Sunday, February 27, 2011

macam mana nak bagi orang faham yang kita rindu kat dia ?

rase sepi sangat. rasa rindu. berat dah hati nie sebab tanggung rindu. rindu pada mak ayah, rindu pada nenek, rindu pada keluarga, rindu dekat kawan kawan, rindu pada 'honeydew', rindu pada a.z.s.

Ya Allah, berat sungguh tanggungan ini. sungguh, aku rindu pada kalian. sungguh tiada penipuan. sampai dah tak tahu nak cakap macam mana. sampai terasa sayu. terasa sepi. its a dull night okayy.

orang kata kalau kita rindu pada orang, tengokla bintang yang paling terang, nescaya orang tu akan turut merindui kita. dan, saya tidak jumpa bintang yang paling terang tersebut. malam ni sangat kelam, sangat dull. sehingga tiada bintang yang terang nak menampakkan dirinya dekat saya. maksudnya orang yang saya rindui tu tak rindu pada saya ke ?

mak, adik rindu kat mak. adik rindu kat family. ngade ngade nye adik ni kan. tapi nak buat macam mana, adik memang anak manja.

'honeydew' saya rindu kt awak. saya tau awak busy. sebab tu sy jadi rindu. saya cuba faham keadaan awak. tapi malangnya nape lahh saya susah nak faham.

a.z.s saya rindu kat awak. tak malu kan saya sebab rindu kat awak. entah ape ape jelaa saya ni kan. tapi serius, kalau laa awak tahu ape yang saya rasa.

so, konklusinya adalah, entry kali ini adalah luahan hati seorang perindu.

No comments: