Friday, April 12, 2013

Aku anak yatim

Assalamualaikum.

lama dah tak update post baru. macam nak dekat setahun dah tak update. macam macam sebenarnya dah berlaku dalam hidup aku. kenapa tajuk 'aku anak yatim'? satu sebab adalah memang nama ayah aku yatim. dan yang kedua aku memang anak yatim. dalam erti kata aku adalah anak yang telah kehilangan ayahnya. semuanya macam terlalu pantas. tak pernah terfikir aku kehilangan ayah. Ayah meninggal 28 januari 2013 dalam nahas kemalangan motor. Tak akan aku lupa tarikh ni.

27 Januari sebenarnya tarikh lahir ayah. aku terkilan sebab 27 januari haritu aku tak sambut birthday arwah. cuma wish je. sayang semuanya dah terlambat kan? dulu aku selalu tengok berita dekat tv, surat khabar pasal orang meninggal kemalangan. tapi betul betul terjadi dekat diri aku sendiri. dekat ahli keluarga sendiri, dekat ayah sendiri. tapi kita tak pernah tahu dan tak akan tahu bila dan macam mana ajal kita kan? aku redha. Allah lebih sayangkan ayah aku lebih dari aku sayang dia. aku kena terima. sebab tu lah ketentuan. tu lah takdir yang tercatat.

mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ni. sebagai anak, hamba Allah, aku hanya mampu berdoa. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman, semoga ayah diberi ketenangan disana, semoga semua dosa dosa aku terhadap ayah diampunkan.

ni artikel pasal kemalangan hari tu. kalau taip nama arwah ayah 'yatim hj shrani' akan keluar artikel pasal arwah. dan, sebenarnya arwah ayah eksiden dengan cucu sedara dia sendiri. semoga cucu sedara, arwah zulfahmi ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. In Shaa Allah.


artikel kemalangan

No comments: