila kita berpuasa, akan berlakunya proses autolisis?

Ketika autolisis di aktifkan, maka ia segera menunjukkan reaksi. Autolisis akan mencari database asal kejadian (fithrah) manusia. Secara keseluruhan ada sekitar 50 trilion sel tersusun dalam tubuh yang terdiri dari sekitar 200 jenis sel. Berbekal data lengkap setiap sel autolisis menjelajah seluruh tubuh.Autolisis memahami bagaimana seharusnya keadaan sehat dari setiap jenis sel, dibahagian tubuh mana seharusnya sel itu berada, dan berapa banyak jumlah dari tiap jenis sel yang terbaik bagi tubuh.

Ia akan menghampiri sel-sel liar yang tidak terdapat dalam daftar fithrah, mengubah asam amino dan gula. Bila sel-sel liar habis, ia akan menghampiri timbunan lemak dalam tubuh dan membakar (oksigen lemak) menjadi keton.Dengan demikian Autolisis akan menghilangkan sel-sel rosak, sel sel mati, BENJOLAN hingga TUMOR serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun (punca penyakit).

Sel-sel liar dan lemak yang telah dihancurkan akan dibawa ke Hati. Semasa kita puasa, hati tidak di sibukkan oleh hasil serapan dari Usus. Oleh kerana itu hati akan bekerja sepenuhnya menapis RACUN-RACUN hasil AUTOLISIS. Seterusnya RACUN akan dibuang keluar tubuh. Disinilah proses DETOKSIFIKASI (pengeluaran racun/penyakit) terjadi.

Nampak tak betapa bestnya puasa ni? Dan autolisis akan berlaku kalau kita berpuasa dengan cara yang betul.

-10 hari pertama memperbaharui 10% sel2 tubuh manusia
-10 hari berikutnya memperbaharui 66% sel tubuh
-10 hari terakhir memperbaharui 100% sel2 tubuh secara keseluruhannya.
Subhanallah, puasa ni keajaiban dari Allah SWT banyak rahsia puasa yang dapat bagi 1001 kebaikan untuk tubuh kita. Sayang nya Allah kat kita semua, bagi peluang puasa Ramadhan 30 hari. Bagilah sel2 tubuh kita nutrisi yang lengkap dan betul supaya autolisis berlaku. In Shaa Allah dengan nutrisi yang lengkap, kita akan regenerate sel yang elok. 

Haaa kat sini panduan penggunaan HERBALIFE di bulan puasa ye.



In Shaa Allah, kalau ikut cara pemakanan yang betul, korang tak kan rasa lesu dalam tempoh 14 jam berpuasa ( 5.30 pagi- 7.30 malam). Mengikut pengalaman aku sendiri memang berpuasa dengan herbalife ni buat aku energetic sepanjang hari. Macam tahun lepas aku sahur dengan herbalife, then still energetic jalan kaki nak pergi kelas tu. Takde la rasa lesu, rasa malas. Dan alhamdulillah aku dah turun 5kg sepanjang berpuasa dengan herbalife.

Okayy tips paling penting untuk maksimumkan keputusan korang kalau nak turun berat, WAJIB minum air secukupnya. Macam mana nak tahu cukup ke tidak? Setiap 25kg berat korang kena minum 1 liter air. So akalu misal berat 70kg, lebih kurang 3 liter air korang kena minum. Macam mana nak dapat minum 3 liter masa bulan puasa? Okay senang sangat. Lepas berbuka korang kena minum habis 2 liter. Dan masa sahur, bangun la awal sikit habis kan 1 liter tu. Jangan malas. Nak langsing bergaya di hari raya memang tak boleh malas okayyy. Okay motto kami tahun ni SIHAT BERTENAGA DIBULAN PUASA, LANGSING BERGAYA DIHARI RAYA.

P/S: Aku still collect order lagi untuk sesiapa yang nak start herbalife nutrition dibulan puasa. So sesiapa yang nak order, masih belum terlambat. Boleh la contact aku kat 012-7329260 ye. Terima kasih.




Thursday, July 4, 2013

Senggugut dan kita

Assalamualaikum semua.

Have you had your shake today? Sambil menulis ni aku minum shake vanilla camput tropical fruit dan ditambah dengan NW. Rasa dia super yummyyyyyy. Sekarang ni aku adalah sangat sangat addicted terhadap produk herbalife. Aku nak jadi product's lover sekarang ni. Nak bercinta dengan produk je.hahaha yelah konsep herbalife ni senang sangat, cintakan produk, kesihatan datang dulu, kecantikan akan datang sekali dan duit pun turut datang.hihik. Best ke tak best? Tukar lemak jadi duit kot. Lagi banyak lemak korang turunkan, In Shaa Allah banyak duit.huhuhu



Okay kelmarin macam ni lah keadaan aku masa kena senggugut atau period pain. Sakit dia tak terkata. Sakit sangat. Memang tahap nak berguling guling lah. Pulak tu aku kena time keje. Memang tak boleh nak buat ape. Memang tak boleh nak layan customer lah ceritanya. So aku terus mintak kebenaran nak balik dari bos aku. Balik rumah terus cepat cepat minum shake. Minum shake vanilla 400ml dengan air biasa bukan air sejuk macam selalu aku bancuh tu. Lepas tu telan omega 3 fish oil herbalife sebiji. Baring dan tak lama lepastu dalam 1-2 jam aku rasa lega. Sakit tu hilang. Serius hilang macam bila aku telan pain killer. Padahal memang tak. Memang aku telan shake je. Alhamdulillah macam ehhh tetiba sakit hilang terus. Allah Maha Besar yang menyembuhkan sakit hambanya. Sakit tu hilang Allah yang sembuhkan. Aku cuma cari solution, cari penawar dengan cara bagi sel2 dalam badan aku makanan sihat tinggi nutrien. Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan melalui makanan sihat.

Nak tahu tak, sebenarnya pain killer jika di ambil dalam dose yang banyak boleh menyebabkan kerosakan hati? Hati kan fungsi dia untuk menapis racun, bahan kimia dan toksik supaya tak masuk dalam darah. Kita semua sedia maklum pain killer tu kandungan nya adalah bahan kimia. So kalau di ambil dalam dos yang berlebihan, akan merosakkan fungsi hati kita. Okayy ni ada petikan artikel aku copy dari internet.

Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Okayy takut ye. Tak pasal pasal melarat jadi penyakit lain. So aku menyeru ladies out there kalau ada masalah period pain, please jangan selalu sangat telan pain killer. Selagi boleh guna cara natural, gunakan lah. Contoh nya, tidur sepanjang hari ke, tuam dengan air panas ke. Tapi sakit tu mungkin hilang tapi bukan jangkamasa yang panjang. Kita kalau boleh nak rawat dari dalam kan. Tak nak dah sakit tu lagi. Seksa kot. So apakata jom try bagi badan kita makanan sihat tinggi nutrisi. Kita kena mencuba. Cuba cari penawar, cari solution. Tak boleh biarkan je. Okay? Sakit kat diri sendiri jugak kan? So kalau rasa berminat nak consume nutrisi, jom jangan teragak agak. Korang boleh sms/whatsapp/wechat aku kat 012-7329260 ye.


Your Health is Priceless

Assalamualaikum.

Have you had your shake today? hihi Sihat ke korang? Kalau tak sihat, pegi minum air masak banyak2. In Shaa Allah cepat sembuh nya. Lagi banyak minum, lagi banyak kencing, lagi cepat la toksin dikeluarkan.

Okayy faham tak fakta kesihatan kita ni bernilai sangat sangat sebenarnya. Sangat sangat sangat. Please jangan takut untuk melabur demi kesihatan masa depan kita. Sebab kalau dari sekarang tak jaga kesihatan, kelak kalau dah dapat penyakit lagi sakit nak membayar harganya.

Tak payah cari jauh jauh. Aku nampak depan mata aku sendiri. Mak aku sendiri, dia kena penyakit buah pinggang puncanya dari penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dia hidap dari muda dulu. Tahu tak, kos rawatan dia sangat sangat mahal. Oleh kerana buah pinggang dah tak berfungsi, maka terpaksa lah pergi dialisis untuk cuci darah. Sebelum prosedur nak cuci darah tu, kena buat tapak atau fistula. Kos untuk buat fistula tu bukan seratus dua ratus ye. Beribu okay. Beribu. Nak nak mak aku jenis saluran dah mengecil sebab dah bertahun kot kencing manis. Kali pertama buat, tak jadi sebab fistula tu tak hidup. Kali kedua baru dapat. Satu kali buat dah seribu dua ribu. Dua kali buat? Okayy then lepas fistula tu dah matang baru boleh buat dialisis. Sekali dialisis kena dalam RM200 lebih. Okay korang bayangkan seminggu kena cuci 3 kali. Dan, sebulan kena cuci dalam 12 kali. Total cost untuk sebulan plus minus RM2400. Bersamaan dengan gaji seorang eksekutif. Okay dapat tak point yang aku nak tunjukkan sebenarnya. Faham tak kalau kita sakit sebenarnya banyak sangat nak guna duit.

Dan ada lagi satu kisah yang aku rasa menyayat hati. Ada sorang makcik ni dia pun buat dialisis sekali kat tempat mak aku tu. Makcik ni seorang janda yang kematian suami. Anak dia kecik lagi. Sorang je. Takde adik beradik lain. Makcik ni ada gout yang dimana kena bergerak sana sini pakai kerusi roda. Tambahan pulak kena cuci darah 3 kali seminggu. Makcik tu ada masalah dengan kaki dia. Kena operate untuk betulkan balik tempurung lutut dia yang dimana memakan belanja plus minus RM12000. Ya Allah besar sangat amount tu. Nampak tak point nye kat sini. Satu aku sangat kesian kat anak makcik tu. Kecik lagi. Dah hilang ayah, emak pulak sakit. Maksudnya macam mana dia dapat kasih sayang daripada mak dia? Please jom kita jaga kesihatan demi anak2 kita. Satu lagi point yang aku nak sampaikan adalah, lebih baik invest duit sekarang masa kita sihat, duit habis boleh dicari, kalau dah sakit nanti dah la susah nak cari duit, duit pulak habis nak merawat sakit.

Pointnya kat sini, aku bukan nak jual produk ye. Aku nak sebarkan nutrisi. Aku nak bantu korang yang ada masalah dan aku nak menyeru, please jom jaga kesihatan. Jaga makan. Semua orang pun tahu, makanan tu punca penyakit, perut tu sarang penyakit. Carilah makanan yang baik untuk badan kita, untuk kesihatan kita. Susah zaman sekarang ni kita nak jumpa makanan yang betul2 berkhasiat yang lengkap dengan nutrisi. Boleh ke korang nak dapatkan hidangan lengkap dengan sumber vitamin n mineral semua dalam satu kali makan?

So kalau susah sangat, aku ada cadangan makanan untuk korang dapat satu hidangan lengkap sumber vitamin n mineral dan 55 nutrien.


Okay so macam mana nak dapat product ni? Boleh contact aku kat 012-7329260. In Shaa Allah aku akan bantu. Aku akan coach and consult korang dari segi cara pemakanan semua ye. Jangan berkira untuk kesihatan. Tanam dalam hati, simpan dalam dalam, demi kesihatan yang baik yang Allah bagi, jaga betul2 jangan sia siakan. Kesihatan tu anugerah Allah untuk kita. Macam contoh, ada orang bagi korang hadiah. Then korang tak hargai, biarkan macam tu je, so korang fikir orang tu akan bagi lagi hadiah? Fikir dalam dalam ye.