Saturday, January 1, 2011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia-Al-fatihah

aku baru je tengok adamaya untuk kali ke berapa. terkejut jugak laa dengar berita ni. setiap yang hidup akan mati. kita tak tahu bila ajal kita kan. tak tau pun pergi masa umur berapa. aku copy dari utusan online. kalau nak lebih lanjut, boleh klik sini ye.


'Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.


Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.'

Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang beriman. aminn.

No comments:

Daisypath Friendship tickers