SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL
dan dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM
by Idrus Hashim on Monday, October 4, 2010 at 11:29pm
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain
sebab ini urusan agama kita.
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM
tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan
halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut
telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat
F&N seperti Coke dan 100 plus
telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
1. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang
telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat
KG Pastry atau Noraini’s Cookies
dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM
kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai
kerana telah ditarik balik pengesahan
halalnya
disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan
halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama
Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd,
syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari
segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan
warna selain hitam. Warna hitam hanya harus
bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut
dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada
di pasaran terbahagi kepada 2 jenis,
yang mana kedua-duanya adalah halal dari
segi bahan kandungan.
Yang menjadi persolan adakah
pewarna tersebut telap air atau tidak?
Pewarna rambut yang di pasaran
biasanya akan tertulis pada kotak
PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .
Mengikut kajian jenis yang
Semi-Permanent Dye
adalah jenis yang tidak telap air
dan ianya tidak boleh dipakai
oleh orang Islam.
Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal
untuk produk pewarna rambut
kerana ia dikilangkan di luar negara.
Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal
untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
4. Sehingga kini pengeluar makanan
supplement dan produk makanan kesihatan
yang telah berdaftar dengan JAKIM
adalah syarikat Upha.
Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha
telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan
telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang
digunakan adalah halal,
bagi produk jenama
Blackmores, Solaray,
Seven Seas, 21 Century
tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM,
kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul
yang digunakan itu walau pun didakwa
bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui
sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini
adalah kerana itu adalah produk import,
maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab
mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam
di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan
seluruh rangkaiannya
tidak pernah
mendapat pengesahan halal JAKIM,
maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan
makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua
stall di food court Suria KLCC
halal kerana tiadapapan tanda yang
membezakan gerai yang
halal dengan yang tidak halal.
Saya juga ingin tahu samada semua restoran di
Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal
(walaupun ada yang menjual arak ):
Madam Kwan’s, Spring Garden,
Rain Nudle House, Bukhara,
Chillis, California PIzza,
Kelantan Delights, Chakri’s Palace,
Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,
Cinnabon, Al-Marjan ,
Bong Sen (Vietnamese) ,
Chinoz On the Park,
Dome Café, Genki Sushi,
Gloria Jean’s Coffees,
House of Sudanese Food,
San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan:
Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC
tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM
termasuklah
juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah
mendapat pengesahan halal dari JAIS
( JabatanAgama Islam Selangor ),
La Boheme tidak dapat dipastikan
status halal kerana tidak pernah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
King’s Confectionery telah mendapat
pengesahan halal JAKIM ,
Status makanan yang disediakan diGiant dan
Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat
pengesahan halal JAKIM ,
manakala Jusco hendaklah merujuk
kepada logo halal yang digunakan pada
pembungkusan produk kerana Jusco
tidak pernah mendapat pengesahan
halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story
tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM
tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas
Restoran Burger King ,
maka dengan itu tidak dapat dipastikan
status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan
minyak **** untuk pembuatan
sausage ayam, fish ball dan lain-lain
adalah tidak benar bagi
produk terbabit yang telah
mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk
Ramli Burger dan Ayamas ,
memang telah mendapat
pengesahan halal JAKIM
dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi
peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat
pengesahan halal JAKIM
dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan
adalah halal tetapi
Starbuck memang
tidak pernah memohon
pengesahan halal JAKIM ,
maka tidak dapat dipastikan kehalalan
bahan atau produk di tempat tersebut.
No comments:
Post a Comment