Friday, March 25, 2011

sebut elok elok tak boleh ke ?

assalamualaikum semua !

tak faham dengan bahasa sekarang. ejaan semua dah macam ape. yang dewasa pun nak jadi budak budak. tadi stalker laa fb budak budak sekolah. mak aiii, tak faham nak baca.

antara ayat ayat nye:

-itew asew itew sayang awak la.
 ape kejadahnye ayat macam ni. padahal dah sekolah kot. dah akil baligh kot. kalau kawin pun dah ade anak. perlu ke tulis macam tu. ishh, guna laa ejaan yang proper sikit. ni dah macam merosakkan bahasa sendiri tau.

-ta
-saia
-kamoo
-itew


banyak lagi la. terbelit belit nak membacanye. yela, dah selalu sangat sms kan. sampai tulis pun dah tak betul. macam mana la nak jawab paper bm nanti. jangan tersalah eja sudah la kan. buat malu tau.

No comments: