Tuesday, December 28, 2010

Tahniah Malaysia-aku first time tengok bola

Masih lum terlambat aku nak ucap tahniah. Sebab semalam tak sempat nak update. Ade kematian. Anyway, tahniah Malaysia. Keep up the good work. Aku tak boleh nak ulas banyak banyak laa sebab aku memang tak pandai tengok bola. Tapi, buat pertama kalinya dalam hidup aku, semalam aku tengok bola. Nak kena tulis dalam diary la macam nie. Budak first time tengok bola. Nasib baik menang, kalu tak, memang hampa la aku nak tengok bola pasni. Kesian betul kan kat aku sebab tak penah tengok bola. Nak buat macam mana, dah memang tak minat. Tak tau la nape semalam tetiba je nak tengok. Maybe sebab nak tengok Negara sendiri beraksi kan. Pergh, pengalaman aku tengok bola kali pertama, memang dahsyat. Kecoh habis. Walaupun mase tu aku tengok kat umah wani, tapi aku rasa macam rumah sendiri. Kecoh gila.haha. buat malu je. ni macam, memang tak bole la nak join tengok bola kat kedai mamak. Sebab nanti buat malu diri sendiri je. kecoh gila. Dulu antara satu sebab aku tak suka tengok bola sebab nanti jadi kecoh macam ni la. Tak suka betul kalau aku makan kat kedai mamak, pastu die bukak screen besar. Mesti ramai gila yang duk lepak. Pastu bising bising. ‘goal!!!’ tak pun ‘yeah! Goal’, takpun yang paling sakit bila time dorang bising bila bola sipi sipi nak masuk goal tapi tak goal. Cehh, suara dorang ganggu betul aku nak makan. Tapi tapi. Tu semua dulu. Setelah aku da tengok bola, baru aku tau cmne bestnye tengok bola. Padan la dorang bising bising sebab memang kalau tengok je, automatic mulut pun jadi bising, pastu terus jadi emosional.hahaha. sekarang nie, aku rasa macam nak lepak kat kedai mamak sambil join dorang memekak mekak.hehe. tapi, nasib aku pempuan, so memang tak la kan. Duk umah je, bukak espn, sambil makan popcorn. Cehh, da macam tengok wayang pulak. Pastu jerit jerit ‘goal!!!!’, biar kasi runtuh rumah.hahaha. tapi, ape ape pun, aku memang dah tak sabar nak tunggu musim bola nanti. T boleh la tunjuk, aku pun pandai tengok bola laa.~


No comments: