Monday, July 18, 2011

untunglah budak sekolah sekarang!

assalamualaikum.

beruntung kan budak sekolah sekarang ? sekolah lagi dah dapat handphone. canggih canggih pulak tuu. lagi canggih dari aku punya. then, sekarang ada yang dapat netbook laa. wah wah wah. beruntung bebeno budak sekarang ni. kononnya dapan handphone boleh la senang mak ayah nak contact. tu dari sudut positif. dari sudut negatif nya ? macam macam hoi. dengan handphone ni la kadang kadang budak boleh jadi rosak. yelaaa, kecik kecik dah pandai ber'sms'. yang perempuan ber'buaya'pren sakan. sikit sikit sms. mesti sentiasa 24jam handphone kat tangan. dah ber'sms mesti nak reload pulak kann. dah membazir duit mak bapak lagi. kalau mak bapak kaya takpe. ni tak, sampai duit makan habis buat reload je. sekarang ni pulak, ada yang dah dapat netbook dari sekolah kann ? memang la dari sudut positifnya, boleh menyelamatkan alam sekitar sebab kurang penggunaan kertas yang boleh menyebabkan pokok kena tebang kan. tetapi, dari sudut negatifnya, dah semakin nampak. yelaaa, konon bagi netbook untuk buat homework ke. tapi kebanyakan nya lagi banyak guna netbook tu surf laman yang tidak sepatutnya pn ada. kalau nak tengok, sekali taip je, melambak laman web yang tak sepatutnya. so, dengan senang senang je budak budak kecik nak mengenal sesuatu yang belum tiba masanya. (faham faham sendiri la ehh). bukan itu saje, sebenarnya pemberian netbook ni lebih banyak kepada melalaikan daripada memberi semangat untuk budak budak belajar. yelaa, mana tak nya sibuk masukkan game dalam netbook, then ralit asyik main game je. sampai dah tak buat homework, tak nak keluar main ngan kawan kawan. dengan budak baru darjah berapa dah ada facebook kan. memang tak boleh blaaaa. even, sedara aku yang darjah 3 pun ada facebook. then dah pandai add orang, dah pandai chat dengan orang. biasa lah, chat, mesti ada manusia manusia durjana yang hantar chat yang merepek repek. bukan aku tak tau. aku pun pernah nak cuba cuba chat jugak dulu. sekali datang pulak 'abang gersang' laa, entah apa apa lagi. nak sebut pun malu laa. inilah perkara yang paling membimbangkan. takut makin ramai pulak budak budak sekolah yang rosak.

teknologi semakin canggih, impak positif memang banyak. tapi impak negatif lagi banyak. kepada ibu bapa yang anaknya dapat netbook ke, handphone ke. selalu selalu la pantau anak anda. jangan bagi mereka kebebasan sangat. ibu bapa kalau sibuk macam mana pun, ambilah tau anak anda berkawan dengan siapa, check handphone, netbook mereka. takut ada sesuatu yang kita tak tahu. because action speaks louder than words!

oklahh dah macam karangan kebaikan dan keburukan teknologi la pulak.

3 comments:

Arif Aiman said...

huuu... terkenang zaman skolah rndah dlu.. time cikgu takda jaa.. pnjam hp kawan main game snake.. lwn top score :p

~yayaLOVA~ said...

game snake xpe laaa. ;DD

nanad said...

betul la..budak-budak zaman sekarang terlalu advance..