Wednesday, September 28, 2011

macam mana nak hadapi orang yang tak hormat kita?



assalamualaikum semua.

maaf lah. nampaknye blog ni dah macam bukan setakat bersarang, berhabuk je. kalau bela tikus mau dah beranak pinak ni.hehe. sorry sebab dah lama gila tak update kan. rasenye dari sebelum raya dulu kann. maaf lah. sebenarnya banyak nak cerita. draf tu sebenarnya dah banyak. tapi masa nak habiskan entry tak sempat. so, memang tak publish lah kann. anyway, SELAMAT HARI TERAKHIR SYAWAL. eheee. dulu masa raya tak sempat nak ucap. so, ucap yang last pun boleh la kann.


anyway, sekarang tengah musim exam. so, kepada UiTMs student. gud luck ye. act, aku dah tinggal 2 paper je pun. baru nak ucap kat orang. teruk betul kann. eheeee.
btw, aku nak mengadu dengan korang. aku ada sorang rumate ni. nama biarlah dirahsiakan. tension betul lah dengan die. tak tahu lah. time aku tengah study, die sibuk main game. then terjerit jerit. kuat pulak tuu. mengganggu aku la. nak tegur nanti die cakap aku tak hormat die. sebab die lagi tua dari aku. then, time aku nak tido, die nak study. aku tak kisah lah. tapi, tengah baru nak terlelap die bising lagi. sebab kononnye tak faham. tension lah. macam mana nak buat macam ni. tadi pun nak study, die pun nak study. die boleh nak baca notes die kuat. takdelah kuat, tapi cukup untuk didengari lah. aku pun membaca jugak. tapi takdelah keluar suara pun. cuba bayangkan, bila kita nak membaca, then ada suara yang mengganggu, hilang konsentrasi tu tauuu! lain lah kalau aku tengah mengira. aku tak kisah die nak bising pun. tapi ni subjek mengahafal dan membaca. mana boleh ada gangguan. aigoo~ tak tahu dah macam mana nak handle. korang ada tips tips tak untuk menghadapi orang macam nie. menghadapi orang yang tak tahu nak faham dan hormat kita? please, kalau ada sesiapa ada tips. jangan malu nak share ye!

okayy lah. nak sambung study. terpaksa study kat luar bili. tak selesa sebab bukan study kat meja sendiri.
assalamualakum semua.

Friday, September 2, 2011

kahwin muda: tanggungjawab dan menyempurnakan iman.

assalamualaikum

macam mana kalau lelaki nak kahwin muda? sedangkan tanggungjawab mereka pada ibu bapa belum pun habis, tapi dah nak kahwin. pikul tanggungjawab lain pulak. macam mana tuu? antara tanggungjawab terhadap ibu bapa dan nak elak maksiat sekaligus menyempurnakan iman, mana lagi penting? jawapannya, dua dua sama penting. kalau tak mau kahwin sedangkan dah mampu n sedang pikul tanggungjawab terhadap ibu bapa, tapi nafsu disalurkan pada tempat yang salah pun tak boleh jugak. lebih baik kahwin. then, kalau dah kahwin dan lupa pada tanggungjawab pada ibu bapa pun tak boleh jugak. so, dua dua kena balance. bila dah kahwin, kena laa ingat tanggungjawab pada ibu bapa belum habis lagi. anak lelaki, tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa tak pernah putus. so, even dah kahwin, kena jugak senangkan ibu bapa. jangan leka dengan isteri sampai ibu bapa pun dilupa. terkilan laa kalau ada anak lelaki yang lebih pentingkan isterinya dan sanggup lukakan ibu bapa. kann syurga itu di bawah tapak kaki ibu. so, senangkan hati ibu tuuuu, berganda ganda pentingnya berbanding dengan isteri. tapi jangan lah sampai lupa dekat isteri terus. cuma, kena pandai la jalankan tugas sebagai seorang anak dan seorang suami.

anak yang baik, yang sanggup lukakan hati isteri demi menjaga hati ibunya.

isteri yang baik, yang tidak menghalang suaminya untuk menggembirakan hati ibunya. 

Thursday, September 1, 2011

bersalaman antara sepupu bukan mahram? adab atau agama?



assalamualaikum.

masih mood raya lagi ye. ada tak antara korang yang bersalam salaman dengan sepupu lelaki yang penting bukan muhrim laa. dulu memang la tak kisah sebab aku kecik lagi. sekarang dah dewasa tertanya tanya pulak. memang ternyata salam antara sepupu bukan mahram tu haram sebab kita boleh kahwin dengan sepupu kita. so, aku macam terfikir. macam mana nak elak daripada bersalaman dengan sepupu? sebab dorang dah hulur tangan, macam mana nak buat? kalau tak sambut macam memalukan lah pula. tak tahu macam mana nak buat. nak tegur pun macam kesian dia malu nanti. entah laa. buat masa ni aku mencari jalan dengan melarikan diri daripada dilihat oleh sepupu lelaki laa. takut nanti dia hulur tangan pulak kann. so, aku senyap je. dah lama baru la menunjukkan wajah.hehehe. tak kisah la kalau ada yang cakap aku biadap kann. sorry laaa.

untuk nak tahu hukum dengan lebih lanjut, boleh laa klik di sini



aidilfitri: syukur masih dapat bernafas dan melihat dunia.



assalamualaikum semua.

maaf lama dah tak update. selamat hari raya semua! 
raya kali ni okayy jela. semuanya okayy. cuma tak banyak beraya sangat. sebab tak sempat. orang yang datang rumah. so, macam takde nak pegi mana mana la. duit raya pun macam berkurangan laa. tapi yang seronoknya dah besar ni tak main la dapat duit raya singgit. sekarang paling minimum pun dapat seploh ringgit taaauuu. kira nya duit raya ni lebih berkualiti dari kuantiti. yelaa, anak anak sedara semua dapat banyak, tapi singgit singgit. aku dapat sekali, tapi terus seploh ringgit.hehehe. untung jugak la jadi besar ni. cuma lama lama nanti mesti dah tak dapat kann. so, sekarang ni la kenal kumpul banyak banyak kann? ye dak? tapi makcik pakcik aku cam malu malu plak nak bagi duit raya dekat aku. sebab aku nampak macam mak orang kot?

seronoknya raya ni, bila makcik makcik cakap aku macam dah kurus laa.hehehe. bukan kurus la makcik. tapi susut sikit je. tak sia sia tahan nafsu makan buka kann? lepas ni balik kampus nak start puasa lagi laa. nak capai target. tapi kann, nak turus sekilo sikit punya payah. tapi nak naik berkilo kilo, hari raya pertama pun boleh wehh. aigooo. 


2010 (yg tepi sekali pakai baju pink)



2011

p/s: ade perubahan ke? macam takde je?

Daisypath Friendship tickers