Monday, November 29, 2010

saya suka yang indah.

cewahh. memang la, semua org pun suka kat sesuatu yang indah. bukan aku je. so, sebab tu laa aku sering tukar background blog aku nie. sebab aku nak sesuatu yang indah je. yg pink, yang comel, yang feminin.hehe. entry kali nie, cuma nak bgtau je, aku puas hati ngan blog aku. tp blog korang lagi cantik laa. tp aku puas hati ngan blog nie. aku sayang kat die tau. kalu ade boyfie nie, mau die jeles sbb aku akn ngadap blog nie hari2 berbanding ngan muka die.hehe. sorry ye bakal encik boyfie. saya sayang blog saya lebih tauu

ape tujuan aku berblogging sbnrnye ?

tujuan aku sebenarnya, nak jadikan blog nie diari harian aku. sebab aku nie jenis yang malas menulis. lagipun memang tiap2 hari aku duk depan lappy kan. so, alang2 tu aku try la ber'blogging'. seronok jugak laa dpt luahkan rase, suka, duka, geram. macam2 laa. aku memang tak terniat pun nak jana pendapatan ke ape ke. sebab tujuan aku ber'bloggy' ni cuma memang nak share kat korang tentang sesuatu dlm hidup aku. takde yang istimewa pun hidup aku nie. biase je. lagi satu tujuan aku adelah sebab nak follow blogshop org lain. sebab aku nie mmg suka sgt shopping online. sebab mls nak bersesak2 cari baju la, apela. kalu terus jumpa takpe. ni, kdg2 ade yang tak sesuai laa. at least, shopping online nie ley jimatkan masa aku yang agak terhad nie. hehehe(sbnrnye byk berfoya je). blog nie sbnrnye da lme gak la aku buat. mase zaman sekolah menengah lagi. tp dulu susah ckit nak update. tp skrg da start nak menjana entry2 psl hidup la nie.

tapi, tapi. sejak aku jumpa blog seorang sis nie, aku dh mula nak try jana pendapatan pasif. yelaa, studentkan, duit ta penah ckup. tak berharap pun yang aku akan dpt byk. tak kisah pun. cuma nak mula menjinak2 saje. skrg nie, aku diperingkat nak belajar lagi. belum start ape2 pun. ngah menuntut ilmu lagi nie. 

Friday, November 26, 2010

saya bukan dh kurus, tp da susut ckit je.

seronok laa rase bile usaha ade menampakkan hasil. walaupun ckit, tp okay la ade hasil. drpd sebelum nie, diet bermati2an, tp takde hasil pun. skrg adela turun dlm 10kg turun sejak masuk u nie. baju size m yang abg aku belikan pun boleh sarung dah.hehehe. maybe sebab penat kan kena mendaki bukit. then, as student msty la kena saving, tu yang mkn sehari sekali je. kalu ckp psl kecewa mmg tak la kn. sebab aku bukan org yang jenis kalu kecewa, hilang selera makan. lagi berselera adelaa. ish, teruk kan ? so, jangan la buat aku kecewa, kompem mkn lebih banyak nanti.hehehe. tp aku dah faham. diet bermati-matian memang tak elok. sebab bila diet tak mkn langsung, akan tiba satu mase nanti bile dh tak boleh thn nafsu, kite akn makan lebih banyak. so, jauhi drpd menahan nafsu. sgt2. at least mkn ckit laa. kena mkn sesuatu yang seimbang. makan nasi boleh je, tp sehari sekali jelaa. pilih lauk yang tak sedap laa mcm mase aku kat pilah dulu. lauk tak sedap, tu yang tak mkn sgt. 


seronok bile ade org ckp 'eh, pika da kurus laa'. lagi seronok bila 'pika, cmne awk leh kurus nie? ade rahsia ke?'. hehe, pembetulan ye, sy bukan kurus, tp sy cuma dah susut ckit je.


bersenam ? penting gak laa sebenarnye. sebab sepanjang duk kat pilah tu, nak pegi kelas kena turun naik bukit. so, kire bersenam gak la kan.


yang aku risau sekarang nie bile cuti, susah betul nak mengelak dari makan. mesti kena makan. nak2 bile mak aku yang masak. masak biase pun leh buat aku teliur tau. ish2, teruklaa. pastu susah betul nak pegi jogging. asyik takde mase je. yelaa, tempat nak jogging kat cnie bukan dekat mcm kat pilah dulu. jauh tau kena p bandar dulu. alahaii.


kena tingkatkan usaha nie, kena turunkan berat lagi ataupun kena mantain. yang penting tak mau naik lagi. pls laa, sy dh bosan gemuk. jadi gemuk nie tension je memanjang tau.

belog bertukar wajah

seronok. berbaloi tak tido nie. puas hati tengok wajah baru belog nie. takde la cntik sgt kalau nak dibandingkan ngan belog korang. tp aku puas hati la. yang paling penting, masih mengekalkan ciri2 kaler die. pinkish gitu. tapi nampak mcm agak tak matang laa sebab mcm jiwang sgt laa. love sane sini. tp tak pela, feminine gitu.cewahhh. owner die masih tak berubah ye. masih childish, masih tak matang. masih pemalas.hehe.

saya seorang babysitter

Aku babysitter yang baik. Ehh, betul ke baik ? hurmm, bole la thn baiknye. Takde la smpy dera-dera budak. Pasni kalu ade ibu2 yg nak cari pengasuh, ley la anta anak mereka kat aku.hehe, taklaa gurau jer. Lum besedia la nak jadi pengasuh. Berbalik pada citer aku menjadi babysitter, fuhh penat sehh. Kalu dpt jage baby okay gak. Tp hakikatnya aku menjaga seorang nur qaseh ramadhani bt mohd zaki. Seorang kanak2 berumur 2 thn lbih yang active, energetic, bertenaga, dan yang paling penting die comeeel. Seronok sbnrnye jage budak2 nie, leh jadikan pengalaman. Nnty takde la kelam kabut sgt bile ade anak sendiri. Cehh, ke situ la plak. Tp mmg betul laa, bile kite da biase asuh anak orang, nnty takde la kekok sgt.hehehe. huu, memang penat laa kan jage si qaseh ni. Mane tak nye, kemain energetic gitu. Asyik bergerak sane sini. Tak reti duk diam. Adoi, letih. Tapi seronok laa, wat hilang rasa sunyi umah nie. Hari first jage die, die nangis auw cari mak die. So, aku ape lagi, bawak la die sekali g jalan2 ka muar tuu. Kemain seronok lagi.

model baru mcdonald

jgn pandang sebalah mata. die pndai nyanyi tau

sedih kan muka dia?

Add caption


Biodata
Nama:nur qaseh ramadhani bt mohd zaki
Umur: 2 thn lebih
Sebab diasuh oleh aku: mak die pegi pengajian jarak jauh
Tmpt tinggal:Terengganu
Hubungan ngan aku: anak sedara
Ciri-ciri menarik:lesung pipit kat dua belah pipi, kening terbentuk, manja
Tempoh penjagaan:1 bulan lbih.

Cehh, aku letak biodata die mcm nak promote la plak. Ehh, takde la Cuma nak bagi korang kenal sape qaseh tuu.

Tuesday, November 23, 2010

petikan ni di copy d blog org.


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang
 di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Monday, November 15, 2010

kawin paksa

kawin paksa ? sanggup ke anda yaya ? kawin ngan org yang kita tak suka ? tp rasanya lebih baik kawin paksa kalau memang direstui. ehh, ape nie cite psl kawin plak. abiskan degree dulu ! takde la, cuma nak meluahkan apa yang ada dlm otak je. rasenye lebih baik kena kawin paksa drpd kawin tak direstui. takde berkat. at least, bahagia di akhirat cz dpt bahagiakan family. mcm cita adamaya tuu kan. kata orang, cinta boleh dipupuk. kalau benci boleh jadi syg, syg pun boleh jd benci. so, baik dari benci tukar jadi sayang. jangan sayang tukar jadi benci. bercinta lama2 pun kawin nanti, boring jugak. mula bercinta semua indah. tp da kawin nanti. hurmm, hampeh !  da banyak dh realiti kehidupan. cuma kita kena buka mata. kena ambil tau, mana realiti, mana lakonan dalam kehidupan.

so, bercinta lepas kawin jelaa. mesti seronok. insyAllah kekal lama. yang paling penting direstui mak ayah kan ? jangan bercinta lama-lama. agak2 da berkenan, dah cukup duit, masuk je meminang. tp bukan aku la ye. orang lain mungkin.



Tuesday, November 9, 2010

shut ur big mouth !

sila diam kalu kau memang tak tau ape yang da berlaku sebenarnya. okayy la, da lama aku pendam benda nie. rasa nak meletup dah. sebelum tu, aku mintak maaf la ye. bukan niat aku nk burukkan kau. tp nie pengajaran yang aku nak kongsikan bersama. tak payah la tau sape org tu. cukup la sekadar tau org tu org dekat ngan aku. 


pengajaran pertama.
kalu kau tertekan pun, tak payah la nak mengamuk2. aku tak suka. aku terganggu. nak mengamuk pun senyap2 jela. tak payah la smpai amukan kau tu menyakitkan hati aku. aku terganggu kau tau tak ? aku tak suka terkejut. yang kau nie, sikit2 nak jerit macam org tak betul. aku tau kau tertekan, tp tak payah la sampai bg tekanan kat orang lain. biasa la sbg student. aku pun tertekan. tp tade la sampai nak ganggu dan sakitkan hati orang lain. selama nie aku senyap je, aku sabar je. tp hari nie aku dah tak boleh sabar. kalu tak luahkan atas blog nie, mungkin aku akan jadi benci kau. so, aku memang tak suka nak tanam rasa benci tu kat sape2. then, baik aku luahkan dengan cara macam nie. yang paling penting, kita kan orang Islam. ape salahnya kalau tertekan tu kau istighfar banyak2. kan sejuk cikit hati tu. ni tak, kau menjerit mcm org mintak lempang tu nape. kalu ikutkan hati aku, memang da lama aku sound ko. tp aku masih ingat nilai peradaban kita sebagai manusia.  tp kau ? kalu nak sound aku sesuka hati je kan. tanpa fikir ape kesan kata2 kau tu kat aku. sumpah, aku rasa nak marah. tp aku tau, aku sadar aku sapa.


pengajaran kedua.
dulu aku rasa hormat sgt kat kau. tp sekarang aku tak tau dah cara cmna nak hormat kau. sebab kau yang buat mcm tu. aku tak nak. tp kau paksa aku kan. yang aku paling terasa bila kau tertekan. then aku cakap cmni 'rileks laa. jgn tertekan sgt' aku nk sambung 'ingat Allah, istighfar byk2'. tapi belum sempat aku bgtau kau dah potong 'kau diam'. sumpah ! aku sgt terasa. kat mana kau tengok kedudukan aku smpai aku tak boleh nak bagi nasihat kat kau? aku pun manusia, kau pun manusia kan ? so nak ape lagi ? kita semua sama, yang membezakan kita adalah amalan kita. ye, aku kurang amalan. kau lebih. tp salah ke aku nak bg nasihat sikit ? mana akal kau sebagai manusia yang beragama Islam ? rasional la ckit wehh. tp, bila aku ada masalah, kau sound aku. tanpa kau tanya kedudukan masalah aku.. kau terus blame aku. kau tak tau ape kedudukan cerita sebenar. tp kau ngan bangga, terus sound aku. mane pegi akal fikiran kau mase tu ? aku terasa. aku rasa terpempam. rasa macam ada batu besar duk atas kepala aku. kau tau ke ? kau tak tau kan ? sebab kau tak penah tanya. kau fikir kau punya tertekan je. selama nie, kau penah nampak aku mengamuk2? kurangkan? semua orang ingat aku nie macam tade masalah sebab selalu hepi. tp kau tak tau ape yg dalam hati aku nie. aku memang marah. aku memang tertekan. tp aku tau, manusia yang lemah iman nya adelah manusia yang tak pandai kawal kemarahan. aku tanak jadi manusia macam tu. 


tolong la wahai kawanku. aku juga manusia biasa. aku tak sempurna. sama seperti kau. aku tegur nie atas sebab aku sayang kan kau. aku tak mau orang lain terasa ngan sikap kau tu. kita sama2 manusia. so, jaga la nilai peradaban sebagai manusia yang bertamadun. terima la teguran orang sekeliling. sebab orang sekeliling macam cermin. mereka akan tunjuk apa yang mereka nampak. terimalah teguran untuk membina jati diri manusia yang cemerlang

Saturday, November 6, 2010

aku terlampau stress ke banyak mkn ajinomoto?

rambut aku gugur! huarghh. takutnye. nnty kalu gugur byk2 kena p yun nam haircare plak. nape ngan aku nie ? stress sgt ke aku nie ? ataupun aku memang byk mkn ajinomoto ? orang kate, if kite terlebih ajinomoto, rambut akn gugur ? betul ke ? tanak la mcm tu. aku syg rambut aku. aset kot. takmo botak. takmo. takmo. takmo.
ape nak buat nie ? nak kate aku nie stress sgt tak mungkin la kot. mcm la ta penah exam besar mcm nie. dlu spm lg stress kot. tp tade pun gugur rambut ? ke aku nie ade penyakit ? takmo. Ya Allah, jauhkan diriku dari sebarang penyakit Ya Allah. Aminn.


dulu rambut sy tebal mcm nie.

tp sekarang byk gugur.
sy takmo jd cmnie.
 

Friday, November 5, 2010

pinqish. aku gila pink.

yayy ! blog da bertukar wajah. tema masih sama. pinkqish. aku memang gila pink tahap gabanto. tak tau la nape. rasenye pink ni melambangkan kelembutan, keceriaan kot. betul laa tu. tp aku ni tade la lembut sgt orangnye. manje tu ade kot. haha. sebab tu la aku menjinakkan diri dalam dunia ke'pink'an nie. sebab nak jadi lemah lembut dan ceria. mata aku nie da tak boleh tengok kaler lain. mesti nak pink jugak. tak tau nape. kalau boleh, ngan uitm ni pun aku nak bagi kaler pink. tp apekan daya. aku hanya student je meyh. ade hati nak berangan tinggi2. ciss ! kalu ikotkan hati yang tak sedar diri nie, mcm2 wohh aku nak yang berkaler pink. tp almaklumlah, mane mampu. ta pela,aku bg korang tengok jela angan-angan dan cita-cita aku yang setinggi langit nie.


kalu aku da kaya tahap dewata, duit juta2, memang boleh je kot sume nie. haha. 


wahh, canteknye rumah.
kalau macam nie memang rajin la nk masak kan.
memang tak bangun pagi la jawabnye aku nie

nak yang saiz besar. sedap peluk.
kereta idaman saya.
ade yang asyik nak mandi je nie. tak mau kuar
 
ribu riban kot mende nieyh.


haha. ni tunggu da kurus la kan. 

nak mintak pink rose hari2 dari boyfie

sweet giler kot

memang tak dpt la kan wedding dress cmnie


smart wohh.

Tuesday, November 2, 2010

gambate yaya ! u know u can do it !

yaya. get ready utk chemist. awak tau kan yang awak tu bengap lemah chemist. so ape lagi, cepatla pegi study. ta guna pun family awak doa utk awak, kalau awak sendiri tak berusaha. td da la berfoya-foya. mase study week, berfoya-foya. tak habis lagi ke nak berfoya-foya tu ? cukup la tuu. nanti dh habis final, awak nak berfoya-foya sampai lebam pun boleh. sekarang ni, bekorban dulu. no sacrifice no glory. faham tak ? 

apa yang saya buat tadi ?
+berfoya-foya
+me'lagho'
+fesbuking
+lepak-lepak
+melanguk tak tentu pasal
+tido
+makan

macam nie ke cara seorang yaya utk dapat DL ? memang tak la kann.. dah2 pegi study yaya. abang chemist dah lama tunggu awak tu. 

luahan seorang yaya untuk dirinya. 


Monday, November 1, 2010

kasih sayang.

huh, tajuk macam gempak je. ehh, tade la. setelah puas berkasih sayang ngan pre-calculus smlm, hari nie rasa puas sangat sebab lahar otak aku telah memuntahkan lavanya dia atas kertas putih utk subjek math 133. rasa macam terlepas satu bebanan. tp bebanan tugasan lain ada. ehh, tak elok cakap mcm tuu. mereka bukan bebanan la, kan ilmu tuu. okayy. malam ni rasanya dah tiba masa untuk mengulit abang chm pulak. yang lepas tu biarla lepas. aku hanya mampu berserah je. sebab tu lah yang aku dah lakukan dengan terbaik. 

perlukah status 'in a relationship with' ?
kalau tanya pada hati, memang la nak. tp aku harus sedar yang 'in relationship with' tu adalah kemahuan semata. bukan satu keperluan hidup. apa ? cinta tu keperluan ? yaa, memang keperluan, tp bukan pada insan yang belum  sah taraf halalnya. kalau bagi Allah dan keluarga. ya ! itu memang keperluan. seorang yaya nie memang inginkan 'in relationship with' tp bukan sekarang. sebab aku sedar yang aku belum bersedia untuk bagi komitmen dalam perhubungan. hidup sendiri pun tak terjaga, ada hati nak jaga orang lain. apelaa kamu ni yaya. sedar la sikit. kamu masih mentah. masih childish. masih hidup dibawah tanggungan keluarga. aku cakap ni bukan sebab aku nie single, tp memang dari dulu pun dah tau yang aku memang belum layak utk 'in relationship with' si polan bin polan tu.

cinta tu nanti. belajar dulu. dan, kenal diri sendiri dulu, baru boleh kenal orang lain.

malam yang indah.

malam yang sgt indah sebab aku mengulit ngan math 133 tanpa henti. aku telah menggunakan seluruh keupayaan otak aku utk bercinta ngan math 133. rase cam penuh sgt otak nie. tp rase belum sedia nak dpt paper esok. huarghh. grrrrr. takutnye weh ! takut ta dpt jwb. yela, test n quiz pun dh disaster. hopefully aku dpt jwb esok. harap sgt ade keajaiban esok. Ya Allah, bantulah hambaMu utk menjawab math esok. sesungguhnya hanya padaMu ke berserah. mak, ayah, keluarga, doakan sy dpt jawab ngan tenang dan betul esok. aminnn.


kenapa dengan otak syafiqa hidayah ni ? susah sgt nak menerima ilmu yang berbentuk pengiraan. ape aku tak sesuai ke ngan subjek nie ? memang dari sekolah rendah dulu, otak aku agak terkial2 utk menerima sesuatu yang berbentuk pengiraan. tp kalau bab duit, laju saje. haiyaa. ape lagi aku nak makan bagi cerdas ckit otak aku ni hah ? buntu aku memikirkan. kadang-kadang rasa macam mungkin aku nie banyak buat dosa, sebab tu la payah sgt nak terima ilmu. ye ke ? betul la tuu. rasenye menggunung dosa yang aku dah buat sepanjang 18tahun 9bln aku hidup nie. aku memang nakal dan jahat, tp sekarang aku cuba utk kembali ke pangkuan jalan dan tak ingin melakukan kesilapan dulu


Ya Allah, kau ampunilah dosa hambaMu ini. agar mudah aku menerima ilmu di muka bumiMu Ya Allah.


~hasil coretan otak yang rase nak meletup. betul ke ?
Daisypath Friendship tickers