Sunday, February 27, 2011

macam mana nak bagi orang faham yang kita rindu kat dia ?

rase sepi sangat. rasa rindu. berat dah hati nie sebab tanggung rindu. rindu pada mak ayah, rindu pada nenek, rindu pada keluarga, rindu dekat kawan kawan, rindu pada 'honeydew', rindu pada a.z.s.

Ya Allah, berat sungguh tanggungan ini. sungguh, aku rindu pada kalian. sungguh tiada penipuan. sampai dah tak tahu nak cakap macam mana. sampai terasa sayu. terasa sepi. its a dull night okayy.

orang kata kalau kita rindu pada orang, tengokla bintang yang paling terang, nescaya orang tu akan turut merindui kita. dan, saya tidak jumpa bintang yang paling terang tersebut. malam ni sangat kelam, sangat dull. sehingga tiada bintang yang terang nak menampakkan dirinya dekat saya. maksudnya orang yang saya rindui tu tak rindu pada saya ke ?

mak, adik rindu kat mak. adik rindu kat family. ngade ngade nye adik ni kan. tapi nak buat macam mana, adik memang anak manja.

'honeydew' saya rindu kt awak. saya tau awak busy. sebab tu sy jadi rindu. saya cuba faham keadaan awak. tapi malangnya nape lahh saya susah nak faham.

a.z.s saya rindu kat awak. tak malu kan saya sebab rindu kat awak. entah ape ape jelaa saya ni kan. tapi serius, kalau laa awak tahu ape yang saya rasa.

so, konklusinya adalah, entry kali ini adalah luahan hati seorang perindu.

Thursday, February 24, 2011

syukur, aku masih dapat melihat dunia~

alhamdulillah. masih berpeluang melihat dunia untuk umur yang ke-19 tahun. ulangan, 19 okehh! da besar kot. tapi perangai masih cam budak budak lagi laa. tapi sebenarnya belum bersedia lagi laa. nanti tau tau tahun depan dah kena sambut untuk umur 20 pulak. huaaaa, tak mahu. nak umur belas belas je. sweet gitu. kalau puluh puluh nampak macam dah dewasa sangat laa. belum bersedia lagi. 


thanks pada emak n ayah mereka saya dapat besar dan sihat cam anak gajah nie.hehe. orang pertama wish adelah emak. mak wish in advance. perghh, rindu giler kot kat emak. homesick nie. kalau sambut kat rumah kan best. mesti dapat macam macam.hehe


anyway, thanks pada kawan kawan fb yang beratus ratus wish burfday semalam. agak penuh laa wall tu. email tuu jangan cakap laa. kalau laa email tuu banyak boleh tukar jadi duit, memang makcik kayo laaa. 


thanks jugak kat hosmet2 tersayang yang buat kejutan yang mengejutkan. 


kat kawan kawan kelas yang sudi belanja macam macam. nasib baik burfday adalah setahun sekali. kalau banyak kali, mau naik laa makcik ni kan. mau berkilo kilo naiknye dari turun. 


dan, terima kasih jugak kat 'honeydew'. sebab birthday kali nie sangat bermakna dengan adanya dia. thanks awak !


anyway, thanks jugak pada diri sendiri sebab pandai behave sampai umur 19. semoga dapat behave sampai bila bila. 


azam bila dah besar ni, nak jadi matang sikit. takmau nakal nakal lagi. takmau ganggu orang lagi.hehe. yang paling penting, nak belaja rajin rajin disamping belaja masak laa. sebab tak lama lagi ade dah orang nak masuk meminang kan. okehh, yang ni gatal ehh!

Saturday, February 19, 2011

blog dengan boyfie, sape lagi penting ?

hohoho. 

blog ngan boyfie sape lagi penting ?

maaf encik boyfie. 

sy syg awak. tapi belog lagi saya sayang. 

sebab saya kenal blog saya dulu baru kenal awak. 

hari hari saya jumpa blog saya.

selalu cakap cakap ngan blog.

jangan jeles dengan dia !

dia tak salah.

jangan risau, awak tetap dihati.

jangan marah

korang nak ke rumah macam nie ?




sumber : google je
rumah dan kasut. dua dalam satu la kann.

ni rumah ke ape ? apesal senget benget ? cmne laa arkitek leh kreatif cenggini

yang nie smart sikit laa. kalau letak kat Malaysia, mau hari hari orang singgah rumah aku nie.

yang ni menakutkan. stabil ke ? sekali kena ribut, habis laa

jimat laa nie. batu buat rumah. tak payah pening pening nak beli batu bata. angkut je terus batu besar. bikin sikit, terus jadi rumah. cayalaaa

yang ni kreatif ehh



Thursday, February 17, 2011

pesanan buat isteri dan bakal isteri

semua info nie saya dapat dari kawan saya. dia suka bagi msg kat fb. so apa salahnya kita berkongsi ilmu kan. 
credit to : group 'menanti alam barzakh'

25 Perkara yang tidak disukai suami

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak .... boleh singgah tak mana mana .. pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. ".. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. ".. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",, nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. ".. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar .. then lagi u tak tak ... then today.. then tadi.. u tau tak... semalam u nak tau.... bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. ".. eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. ".. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. ".. adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. ".. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan...

sampaikan ilmu walau satu ayat~

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Monday, February 14, 2011

Semarak RevoFiesta~


Revofiesta-Fiesta Revolusi UiTM Negeri Sembilan 2011. Suatu fiesta berskala besar pada sesi 2011. fiesta yang bakal mencungkil bakat bakat baru dan terpendam dalam uitm. fiesta yang bakal menjadi sebutan semua pelajar uitm negeri sembilan.
fiesta ini juga mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik. 

fiesta anjuran majlis perwakilan pelajar, jawatankuasa perwakilan kolej, jawatankuasa perwakilan komander kesatria dan persatuan-persatuan akademik serta persatuan-persatuan dalaman UiTM Negeri Sembilan ini adalaah suatu fiesta berskala besar pada semester nie. 
macam macam aktiviti yang ada selama fiesta nie berlangsung. antaranya :

-senam seni revofiesta
-unveiling the secrets behind conspiracy theory: dajjal reveal
-tayangan 'when the earth stood still
-vouge with pride and dicipline-fashion show
-extreme outdoor quest
-sukaneka mesra sekampus

pendek kata, memang macam macam adaaaaa. nak tulis pun banyak benau. yang pentingggg, REVOFIESTA adalah suatu fiesta yang gah dan berprestige dalam UiTM Negeri Sembilan sesi ini. 


yang paling seronok adalah, fiesta nie berlangsung 20-27 feb 2011. dan, birthday saya adalah 23 feb okayhh. so, fiesta ni seolah olah menyambut birthday saya.muahahahahah. ( dengan muka perasan dan tak tahu malu )

Wednesday, February 9, 2011

kan dah cakap.

haa, kan dah cakap, bila da masuk belajar, mesti dah kurang masa nak update entry. maaf la semua. bukan tak nak update langsung, tapi betul betul sibuk. minggu nie je dah ada kuiz mengejut dengan test math. fuhh, dah la tak sedia. tau tau je ade kuiz. ish ish ish, memang haremm la kan. tu yang takde masa lagi dah. tiap tiap malam kena study. kena bersedia selalu. takut jadi perkara mengejut nie. nak jawab pun memang terkejut dan terketar ketar la kan. sorry tau semua. memang takde masa langsung. serius! nak makan pun takde mase ni. betul ! saya tipu.hehe. sebab nak makan mesti la ada masa.

okay tata. kena study math pulak. tadi belaja math. susah giler sehhh.

Monday, February 7, 2011

wanita tak pandai masak??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Sunday, February 6, 2011

Ya Allah, murahkan lah rezeki kami semua.

Antara petua murah rezeki ialah:

  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.

selain itu, boleh juga mengamalkan:

1. istifar 70 x lepas subuh
2. auzubillah 21 x lepas solat
3. bismillah 42 x lepas solat
4. selawat 100 x lepas solat
5. ayat 1000 dinar bila2 masa ada kelapangan
Insya Allah rezeki melempah ruah.
SELAWAT MURAH REZEKI

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ

صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ

وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق

وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم


Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim

WAHAI ALLAH RAHMATI DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT MELAPANGKAN REZEKI KAMI
DAN MENJADIKAN BAIKNYA AKHLAK KAMI
DAN CURAHKANLAH KESEJAHTERAAN
ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

SUMBER: GOOGLE.

-marilah sama sama mengamalkan. InsyAllah semoga murah rezeki kita semua. Aminnn.

PERIHAL KANSER

Tanda-Tanda Awal Kanser

1. Kanser pangkal rahim- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan 

2. Kanser payudara- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada 

3. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air 

4. Kanser paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan 

5. Kanser perut- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit 

6. Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak 

7. Kanser ovari- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih 
mendalam 

8. Kanser otak- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti 

9. Kanser prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan 

10. Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi 

11. Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher 

10 Penyebab Utama Kanser

1. Makanan 
2. Tembakau 
3. Alkohol 
4. Radiasi 
5. Sinaran cahaya matahari 
6. Pekerjaan 
7. Pengambilan ubat 
8. Pencemaran air dan udara 
9. Perokok yang tidak aktif 
10. Keturunan 

Teh dan Kanser

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa 
meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain 
memperkuatkannya. 

Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu 
melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke. 

Diet Untuk Mencegah Benjolan Pada Payudara

1. Hindari makanan berlemak dan bergoreng 
2. Hindari makanan ringan yang masam 
3. Kurangkan minum kopi dan minuman bergas 
4. Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin 
5. Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil 

Saturday, February 5, 2011

ciri ciri wanita syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.



-semoga kita dapat menjadi wanita ini-

aku tak paham laaaa!

tetibe rasa belog aku ni berat semacam je. nape hah ? nak kate banyak gambar tak jugak. pastu tetibe ade bunyi bunyi orang cakap. macam radio. bile mase pulak aku pasang radio kat belog ? tak paham wehh, aku tak paham. tolong laaaa. korang rasa belog aku ni berat tak ? kalau iye, bagitau ehh. nak sangat tau nie.

Jangan bersedih

jadilah seperti lebah, selalu hinggap di bunga bunga yang semerbak dan ranting ranting yang segar.

jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari cari kesalahan mereka.

jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok bukan milik anda.

kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. berilah orang yang memerlukan petolongan, nescaya anda akan merasa puas. rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih tindih menghimpit anda, ucapkanlah 'Laa Ilaha Illallah'.

sumber: buku jangan bersedih:jadilah wanita yang paling bahagia~


sebarkan ilmu walau satu ayat.

Friday, February 4, 2011

kini blogwalking lebih mudah dengan Kita Bloggers

anda suka blogwalking dan blogcrawling? kalau begitu, Kita Bloggers sangat sesuai untuk menjalankan kerja kerja berjalan dan berterbangan serta menempel kat belog orang lain. marilah join Kita Bloggers.

sangat mudah okayy nak berblogwalking menggunakan kita bloggers. jom la join.

kenapa mesti Kita Bloggers ? sebab mudah sangat nak menggunakan benda nie. nak blogwalking pun tak payah bukak tab banyak banyak. kadang kadang boleh memeningkan pale otak tengok tab banyak banyak kan ?

kenapa aku suka Kita Bloggers? sebab aku memang suka jalan jalan, terbang, menyemak dan menempel kat belog orang lain. sape kate aku cuma cari shoutbox then shout dan hilang ? aku suka baca belog orang. sebab melalui belog orang lain aku boleh mencari sedikit pengalaman, ilmu, dan macam macam laa. cuma aku kurang rajin datang komen sebab aku adalah seorang 'silent readers'. tapi memang betul laa, blogwalking ni bukan setakat naikkan traffic orang lain, tapi dapat berkenal kenalan, dapat mengeratkan silaturahim. kan bagus macam tuu. so, ape tunggu lagi, meh la join Kita Bloggers!



kelik je kat banner comel lote tuu. kalau nak tahu lebih lanjut.

Kita Bloggers ni diilhamkan oleh mrkodet.

aku start terjumpa benda alah ni dari belog mr anonymous. dia dapat 1300UV dengan Kita Bloggers. korang tak nak ke ? kalau nak, apa tunggu lagi. jom join ramai ramai. ho yeaaaaa.

entry ini bukan entry berbayar okayy. saje saje je.

CONTEST : SELENDANG MENARIK & TERBAIK !

nama penuh : nor syafiqa hidayah

umur: 18 tahun, tapi tahun ni 19. tapi tanak 19, nak mengaku 18 je.

kenapa saya join contest ni ? sebab saja saja nak mengisi kelapangan. lagipun time cuti ni la nal join contest and buat entry. nanti da start blaja balik, memang haremmm la nak beraktiviti blogging. lagipun, dengan join contest ni, boleh mengerat eratkan silaturahim. boleh kenal kenal dengan blogger lain. yang paling penting boleh kenal dengan penganjur!


warna kegemaran ? tengok belog nie pun dah tau. semestinya pink! takde warna lain yang boleh menambat hati nie. pink sahaja.hehehe

okayy, check it out.

banner contest



penganjur contest nie adalah cik gemukbulat yang tak berapa nak gemuk. saya lagi gemuk. ngeh ngeh. kalau nak tau lagi pasal contest ni, sila klik kat belog cik gemukbulat yang tak berapa gemuk dan bulat tapi cantik nie.

okayy, pic yang saya taruhkan
shawl ni jenis boleh stretch. tak tahu la nama ape. fesyen ape ek nak bagi nama ? fesyen rambu tingkat tingkat kot.hehe. tapi kalau nak pakai shawl ni better kena pakai inner la. sebab pendek sikit shawlnye.

yang ni fesyen arab-tak-jadi.hehe

yang ni fesyen nak pegi kelas.hehe. 
amboi, lebih lebih nampak sampai 3 gambar.ehee, sorry la cik gemukbulat-yang-tak-berapa-nak-bulat-dan-gemuk-tapi-cantik, ter'over eksaited la. tuu yang over tuu letak sampai 3 pic.hehehe. hopefully la boleh memang.

okayy la, saya tag:
wani
fify

setiap yang cantik tuu ade yang tak sempurna

huaaaaa. tensen nyee. korang perasan tak yang post aku keluar sampai dua kali. tensen nye. camne nak bikin ni hah ? dah jadi buruk sehh. baru macam nak bangga bangga belog cantik dari sebelumnye. sekali ade je yang tak sempurna. hampeh betul laa. korang tau tak macam mana nak bikin ? help me pleaseeee. tensen tensen tensen.

betul laa orang cakap. setiap yang cantik ade je yang tak sempurna. macam manusia jugak kann ? mana ada yang sempurna nye.

masakan tak sedap pun boleh jadi sedap.

hai semuaaa. ehehehe. sekarang ni aku dalam proses memantapkan lagi skill memasak. dah rajin laa masuk dapur. yelaaa, umur da nak masuk 19, tak lama lagi 20an pulak. pastu tetibe kena kawin. tak kan tanak belajar kan. aku rasa mak aku pun naik heran sebab sekarang aku dah rajin masuk dapur. ngeh ngeh ngeh. semalan aku belajar masak nasi briyani. ho yeaaaa aku da pandai masak nasi briyani tau. tapi tak sehebat mak aku laaa. tapi nak masak sikit sikit tolong mak aku tu boleh je. 

tadi aku masak sardin ngan sayur ngan telur. hek elehhh, masak sardin je. alaa, takpela at least ade gak effort aku nak masak kan. btw, masakan aku sedap okehh. yelaa, orang tak rajin masak, sekali masak jadik ler sedap kann ? alaa, tak jugak. sebenarnye aku ade rahsia. 'saya pasti ramai dah cuba'. ingat tak iklan nie. ? memang betul laa, masakan yang biase je pun boleh jadi sedap tau. rahsianya....


haaaa, knorr pasti sedap. memang sedap wohh. try laa. memang laa seasoning tak baik untuk kesihatan. tapi kalau sekali sekala boleh je. yang paling best kalau guna nie, senang. telur jadi sedap, sayur pun jadi sedap. tapi tak boleh laa selalu. nanti botak. 

okayy la semua. nak sambung belajar masak. nak buat kek batik pulak. 

Nutrient Teh Hijau


SUMBER: GOOGLE 

KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.
Kurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik.
Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.
Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu.
Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.
Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik
yang menghilangkan rasa gatal dan lebam.
Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.
Penstabil tekanan darah
Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah.
Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari.
Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus.
Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak.
Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.
Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar.
Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.
Menurun berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol

part menurunkan berat badan tu aku paling suka. ni yang semangat nak minum teh hijau nie. nanti boleh kurus. muahahaha. jom ramai ramai sape yang nak jaga kulit, nak turunkan berat badan kite minum teh hijau banyak banyak. nanti aku da kurus aku gatau korang ehh.

PETUA IMAM SYAFIE

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, February 1, 2011

selamat datang february~

syukur, masih bernafas lagi pada bulan feb untuk yang ke 18 tahun brape bulan ntah. apa ada pada bulan feb ? orang kata bulan feb ni bulan kasih sayang ? betul kah ? maybe sebab ada hari valentines kan. alaa, kalau bulan lain pun bulan kasih sayang jugak. boleh je nak berkasih sayang tiap tiap bulan. tak semestinya kena tunggu february. lagipun, haram tau sambut hari velentines. pada pasangan pasangan kekasih islam sekalian, tak payah nak valentines sangat laa kan. boleh je sambut hari kasih sayang tiap tiap hari. bagi hadiah tiap tiap bulan. tak payah nak valentines. lagipun, kan korang memang ingat kekasih korang hari hari. so, tak payah laa nak sambut hari tu kan. ke memang korang tak penah ingat, bila 14 feb je baru nak ingat kat kekasih korang. tak tau la pulak kann.

mengapa perlu sambut valentine ? nak tau sebab apa tak boleh. pegi la klik kat link tu ehh. aku pun amik kat google jugak. yelaa, maklumat dihujung jari. tinggal taip, pastu keluar la semua. dunia dah maju. zaman dah berubahkan. sekarang ni, aku nak masak pun aku tengok resepi kat google. canggih betul dunia nie. dah tak payah nak beli buku resepi. jimat kan ? mengapa perlu bayar lebih kalau kita boleh berjimat ?

yang penting, feb adalah bulan yang aku suka. sebab bulan dimana nak ingat balik tarikh aku dilahirkan. macam tak percaya je. aku dah nak masuk 19. aku belum bersedia la. kejap lagi, tup tup dah masuk 20-an. lagi laa tak sedia. aku masih ingin dipanggil remaja. tak mahu jadi wanita lagi okehh.