Thursday, September 1, 2011

bersalaman antara sepupu bukan mahram? adab atau agama?



assalamualaikum.

masih mood raya lagi ye. ada tak antara korang yang bersalam salaman dengan sepupu lelaki yang penting bukan muhrim laa. dulu memang la tak kisah sebab aku kecik lagi. sekarang dah dewasa tertanya tanya pulak. memang ternyata salam antara sepupu bukan mahram tu haram sebab kita boleh kahwin dengan sepupu kita. so, aku macam terfikir. macam mana nak elak daripada bersalaman dengan sepupu? sebab dorang dah hulur tangan, macam mana nak buat? kalau tak sambut macam memalukan lah pula. tak tahu macam mana nak buat. nak tegur pun macam kesian dia malu nanti. entah laa. buat masa ni aku mencari jalan dengan melarikan diri daripada dilihat oleh sepupu lelaki laa. takut nanti dia hulur tangan pulak kann. so, aku senyap je. dah lama baru la menunjukkan wajah.hehehe. tak kisah la kalau ada yang cakap aku biadap kann. sorry laaa.

untuk nak tahu hukum dengan lebih lanjut, boleh laa klik di sini



1 comment:

en. shafiQ said...

hehe..elak slagi bole an