Saturday, July 2, 2011

blog semak sebab otak pun semak jugak.

assalamualaikum.

maaf semua sebab dah lama tak update., faham faham jela bila dah start sem kann. memang sibuk gila tahap gaban sangat. nak update apa apa pun tak sempat. padahal banyak benda nak cerita. banyak benda nak kongsi. tapi semuanya cuma dalam draf hati dan otak je. tak sempat nak tulis apa apa. otak ni dah bersemak dengan macam macam. minggu lepas je, busy sangat sangat sebab IID. INVENTION, INOVATION and DESIGN. pertandingan reka cipta. satu pencapaian hidup yang memberangsangkan sebab masuk pertandingan reka cipta. dulu masa sekolah ada jugak buat, tapi tu cuma main main je. sekali dah masuk u ni, buat yang real punya. tu yang kagum. then, berbaloi la usaha sebab ade lah jugak dapat tempat. walaupun bukan dapat gold kann. dapat bronze je. rezeki rezeki.

minggu depan adalah minggu paling semak, sibuk dan serabut. sebab semua test dan kuiz dah berkumpul dari minggu lepas. then minggu depan semua nak buat. dengan kelas ganti pun tak nak kalah. semoga la busy busy macam ni boleh la lupa nak makan, then leh la kot nak turunkan berat badan.

lagi satu, hubungan dengan honeydew so far so good la. ktorang dah jumpa untuk pertama kali, then dah dua kali. syukur sangat sebab dia dapat terima. yelaa, sebab aku ni dah laa tak cantik, gemoks pulak tuu kann.hehe. semoga laa hubungan berkekalan selamanya. ktorang jarang la nak jumpa. sebab kalau selalu jumpa, duit banyak habis, dosa pun bertambah tambah. yelaa, bila dah nak naik bus sama sama mesti nak duduk sebelah sebelah kan. mesti laa tersentuh bahu kan. so, kami nak jarang jarang jumpa laa.

okayy macam macam yang terjadi kat malaysia ni kann. sebelum ni heboh la pasal cik hackers kann. lepastu ada pulak yang pasal fahaman komunis kembali. yang kena tahan dekat tol sungai dua kot (tak pasti kat mana). sekarang ni heboh pulak pasal BERSIH. terus terang, aku bukan lah seorang yang sangat up to date. tapi takde la sampai aku tak tahu apa yang terjadi kat malaysia ni. kalau tanya pasal POLITIK pada aku. aku memang zero. sebab pada aku belum masa aku nak join semua nie. lepas umur 20 nanti baru aku fikir sebab umur 21 dah nak kena mengundi kann. sekarang ni aku belum nak fikir pasal berat berat lagi. sebab tahun ni tahun last aku mengecapi umur belasan tahun. tahun depan dah puluh puluh. so, tahun ni kena fikir light light je.        so, jangan tanya pasal politik dekat aku. sebab memang aku belum nak fikir.

ehh, ada sesiapa tahu tak macam mana nak sekat selera makan? sebab aku tak tahu lah ada hantu ke ada cacing kerawit dalam badan aku ni. asyik lapar je. lepas makan pun aku akan rasa lapar atau rasa teringin nak makan lagi. rasa dah macam ketagihan makanan pun ada. bahaya ni. boleh mengundang pada obesiti. rasa dah  macam binge eating pun ada gak nie. menakutkan betul. dah cuba la tahan. tapi susah betul. dah cuba sibukkan diri pun macam kurang berjaya. berat memang lah tak naik, tapi takut la lama lama nanti naik balik kann. so, kepada sesiapa yang tahu, tolong lah bagitau macam mana nak kawal selera makan.

p/s: sekarang ni tengah teringin yang amat sangat pada steamboat. haritu makan dekat flaming, tapi rasa macam tak puas sebab masa tu demam, so makan tak banyak. rugi je bayar 25ringgit tapi makan tak banyak.hehe. anyway, bila pergi steamboat, benda yang paling seronok untuk dimakan adalah seafood. okayy. saya sangat cinta pada seafood. sangat sangat. malangnya dekat pilah ni memang susah lah nak dapat seafood. dekat anjung memang takde la nak jumpa scallop ke, kupang ke. yang ada pun, udang. tu pun kecik dan mahal dan jarang dapat.

mood : nak makan steamboat sangat. tak kesah kat mana mana. cepat lah belanja. nuffnang cepat lah bagi duit nak makan steamboat nie.







sumber : dari google.

No comments: