Thursday, September 19, 2013

Jobless

Assalamualaikum.

Sihat ke? Aku sihat je. Duk rumah ni makin lama makin sihat. Mana tak nya makan sedap sedap. Nak makan apa, masak je. Kalau malas pun keluar beli makanan. Dah la aktiviti fizikal pun kurang. Zaman duk kolej dulu best. Nak makan pun kena catu, kena berkira. Sehari makan sekali je. Yelaa duit takde kan. Pulak tu pegi kelas jalan kaki. Walaupun tak jauh mana, at least ada jugak la perpeluhan tu kan. Ini duk rumah setakat kemas2 rumah cuci toilet je pun. Ohh rindu betul zaman belajar. Tapi kalau dapat balik zaman belajar, tak nak belajar. Haha malas dah.

Sekarang ni stress betul nak cari kerja yang gaji okay sikit based on kelulusan yang aku ada. Kebanyakan vacancy yang berkaitan dengan lab ni semua kena ada degree. Oh mannnn. Memang tak dapat la kan. Belajar pun takat diploma je pun. Ade je aku hantat resume kat mana2 vacancy yang nak pakai kerani ke ape. Tapi aku x faham betul takde sape pun yang panggil aku interview ke ape. Stress betul. Kalau dah takde vacancy, cabut la iklan tu. Haha mawahhh pulak kan.

Kalau orang tanya aku, tak sambung degree ke. Aku macam tak reti nak jawab. Sambung tu memang nak. Tapi aku x dapat jangka lagi bila. Kalau ada rezeki, In shaa Allah aku sambung tahun depan. Kalau takde rezeki, buat la pjj nanti. Tapi syarat pjj sekarang ni mesti dah keje lebih kurang 5 tahun. Aku ni bukan la tak nak sambung. Tapi kadang kadang aku rasa macam penat nak belajar. Ish3 teruk kan. Okayy maksud aku bukan la penat nak menuntut ilmu. Tapi penat sebab belajar benda yang kadang2 kita tak minat. Kalau dah tak minat mesti jadi camni, dalam kelas tak fokus, balik kolej tak study semula. Esok nak quiz, test atau exam baru study. Tutorial pun malas nak buat. Memang student berkeladak aku ni. Masa zaman diploma dulu aku rasa macam terpaksa sangat belajar. Sampai rasa nak menangis study untuk test. Sebab rasa terpaksa. So dengan itu aku rasa tersangat la membazir dengan loan yang aku dah buat, kesudahan nya belajar main2. Nak sambung degree pulak. Bukan murah2 je. Mau nye aku kena sambung loan lagi. Kan membazir macam tu. Loan puluh ribu, sudahnye jadi student berkeladak. Tapi keladak aku pun diploma 3 pointer lagi la. Lepas tu bayangkan la abis degree nanti belum tentu terus dapat kerja. Memang melangut je. Dengan hutang piutang nak kena bayar. Kalau dapat pun gaji berapa la sangat dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Lagi 4 tahun cam mane la agaknye. Freshly graduated, kalau gaji setakat 2-3 ribu memang berangan la nak pakai honda city. Setakat myvi boleh la. Dengan harga kereta makin mahal, sewa rumah lagi, loan belajar lagi, makan lagi, nak saving untuk kawin la. Belum masuk lagi nak beli baju, beg, make up lagi. Tercungap cungap la tengah bulan. Belajar bertahun tahun, loan beribu ribu, keje hari2 semata nak bayar loan saje. Haha penat kan. Pada aku biar lah aku kumpul dulu duit nak sambung study tu. Penat dah aku ni pinjam dengan ptptn tu. Yang diploma tu pun entah bila la agaknya habis bayar.

So kesimpulannya aku pun tak tahu aku nak keja apa. Ada diploma pun susah nak dapat kerja. Entah la.

Entah. Okay dah bye. Macam takde kena mengena post dengan tajuk. Haha lantak.

No comments:

Daisypath Friendship tickers