Friday, December 31, 2010

hari hari terakhir

betul ke cuti da nak abis ? oh mai god, oh mai god. betul ke ni ? betul ke ? tolong laa, aku tanak balik. tak puas lagi nak meronggeng, tak puas nak bermanja, tak puas tido kat katil tersayang. ohh, tolong la. tuu la, cuti lame sangat. jadi la berat nak balik. ape ape pun, kena gak balik. semester baru, kita buka lembaran baru. jangan ingat kenangan lalu. cewahh, dramatis sehh. tapi aku sedih nak tinggalkan tahun 2010.


saat saat terakhir aku spend time ngan my bff pada tahun 2010. pasni tunggu taun depan la nak spend time ngan dorang lagi. kena tunggu semua balik, baru leh jumpa. ronggeng sama sama. fuhh, seronok. snap sane snap sini. pose sama sama okayy.


ape pencapaian aku pada tahun 2010 ? macam takde je. ade la sikit sikit. first, aku dah tamat zaman sekolah, pastu dapat masuk u. then dapat turunkan berat badan. dan pencapaian penting, result aku utk final exam. takde la teruk sangat, takde la gempak sangat. kiranya masih boleh nak bersyukur lagi laa. ape pencapaian korang sepanjang 2010 ?


azam aku untuk tahun 2011: (banyak nie)
-nak kurus, nak kurus, nak kurus(azam ni dah bertahun tahun, tapi susah beno nak tercapai)
-nak jadi budak baik. takmo nakal nakal lagi
-nak kurangkan shopping. baik on9 ataupun shopping biase. 
-nak belajo rerajin. takmo main main lagi macam sem lepas. 


amboi, banyak azam ni ? agak agak boleh tercapai ke ni ? doa doa aku dapat capai semua nie. 


hari hari terakhir bersama mereka di tahun 2010


muka budak lapar gile


kalu jumpa cermin tak snap snap, memang tak sah


takde tempat lain naik snap


yang ni pun same


kaki karoke


yang belakang tu da lapar sangat


mesti ade je nak inteprem


rindu korang laa wehh


anyway, hepi new year semua ! semoga tahun 2011 memberi banyak kemanisan buat kita semua.


Wednesday, December 29, 2010

tahniah malaysia~yippi yippi

kali kedua aku tengok bola. hasil tak menghampakan. tahniah malaysiaku. i love u lahh ! terus majuu, malaysiaku. saya bangga menjadi anak malaysia! malaysia boleh. kepada yang kalah, harap jangan kecewa yaa. bukan rezeki la tuu. pasni jangan bangkitkan isu laser la ape la okayy. terima kekalahan dengan redha. kepada yang menang, tahniah sangat sangat. terima kasih semua pemain. cewahh, aku plak yang over. ape ape pun aku sgt la gembira. malaysia ku gemilang, negara terbilang.hehe. all the best laa~

jangan minum susu soya, minum la susu kambing!

Susu kambing higoat.

Ni bukan segmen memapromosi produk ehh. Ni Cuma nak cerita pengalaman aku minum susu kambing nie. Rasa die tawar, tapi lemak lemak. Memang sedap la kan. Takde bau kambing pun. Rase susu. Tapi aku cakap, rasa die memang sedap. Aku tak tipu. Aku memang suka gila minum susu nie tiap tiap pagi. Bila dah minum tu, rasa macam bertenaga je. pastu rasa ringan je. dulu aku selalu jugak la sakit kepala. Time cuaca panas je, mesti sakit kepala. Tapi sekarang da kurang sikit la. Rasanye sebab semenjak aku minum susu tu kot. Sekarang ni, aku dah tak layan susu soya. Sebab aku penah terbaca dulu pasal susu soya ni boleh mengakibatkan penyakit ape ntah. Lagi pun yang sarankan minum susu soya tu, yahudi. So, lebih baik minum susu kambing. Amalan Rasulullah. Lebih bermanfaat. Meh sini aku bagitau sikit pasal susu kambing. Sumber, mesti la encik google tersayang.

"1) Merawat Kencing Manis
 2) Kebas Kaki dan Tangan
3) Sakit Jantung dan Darah Tinggi
4) Migrain
5) Gastrik
6) Semput
7) Asma (Lelah)
8) Masalah Keletihan
9) Acute Anemia
10) Masalah Kulit
11 Tulang Belakang Reput
13) Masalah Ketika Mengandung
14) Angin Ahmar
15) Masalah Ketika Kelahiran
16) Insomnia
17) Susah Buang Air Besar ; Buasir

Kajian Saintifik
Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi sumber nutrien seperti berikut:
• Tenaga
• Protein
• Lemak
• Karbohidrat
• Gula
• Kalsium
• Zat Besi
• Vitamin A
• Vitamin B2
• Vitamin C
• Vitamin D
• Vitamin B12
• Asid Folik
• Inositol
• Sodium
• Potassium

Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi yang mana lebih baik, adakah Susu Lembu atau Susu Kambing? Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:
1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein &; Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus &; mudah dihadam berbanding susu lembu
4. Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
6. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
• Protein 2.1 kali ganda
• Kalsium 2.2 kali ganda
• Zat Besi 2.0 kali ganda
• Potasium 2.1 kali ganda
• Vitamin A 3.8 kali ganda
• Garam Galian 2.0 kali ganda
• Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu”

Ni la sedikit sebanyak khasiat dia. Tapi, perubahan yang aku dah rasa, kurang sikit rasa sakit kepala. Lagi satu, bila aku stress aku minum susu nie. Aku jadi tenang sikit la. Memang betul kalau tak percaya, korang try sendiri. Aku bukan pengedar nak promote korang beli barang aku okayhh. Aku cuma nak kongsi sikit pengalaman. Benda baik, nak buat ape simpan sendiri kan? Share dengan orang lagi bagus. Ramai dapat manfaat.

Okay ni segmen iklan pulak ehh. Takde sape bayar pun, aku sesaje nak promote. Kalau korang nak beli, cari la stokis ke ape. Jangan tanya aku tau. Sebab aku tak jual.

“Kini terdapat cara mudah untuk meminum susu kambing. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk simpan susu kambing bagi mengekalkan kesegaran, bau yang tidak menyenangkan. Penemuan terbaru susu kambing dalam bentuk tepung yang dinamakan Hi Goat keluaran Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang dijamin Suci dan Halal. Susu Tepung Hi Goat adalah unik dan terbaik kerana:
• Pertama di pasaran
• Rasa yang enak
• Penyediaan mudah dan segera
• Sesuai untuk semua
• Bau yang menyenangkan
• Tanpa gula
• Tiada bahan pengawet dan pewarna Organik”

Tuesday, December 28, 2010

contest aku dan masa silam

semakin rajin pulak aku nak join contest. yelaa, nak erat eratkan silaturahim. tak harap pun menang. cuma harap dapat lebih kenal kenal ngan blogger lain. contest kali ni di anjurkan oleh sis suya. nak tau lebih lanjut, pegi kat blog dia okayy.
 ni banner contest nie.
yang ni pulak syarat syaratnye.

tarikh tutup adelah 29 dec. esok la tu kan? sempat ke aku join nie? harap sempat la.

ni gambar yang aku pertaruhkan

gambar mase kecik tu umur 5 tahun. yang besar umur 18 tahun. persamaan dari dulu sampai sekarang adelah, kening aku tetap sama, hidup penyek tetap sama, bibir seksi pun same juga. yang paling penting, pipi tembam pun masih sama. dari segi perangai, dari kecik sampai besar, perangai ngade ngade tu masih berjaya dikekalkan.hehehe. perbezaan, mesty la dari segi umur dan saiz. kalau dulu aku kecik je, tapi sekarang dah besar laa.makan ape pun tak tau sampai besar camnie.

okayy la, sy tag:

CONTEST KAMI KEMBARKAH



syafiqa vs syazwani

kami kembarkah ?
saje je nak join contest ni. sebab saya rasa saya macam ade kembar. 
kalau nak tau lebih lanjut tentang contest ni, boleh la klik sini.

okayy, meh sini saya cerita sikit pasal kembar saya nie. 
nama: nursyazwani bt asri
umur: 18 tahun (same mcm sy)
ktorang kawan dari kecik. dari umur 5 tahun tau. sampai sekarang.

nape saya cakap dia kembar saya ?
sebab kitorang memang dah kenal lama. dia duk kat kampung dekat je ngan umah saya. so, ktorang memang hari hari jumpa. kadang kadang dia tdo umah saya, saya tido umah dia. 
kalau nak pegi mana mana pun ktorang akan pergi sama sama. 
ktorang berkongsi minat yang sama. ktorang hantu sushi. ktorang sanggup berhabis semata mata nak makan sushi tu. 
taste ktorang pun same. kadang kadang beli baju sama. ade 2 helai baju yang ktorang beli sama. ktorang jugak gila shawl. memang banyak shawl yang ktorang dah beli. ade yang ktorang beli pattern sama, ade yang tak. ktorang juga gila wedges. 
dia gak selalu ada bila saya susah. bila saya ada masalah, dia tolong saya. dia ada masalah, saya tolong dia. kami saling tolong menolong. dah macam adik beradik la. lagipun, ramai gak yang cakap muka kami sama. tapi kami tak rasa mcm tu pun.hehehe.
ktorang selalu keluar makan sama sama, beli barang sama sama. pendek kata, dimana ada dia, kat situ ada saya.hehehe. 
dia sungguh memahami saya. rasenye, kalu ade boyfie pun, mesti boyfie tu tak boleh nak faham saya macam mana dia faham saya. 

kami gila foto. nak nak kat dalam toilet. 



okayy la, sy tag:

Kahwin muda-trend atau dah kembali pada zaman dolu

Sorry la lame tak update. Ade emergency, pakcik sedara meninggal. Arwah meninggal sebab sakit tua.
Cakap pasal kahwin muda, aku tengok ramai dah sedare mare aku yang umo 18 dah ade anak. Best ke kawin muda nie ? jangan cakap aku teringin la. Sikit pun tak. Turn aku lame lagi. Banyak yang aku nak capai sebelum kena kawin.  Pada aku la kan, time ngah umo belas belas ni la time nak rase cmne idup. Baru nak rasa dah besar sikit. Nak bebas, tanak terikat dengan tanggungjawab. Tapi mereka, umo 18 dah kena bawak beg besar, isi pampers, botol susu la.bla bla bla. Patutnya, 18 ni pegi hang out ngan kawan kawan, sebab nanti bila dah keje, memang takde mase la nak hang out cmnie. Lagi pun masih remaja kan. Sekarang ni la, masa untuk kenal dunia remaja. Ops! Yang positif saje ye. Yang negative jangan! Baru umo 18, dah rase terbeban. Orang lain sibuk mengulit ngan buku macam nak gila, tapi mereka dah kena jage anak anak. Mane yang nak makan la, mandi la.bla bla bla. Aku cerita sebab aku tengok dengan mata aku sendiri. Rasenye dulu mase kecik kecik ktorang main sama sama. Tup tup, masa aku nak spm taun lepas, dia pun kawin. Ohh tidak! Apalah ertinya hidup jika tak penah rasa pengalaman spm tuu. Dia tak abis sekolah, terus kawin. Aku tanya la mak aku, nape die kawin cepat sangat. Mak aku pun ngan jawapan biasa ‘dah jodoh, nak buat macam mana’. Okay la, aku terima. Tapi betapa ruginya budak tuu, baru 18 tahun dah kena ikut suami naik lori memalam. Sebab suami dia keje bawak lori kan. Kena la teman suami dia.

Lepas tu, situasi lagi sorang nie. Die tak bape nak pandai. Aku pun dah lama tak jumpa die. Baru pagi tadi jumpa. Kawan lame mase kecik kecik dulu. Orangnye pun cantik jugak. Pandai bergaya. Baru 18 tahun jugak. Sekali, dah ada anak sorang. Tapi malang nasib dia sebab suami dia lari. Tak dapat dikesan. Kesian kan ? baru 18 tahun dah kena jaga anak sorang, tanpa suami di sisi plak tuu.

Tapi tapi tapi, yang aku pelik, kalau orang orang kampung, kalau anak dia tak pandai, memang nak kena kawin kan ke ? dah jadi macam zaman dolu dolu la pulak. Kononye, nak belajo pun dah tak pandai, lagi pulak ade orang yang nak tanggung, kawinkan jela. Sempitnya pemikirian kalau macam tu. Budak tu tak pandai belajar, suh la dia keje. Bagi la die peluang kecapi hidup jadi gadis remaja. Ni tak, belum belum dah dibebankan dengan tanggungjawab. Tapi, tak tau la pulak kalau dah memang budak pempuan tu ke yang gatal nak kawin. Pada aku kan, kawin ni tentang soal hidup dimasa akan datang. Sebab tu la kena cari yang betul betul. Yang boleh menjana masa depan. Bukan main tangkap muat saje. Bukan nak memperlekehkan ke ape, tapi dalam dunia serba maju ni, dengan harga minyak naik, harga barang naik, kita kena pandai merancang dan memilih. Bukan mata duitan la. Tapi untuk menjamin masa depan sendiri dan keluarga juga.

Entry aku kali nie da macam karang spm pun ade. Panjang berjela. Kesian korang nak membaca.hehe. tapi aku Cuma memberi pendapat disamping berkongsi pengalaman. Kesimpulannya, kawin muda dah macam trend sekarang nie. Dunia dah macam nak balik kat zaman dolu dolu. Zaman anak anak gadis kena kawin awal sangat.

Tahniah Malaysia-aku first time tengok bola

Masih lum terlambat aku nak ucap tahniah. Sebab semalam tak sempat nak update. Ade kematian. Anyway, tahniah Malaysia. Keep up the good work. Aku tak boleh nak ulas banyak banyak laa sebab aku memang tak pandai tengok bola. Tapi, buat pertama kalinya dalam hidup aku, semalam aku tengok bola. Nak kena tulis dalam diary la macam nie. Budak first time tengok bola. Nasib baik menang, kalu tak, memang hampa la aku nak tengok bola pasni. Kesian betul kan kat aku sebab tak penah tengok bola. Nak buat macam mana, dah memang tak minat. Tak tau la nape semalam tetiba je nak tengok. Maybe sebab nak tengok Negara sendiri beraksi kan. Pergh, pengalaman aku tengok bola kali pertama, memang dahsyat. Kecoh habis. Walaupun mase tu aku tengok kat umah wani, tapi aku rasa macam rumah sendiri. Kecoh gila.haha. buat malu je. ni macam, memang tak bole la nak join tengok bola kat kedai mamak. Sebab nanti buat malu diri sendiri je. kecoh gila. Dulu antara satu sebab aku tak suka tengok bola sebab nanti jadi kecoh macam ni la. Tak suka betul kalau aku makan kat kedai mamak, pastu die bukak screen besar. Mesti ramai gila yang duk lepak. Pastu bising bising. ‘goal!!!’ tak pun ‘yeah! Goal’, takpun yang paling sakit bila time dorang bising bila bola sipi sipi nak masuk goal tapi tak goal. Cehh, suara dorang ganggu betul aku nak makan. Tapi tapi. Tu semua dulu. Setelah aku da tengok bola, baru aku tau cmne bestnye tengok bola. Padan la dorang bising bising sebab memang kalau tengok je, automatic mulut pun jadi bising, pastu terus jadi emosional.hahaha. sekarang nie, aku rasa macam nak lepak kat kedai mamak sambil join dorang memekak mekak.hehe. tapi, nasib aku pempuan, so memang tak la kan. Duk umah je, bukak espn, sambil makan popcorn. Cehh, da macam tengok wayang pulak. Pastu jerit jerit ‘goal!!!!’, biar kasi runtuh rumah.hahaha. tapi, ape ape pun, aku memang dah tak sabar nak tunggu musim bola nanti. T boleh la tunjuk, aku pun pandai tengok bola laa.~


Sunday, December 26, 2010

adik adik tersayang

semalam pegi kenduri umah sedara. tengok anak pempuan die tu, asyik dok sms je memanjang. bukan nak sibuk la kan. tp budak tu baru pas pmr. result pun tak semengah mane. tapi tapi tapi, seakan tiada kekesalan laa. masih sibuk dok sms, bergayut ngan tah sape sape. wahai adik adik tersayang, masa depan kamu jauh lagi dihadapan. dulu aku pun macam tu, tapi sekarang bila dah semakin meningkat usia ni aku semakin terfikir. 'betapa jahil dan kanak kanak nye aku dulu, dah la masih guna duit mak bapak, ade hati nak bercintan cintun'. orang lain sibuk duk belaja, aku sibuk sms sane sini. tapi tapi, result aku okayy juga maa. bukan nak riak atau takbur. sekarang ni bila dah besar, da faham, aku rasa teruk sangat masa zaman sekolah dulu. tapi budak sekarang lagi advance. baru darjah bape, dah ade henfon sendiri. dah pandai 'abg syg'. ohh, sungguh dunia semakin maju. kecik kecik suda ada fesbuk. ni lagi tak tahan. mase aku abis spm dulu, aku selalu gak pehi cc. aku tengok, budak budak/ adik adik yang baru darjah bape tu, kemain lagi ade fesbuk connecting ngan sape pun aku tak tau. ngan cikgu die kot, dok tanye homework ape kena buat.hehehe. adik adik.


ni kakak nak pesan:
jangan jadi macam kakak dulu. belaja pun main main. padahal sekolah pun guna duit mak lagi. ade hati nak tangkap leleh la bagai. orang lain sibuk duk belaja, kakak sibuk sms sane sini. jangan la main main lagi. belaja la betul betul. jangan dok sms dok gayut lagi. buang masa, buang duit saje. duit pun guna duit mak kan ?..


p/s: tp result kakak mase pmr dulu gempak tau.hehehe
(tetibe terkenang betapa seronoknye amik result pmr dulu)

Saturday, December 25, 2010

bau ketiak lelaki ? yeuuw !

semalam ngah duk membace majalah rapi, tetibe terbaca satu artikel nie. tertarik sungguh ngan artikel nie. meh aku share kat korang, ape isi kandungan nye. 

'menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja 'diproses' daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya. dalam ujikaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki itu diukur. hasilnya sungguh unik. selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang'.

hahaha. wangian semulajadi ? ohh, kalu aku memang tak sanggup laa. walaupun boleh mencerahkan mood. mencerahkan ape, lagi tertekan ade la bau ketiak lelaki tuu. fuhh, dah la tak pakai deodoran. mesti bau macam ape. kalau korang, sanggup ke nak cium bau ketiak lelaki semata mata nak cerahkan mood ? 

tepuk dada, tanya selera.hahaha

Friday, December 24, 2010

sesi menjadi babysitter suda tamat~

huu, pasni nak g mane2, jd single balik.
slalu mase jd babysitter kena jd ibu muda kejap.hehe.
rindu kat budak kecik yang hyperactive nie. die ni da balik pg td. ohh, sungguh sunyi umah nie. 










Zaman kanak-kanak part 3: tak payah fikir ape, main je.

Seronoknye mase zaman kanak-kanak dulu. Tak payah fikir psl ape. Cuma main, main dan terus main.Bangun tido, makan, main, makan, tido. Tu jelaa kitaran hidup sorang kanak2. Sungguh seronok. Tak pyh fikir psl biology, physics, calculus laa. Ohh, sungguh seronok. Tak payah fikir, cmne nak buat duit ? cmne nak savings? Cuma perlu abiskan je duit mak ayah. Ohh, alangkah indahnya. Dh tu, takkan nak jadi kanak2 je?? tak la, kitaran manusia yang normal. Sekarang cuma perlu fikir pasal belajar, belajar, belajar. Nanti daa keja, kena fikir kerja, kerja, kerja. Bila dah kawin pulak, makin bertambah la benda yang nak difikir. Patut laa, uban semakin menjadi bila umur semakin meningkat kn? Tp tak jugak laa, mase aku sekolah dulu, ade gak classmate aku yang cina dh ade uban. Maybe die banyak fikir kot?


Mood: biology, physics, chemist, calculus!

Monday, December 20, 2010

kalau ada duit...

kalau ada duit, aku nak beli macam2. cehh, da byk kali kot ckp cmnie. tp kali nie, serius. aku ngah kumpul duit nak tunaikan impian aku nie. semoga murah rezeki aku. aminn. korang, cpt aminkan.hehe





Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

jom join contest nie. ni first time sy join contest.



nak info lagi, ley la pegi gayah dot com

sy tag

Zaman kanak-kanak part 2~tak suka makan sayur,


Dulu kecik2, mak selalu paksa aku makan sayur. Die kate kalau tak makan sayur, nanti tak ley besar. Tak ley jadi kuat. Hakikatnya, aku membesar dgn baik pun. Walaupun tanpa makan sayur.hehe. tp Cuma ade part yang kurang zat kot. Dulu aku selalu kena paksa makan sayur. Ingat masa kecik je, rupanya da besar cmnie pun aku tetap kena paksa jugak. Sebab aku memang liat sungguh nak makan sayur.teruk sungguh kann? Tp bukan semua sayur tak makan laa. Ade je yang aku makan. Sekarang, makin umur aku meningkat, makin aku cube telan sayur. Sepanjang umur 18 nie, da byk jugak laa sayur yang aku telan.hehe.

Dulu mase kecik, kakak2 selalu cakap cmnie ‘cepat makan sayur nie, kalu tak mkn, tanak bwk jalan’hehe. Betapa pentingnye mase kecik2 dulu nak ikut jalan, aku pun makan laa sayur tuu. Ngan muka yang sgt terpaksa, aku pun telan jugak. Nak jalan punya pasal.
Sekarang dah besar, aku dh faham. Nape kite kena mkn sayur.hehe. yelaa, kalu tak makan sayur, takde fibre. Sembelit la jadinye nanti. Tu yang nanti berebut2 nak guna toilet sebab lama sgt.sembelit kann. Sory pd yang tengah mkn ehh.

Mood: belajar makan sayur banyak2 utk elak sembelit.hehehe

Zaman kanak-kanak part 1~main masak-masak dan pondok-pondok


Aku ingatkan aku nie kecik lagi. Rupanya dh besar. Kalau kawin pun, dh ley ade anak.ehee. rasenye baru semalam je aku main pondok2. Ehh, tipu la tuu. Haipp! Rase je la, bkn betul2 pun. Rindu la nak main pondok2, main masak2. Beza ke main pondok2 ngan masak2? Beza la wehh, pondok2, ley blakon jadi mak, anak, keluarga, ley main anak patung, tgk tb olok2(bhse bdk2). Kalu main masak2, masak jela. Takley tgk tb olok2.hehe. dulu kalau main msk2, mesti aku petik2 daun ngan bunga kat dpn umah. Habis bunga2 mak, aku kejekan. Konon2 mcm msk sayur la, ape la. Ohh! Sungguh tak matang. Tp seronok tauu. Da besar cuma boleh mengenang zaman dlu je. Yang paling penting, da besar kena masak betul-betul. Ouh, aku sungguh rindu kenangan lampau. Kalau main pondok-pondok aku suka jadi mak. Maybe aku ni mcm matured ckit kot.haha. Nak main pondok-pondok lagi boleh ?

Tp aku heran la, nape anak-anak sedare aku takde pun yang main mcm aku? Kn seronok main cm aku. Petik-petik daun, bunga. Dorang main set dapur cm Barbie tuu. Tak best la. Kanak-kanak zaman sekarang sungguh untung. Nak ape-ape, sume ley dpt. Cehh, mcm aku tak dpt pulak? Dpt la, tp takde la mewah cm dorang.  Tp serius. Aku memang rindu giler nak main pondok-pondok. Keinginan aku nak main pondok-pondok tuu sungguh meluap-luap. Ape yang perlu aku lakukan nie? Teruk betul laa. Kau rindu la ngan zaman kanak2. So, kanak-kanak sekalian, hargailah kamu punya zaman tuu. Sebab nanti boleh jadi rindu tauu.

Mood: rindu pada zaman kanak-kanak

Sunday, December 19, 2010

mase kecik suka main masak2, tp kenapa dh besar mls masak ?

dlu mase kecik2 mmg aku suka+rajin sgt main masak2. tp kenapa bila dh besar menjadi mls utk masak ? sedangkan sbg sorg pmpuan, aku mmg patut masuk dapur. ni tak, liat sungguh. opss! abisla, kantoi ngan mak mertua yang cari bakal menantu. tp jgn risau la, nnty da lame2 aku rajin la kot. tak tau la, aku sorang je ke yang rase cmni atau ade gak org lain yang rase cmnie. teruk betul. dlu mase kecik, mak tak suruh pun, aku mmg rajin nak tlg. tp skrg, kena tunggu mak panggil dulu baru aku dtg. ish, teruk kan ? maybe sbb aku start duk asrama, so, mase nak belajar masak tuu kurang. so,bile balik mmg nak melantak ape yg mak aku msk la kn. so, makin malas lah nak masuk dapur tuu. 
      tp jgn risau, bab dessert, aku mmg rajin nak buat. selalu laa cube resepi baru. tp yang tak menjadi tu lagi banyak laa dari yang jadi. tp okayy la kan sebab aku ade effort nak memasak.hehe. puji diri sendiri plak. 
so, makcik2 sekalian tak pyh risau la, kalu stkt nak buatkan dessert utk anak2 makcik, mmg boleh la kn. takde la anak makcik tu kebulur sgt nnty.hehehe.
      tp, yg menjadi tanda tanya dan menjadi topik hot di benak aku dan org lain : pmpuan, wajib pandai masak kalau nak kawin. tp lelaki ? adekah mereka pandai menjadi imam kalau nak cari pmpuan yg mcm tu ? pd aku, sorg lelaki yg nak bakal isteri die tu pandai masak, hendaklah die menyiapkan diri menjadi seorang imam yang sempurna. fullstop. kalau diri tak pandai jadi imam, so jangan bercita2 tinggi nak isteri yang pandai masak.hehehe
      dah2 la merepek tu yaya. okayy la, tanak la merepek lagi. kesimpulannya, 'perempuan yang pandai masak adelah utk lelaki yang pandai dan boleh jadi imam'.

p/s: aku pandai masak la, cuma malas ckit je !huhuhu

yang halal dan ditarik balik halalnya


SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL 

dan dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

by Idrus Hashim on Monday, October 4, 2010 at 11:29pm

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain

 sebab ini urusan agama kita. 
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM 

tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan
halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut 
telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM 


kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran 

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat 

F&N seperti Coke dan 100 plus

 telah mendapat pengesahan halal JAKIM .


1. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang
telah mendapat pengesahan halal JAKIM 
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat 
KG Pastry atau Noraini’s Cookies 
dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM
kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai
 kerana telah ditarik balik pengesahan 
halalnya 
disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan 
halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama 
Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd,
 syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari 
segi hukum syarak terbagi kepada : 
i. Harus mewarnakan rambut dengan 
warna selain hitam. Warna hitam hanya harus 
bagi yang berpenyakit sahaja
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. 
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. 
v. Harus mewarnakan rambut 
dengan izin suami

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada
 di pasaran terbahagi kepada 2 jenis,
 yang mana kedua-duanya adalah halal dari 
segi bahan kandungan. 
Yang menjadi persolan adakah 
pewarna tersebut telap air atau tidak? 
Pewarna rambut yang di pasaran
 biasanya akan tertulis pada kotak 
PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . 

Mengikut kajian jenis yang 
Semi-Permanent Dye 
adalah jenis yang tidak telap air 
dan ianya tidak boleh dipakai 
oleh orang Islam
Begitu juga sebaliknya. 
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal 
untuk produk pewarna rambut 
kerana ia dikilangkan di luar negara
Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal
 untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan 
supplement dan produk makanan kesihatan
 yang telah berdaftar dengan JAKIM
adalah syarikat Upha. 
Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha 
telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan 
telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang
 digunakan adalah halal,
bagi produk jenama 
Blackmores, Solaray, 
Seven Seas, 21 Century 
tidak pernah mendapat 
pengesahan halal JAKIM
kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul 
yang digunakan itu walau pun didakwa 
bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui
sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini 
adalah kerana itu adalah produk import,
maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab 
mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam 
di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan 
seluruh rangkaiannya 
tidak pernah 
mendapat pengesahan halal JAKIM
maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan 
makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua
 stall di food court Suria KLCC
 halal kerana tiadapapan tanda yang 
membezakan gerai yang
 halal dengan yang tidak halal. 
Saya juga ingin tahu samada semua restoran di 
Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal 
(walaupun ada yang menjual arak ): 
Madam Kwan’s, Spring Garden, 
Rain Nudle House, Bukhara, 
Chillis, California PIzza, 
Kelantan Delights, Chakri’s Palace, 
Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,
 Cinnabon, Al-Marjan , 
Bong Sen (Vietnamese) , 
Chinoz On the Park, 
Dome Café, Genki Sushi,
 Gloria Jean’s Coffees, 
House of Sudanese Food, 
San Francisco Steak House/Santini. 

Jawapan:
 Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC 
tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM
 termasuklah 
juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah 
mendapat pengesahan halal dari JAIS
 ( JabatanAgama Islam Selangor ), 
La Boheme tidak dapat dipastikan
 status halal kerana tidak pernah
 mendapat pengesahan halal JAKIM.
King’s Confectionery telah mendapat
 pengesahan halal JAKIM
Status makanan yang disediakan diGiant dan 
Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat
 pengesahan halal JAKIM ,
 manakala Jusco hendaklah merujuk 
kepada logo halal yang digunakan pada 
pembungkusan produk kerana Jusco 
tidak pernah mendapat pengesahan 
halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story 
tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM 
tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas 
Restoran Burger King ,
 maka dengan itu tidak dapat dipastikan 
status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan 
minyak **** untuk pembuatan 
sausage ayam, fish ball dan lain-lain 
adalah tidak benar bagi
 produk terbabit yang telah 
mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk
Ramli Burger dan Ayamas , 
memang telah mendapat 
pengesahan halal JAKIM 
dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi 
peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat
 pengesahan halal JAKIM
 dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan 
adalah halal tetapi
 Starbuck memang 
tidak pernah memohon 
pengesahan halal JAKIM
maka tidak dapat dipastikan kehalalan 
bahan atau produk di tempat tersebut.