Assalamualaikum.
Alhamdulillah ada kesempatan nak update blog kan. Okay lately ni banyak betul yang aku rasa benda negatif. Aku sendiri banyak betul fikir negatif kat orang, buat perkara negatif, rasa negatif kat diri sendiri. Kadang kadang sampai aku rasa bosan sangat dengan life sendiri. Sampai aku macam rasa tak nak jadi diri sendiri. Sampai aku rasa nak sangat jadi macam orang lain.
Aku ni takut sangat orang kritik. Aku takut orang cakap benda tak elok pasal aku. Padahal kadang kadang aku rasa mungkin dorang akan kritik yang boleh membangun kan aku. Dan entah entah dorang memang takde nak cakap ape ape pun. Tapi aku takut. Aku takut nak hadapi kenyataan sebenarnya. Setiap kali apa yang aku akan buat, aku macam hipokrit. Aku tak nak orang tegur, aku takut orang kritik. Aku nak semua nampak perfect je depan semua orang. Kadang kadang nak buat sesuatu pun aku rasa macam nak orang puji aku. Padahal sepatutnya buat semua perkara kerana Allah. Allah, jauh sudah aku tersasar. Sedarkan lah aku dari kelalaian ini. Ampunilah aku atas kelalaian ini.
No comments:
Post a Comment