Ni sambungan untuk edisi yang lepas. Memang setiap kali cuti sem je, aktiviti wajib ktorang mesti jalan sama sama, lepak sama sama. Seronok bila dapat spend time sama sama. Maklum laa, aku kan anak bongsu. Kakak semua dah kawin. Dah takde sapa nak layan. So, aku hang out la dengan kawan kawan. Boring jugak jadi anak bongsu ni sebenarnye. Duduk sorang sorang. Takde sape nak buat gaduh. So, dengan kawan kawan jelaa tempat penghilang boring. Sekarang ni ktorang suka lepak sama sama. Kadang kadang siap tido sama sama. Terfikir jugak, agak agak umur 25 nanti ktorang tido sama sama lagi ke tak ? pada aku, mereka nie sangat memahami. Gila tak fahammm, kenal dari umur 5 tahun kot. Sekarang masing masing dah umur 19. Kira jela dah berapa tahun ktorang kenal kan. Susah sama susah, senang sama senang. Kadang kadang, terfikir jugak. Dapat ke boyfie atau suami aku nanti faham aku macam mana dorang faham aku ? betul kata orang, kawan nie la orang yang paling faham kita. Kadang kadang family aku pun tak faham aku. Wanie dengan anim jugak faham aku. Walaupun aku dah dapat kawan baik dekat pilah, budak dua orang nie jugak yang lebih memahami. Bukan nak cakap yang dekat pilah tu tak memahami, dorang memahami, tapi yang dua orang tuuu lebih lagi. betul la, even family tu yang paling penting dalam hidup, tapi kawan tetap memahami. Even dah ada boyfie ke, tapi kawan jugak tetap sama sama. Yelaaa, aku dah berapa kali break off dengan ex aku kann, tapi budak dua orang tuu tetap dengan aku lagi. so, kepada korang, hargailah kawan kawan korang. Sebab kawan tuu best!!!
kek burfday ktorang. aku 23.2, anim 2.4, wanie 19.5
No comments:
Post a Comment