Sunday, July 24, 2011

kepada perempuan yang nak jadi pengkid

assalamualaikum.

kepada perempuan yang nak jadi pengkid, dan dah jadi. nak tanya korang. ape korang punya tujuan nak jadi pengkid. atau nak jadi lelaki? korang dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab macam lelaki ? boleh ke korang nak bagi nafkah macam mana lelaki buat ? mampu ke korang nak pertahankan awek korang macam mana lelaki buat ? kuat tak korang macam mana lelaki kuat ? sedarlah wahai kaumku, Allah dah ciptakan kita jadi perempuan. penuh dengan kelembutan. penuh dengan kasih sayang. kenapa korang nak tukar jadi lelaki. sedarlah korang walaupun korang mungkin mampu buat seperti lelaki, tapi korang tetap bukan lelaki. dan takkan pernah boleh jadi macam lelaki. korang ada halkum ? takde kann ? come on laa wahai wanita, gadis, perempuan. syukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. siapa kita nak melawan takdir. siapa kita nak mengubah ciptaanNya. sedar tak rezeki yang anda makan sekarang dari siapa ? sedar tak nikmat yang anda dapat dari siapa ? so, kenapa kita nak mengubah ciptaanNya. kenapa kita nak melawan takdirNya sedangkan rezeki dan nikmat yang kita dapat tuu datang dari Pencipta kita ?

dah dah lah tuu. sedar lah. kalau dah perempuan, tetap perempuan jugak. sampai mati, sampai kiamat kau tetap seorang perempuan. walaupun kau dah buang ke, dah suntik hormon ke, kau tetap PEREMPUAN. FOREVER!!!!

p/s: kau pengkid, bila masuk tandas, masuk tandas lelaki ke perempuan ??hahaha

Thursday, July 21, 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus



Segmen cx's : geng UiTM by campus



Assalamualaikum.

kali nie nak masuk segmen pulak. SEGMEN CX'S : GENG UiTM BY CAMPUS.

Kepada blogger yang made in UiTM tuu, boleh laa join segmen nie. boleh klik dekat banner atas tuu.

okayy, nak jawab soalan pulak.

KAMPUS:
UiTM Kampus Negeri Sembilan, Cawangan Kuala Pilah

COURSE:
Diploma in Science

PART:
3

okayy, tu jela. jom warga UiTM, kite join segmen nie. boleh laa berkenal kenalan lepas nie. 


Wednesday, July 20, 2011

red, blue, green, pink, purple, orange velvet cupcake.













wahhh, meriah gitu. yang mana pilihan anda ?

ingatkan selama nie, red velvet je. sekali macam macam kaler velvet ade kann. cuma yellow takde laa. yela, bila dah campur dengan cocoa nanti, hilang lah kot yellow nye. kahwin nanti nak bagi doorgift velvet cupcake warna warni laa. ada sesiapa nak sponsor ? padahal kawin lama lagi kann.

kenapa ehh bila masalah sikit nak lari rumah

assalamualaikum.

selamat hari rabu semua. kenapa ehh, pilih jalan penyelesaian untuk lari rumah bila ada masalah ? sedangkan setiap masalah ada jalan penyelesaian nyaa. pagi tadi baru dengar berita, ada budak perempuan sekolah lagi kot, lari rumah. sampai mak dia menangis nangis merayu supaya anak dia balik. kesian beno tengok makcik tuu. kenapa la budak perempuan sekarang advance sangat ? masalah sikit lari rumah. kena marah sikit lari rumah ikut boyfriend. come on laa. menyusahkan ahli keluarga tahu, nak pegi mencari awak. tak payah laa nak lari rumah sangat. kebanyakkan kes kes yang lari rumah, ramai remaja perempuan. kenapa ehh ? kalau sebab kena marah, tak patut laa. baru kena marah je kot. dulu aku siap kena rotan, kena bantai dengan hanger sampai hanger patah kot. yelaa, dulu aku nakal gile kot. ni baru kena marah sikit dah nak lari rumah. ingat orang lain takde keje ke selain nak mencari awak yang lari rumah tuu? yang ikut boyfriend lagi melampau. buat tindakan tak fikir panjang. kerana boyfriend, sanggup tinggalkan home sweet home. sanggup tinggalkan keluarga. siapa lah boyfriend tu kalau nak dibandingkan dengan keluarga kita yang terlalu amat sangat berharga. family is everything okayy. alaaaa, lari pun lama lama mesti kau nak balik kat keluarga kau. sebab keluarga tu segalanya. sampai bila kau dapat hidup tanpa mak, ayah, keluarga semua?

p/s: janganlah lari rumah. menyusahkan orang la nak cari.

Monday, July 18, 2011

untunglah budak sekolah sekarang!

assalamualaikum.

beruntung kan budak sekolah sekarang ? sekolah lagi dah dapat handphone. canggih canggih pulak tuu. lagi canggih dari aku punya. then, sekarang ada yang dapat netbook laa. wah wah wah. beruntung bebeno budak sekarang ni. kononnya dapan handphone boleh la senang mak ayah nak contact. tu dari sudut positif. dari sudut negatif nya ? macam macam hoi. dengan handphone ni la kadang kadang budak boleh jadi rosak. yelaaa, kecik kecik dah pandai ber'sms'. yang perempuan ber'buaya'pren sakan. sikit sikit sms. mesti sentiasa 24jam handphone kat tangan. dah ber'sms mesti nak reload pulak kann. dah membazir duit mak bapak lagi. kalau mak bapak kaya takpe. ni tak, sampai duit makan habis buat reload je. sekarang ni pulak, ada yang dah dapat netbook dari sekolah kann ? memang la dari sudut positifnya, boleh menyelamatkan alam sekitar sebab kurang penggunaan kertas yang boleh menyebabkan pokok kena tebang kan. tetapi, dari sudut negatifnya, dah semakin nampak. yelaaa, konon bagi netbook untuk buat homework ke. tapi kebanyakan nya lagi banyak guna netbook tu surf laman yang tidak sepatutnya pn ada. kalau nak tengok, sekali taip je, melambak laman web yang tak sepatutnya. so, dengan senang senang je budak budak kecik nak mengenal sesuatu yang belum tiba masanya. (faham faham sendiri la ehh). bukan itu saje, sebenarnya pemberian netbook ni lebih banyak kepada melalaikan daripada memberi semangat untuk budak budak belajar. yelaa, mana tak nya sibuk masukkan game dalam netbook, then ralit asyik main game je. sampai dah tak buat homework, tak nak keluar main ngan kawan kawan. dengan budak baru darjah berapa dah ada facebook kan. memang tak boleh blaaaa. even, sedara aku yang darjah 3 pun ada facebook. then dah pandai add orang, dah pandai chat dengan orang. biasa lah, chat, mesti ada manusia manusia durjana yang hantar chat yang merepek repek. bukan aku tak tau. aku pun pernah nak cuba cuba chat jugak dulu. sekali datang pulak 'abang gersang' laa, entah apa apa lagi. nak sebut pun malu laa. inilah perkara yang paling membimbangkan. takut makin ramai pulak budak budak sekolah yang rosak.

teknologi semakin canggih, impak positif memang banyak. tapi impak negatif lagi banyak. kepada ibu bapa yang anaknya dapat netbook ke, handphone ke. selalu selalu la pantau anak anda. jangan bagi mereka kebebasan sangat. ibu bapa kalau sibuk macam mana pun, ambilah tau anak anda berkawan dengan siapa, check handphone, netbook mereka. takut ada sesuatu yang kita tak tahu. because action speaks louder than words!

oklahh dah macam karangan kebaikan dan keburukan teknologi la pulak.

Sunday, July 17, 2011

macam macam agenda ASTRO kann ?

assalamualaikum...

lepas habis akademi fantasia, astro terbitkan rancangan baru. KILAUAN EMAS. macam macam agenda astro nak menyesatkan manusia kann ? lepas bagi budak budak muda, melayu, perempuan terkinja kinja atas pentas, melalak lalak tak tentu pasal, sekarang tarik pulak WARGA WARGA EMAS yang sepatutnya duduk kat rumah, atau masjid berzikir, jaga rumah tangga. semua ni agenda siapa nak melalaikan manusia ? akademi fantasia, yang perempuan menyanyi tak ingat. berpakaian sendat sana, sendat sini. bukan nak mengutuk habis habisan. tapi tak sedarkah kita agenda astro nak melalaikan kita umat ISLAM ni ? sama jela semua rancangan tv yang melalak lalak tuu. sekarang ni ada pulak rancangan KILAUAN EMAS kann. yang makcik makcik tak ingat, dah ada cucu, boleh pulak bantai melalak tak ingat kannn. malu lah makcik. malu laa dekat cucu cucu tengok tuu. sepatutnya mereka dididik dengan bacaan ayat ayat suci AL-QURAN oleh nenek nye. tapi, lain pulak jadinya kann.

entahlah, apa akan jadi dengan dunia yang semakin tua ni. masing masing tak ingat diri. aku ni bukan baik mana pun. tapi, marilah kita saling ingat mengingati mana yang dah lupa tuu. kita ni bukan nya muda lagi pun kann. bumi ni bukan baru lagi. dah tua pun bumi kita. dah macam macam pun yang terjadi. so, pandai pandai lah pilih yang mana satu melalaikan, yang mana satu memberi kebaikan.

jumpa lagi.

Saturday, July 9, 2011

antara kawan, kekasih dan blog.

assalamualaikum peeps!

antara kawan, kekasih dan blog? yang mana korang lebih sayang ? kalau aku, tempat pertama, mestilah blog, then kawan dan last sekali adalah kekasih. sebab, blog tetap ada dengan aku tak kira aku susah ke senang ke. memang laa blog tak dapat membantu kalau aku ada masalah. tapi bila dapat tulis dalam blog, dapat luahkan apa masalah aku, aku rasa lebih lega. seolah olah macam ada yang mendengar masalah aku. yelaaa, kan ada je pembaca pembaca. kalau kawan pulak, kadang kadang bila kita susah belum tentu lagi dia ada dengan kita. belum tentu dia dapat dengar luahan dan masalah kita. kalau kekasih. kekasih, belum tentu dia selamanya ada dengan kita kannn. so, blog adalah teman terbaik. saya sayang blog saya lebih.

so, sayangilah blog kita.

bila nafsu menguasai diri...

assalamualaikum...

bila nafsu dah mula menguasai diri, hilang dah kewarasan akal, nafsu menguasai kemampuan. yelaa, bila pegi pasar malam ni memang habis duit laa kan. itu satu, yang beli tak ingat dunia pun satu. macam macam betul makanan kat pasar tuu. macam macam yang mengghairahkan. menggoda iman dan nafsu tahu! padahal kemampuan nak makan tuu memang tak mampu kannn. nafsu membeli tu melebihi kemampuan untuk menghabiskan. so, terpaksa lah menjadi murah hati lalu memberi pada hosmet hosmet sekalian. ohhhhhh, pasar malam memang menggoda keimanan. hanya insan insan yang kental dan kuat imannya je digalakkan pergi pasar tuuu. adoiii mane lah badan aku ni tak besar gedang kannnn. yelaaa, nafsu beli dan makan melampau lampau. kononnya nak kurus, tapi hampehh je melantak tak ingat dunia. konon diet ketat, last last makan jugak. makan kalau sikit takpe, tapi, huishhhhh. tak ingat dunia. baru je semalam konon konon nak diet. siap search pasal celebrity diet laaaa. search pic model model untuk dijadikan idola laa. last last, beli macam macam.

beli banyak, tapi yang berjaya masuk perut adalah yong tau foo. yelaaa, mengidam steamboat tak dapat. yong tau foo pun jadi lah. tapi tak feel laa sebab takde seafood kann. tapi boleh jelaaa.


kononnye nak kaki macam ni. tapi pemalas nak jogging. mula mula dulu rajin gila naik tangga tapi......sekarang ? memang malas lah kannn. lif jugak laaa.



makan banyak banyak. makan macam macam.

tapi nak badan macam kat bawah ni.





           





memang tak dapat lah kak bedah oiiiiiii.


p/s:sumber google.

Wednesday, July 6, 2011

captionless















from google.

Sunday, July 3, 2011

saya nak kurus sebab nak sihat

assalamualaikum.



waa, nak kurus. nak kurus. tapi macam macam makanan teringin. adoi. nak kurus laa. nak jaga kesihatan. tak nak dah tua nanti kena macam macam penyakit. tak sanggup! tapi dah macam macam cara jugak la cuba. dulu zaman sekolah, heboh pasal jusmate, aku pun beli jugak jusmate. tapi hasilnye, hampeh je. macam tak turun ape pun. dah lah tak sedap pun. then beli pulak set sauna. tak jalan jugak. then beli la rxlite. adelah jugak 10kg turun. tapi sekarang dah tak mampu nak beli. yelaa, kopak lah kann nak beli banyak kali. dulu ada gak diet ketat, jogging bagai nak rak. tapi sekarang ni dah la busy gila. kelas habis lambat. penat pulak tuh. memang dah tak sempaat nak workout. ada tak da pun pegi naik turun tangga la nak p kelas. lepastu aku pun ade gak search pasal premium beautiful. tapi setelah ditambah tolak darab bahagi, lagi lah tak mampu. lagi pun ada jugak side side negatif yang aku baca pasal premium beautiful tuu. so, memang no la to premium beautiful. dan sekarang ni aku macam terpikat dengan herbalife pulak. tapi mahal jugak laa. tapi aku nampak banyak jugak la testimoni yang berjaya. tapi tuu la. student kan. macam mana lah nak maintain beli. lainlah kalau ada sugar daddy nak sponsor aku kann.hahaha.

okayy, sekarang ni aku nak start balik diet dan workout. target aku nak turun 5 - 7 kilos untuk raya nie. nak diet semulajadi je. tak mampu kot nak beli produk tu semua. lainlah kalau ada yang sponsor kann.

anyway: nuffnang tolong lah hulur hulur dan sedekah kat aku. nanti boleh lah beli herbalife ke ape ke kann.

astro naik harga. apa kita dapat ?

sekarang ni heboh pasal astro pulak kann. yelaa, mane tak nye kalau nak diikutkan memang ramai kan yang guna astro. sebenarnya memang kaya astro ni kann. yelaaa, dah la kena bayar tiap tiap bulan. then sekarang makin naik kadar pulak. bila tak tengok pun kena bayar jugak. kalau duk seminggu musim hujan, seminggu tak dapat tengok tv, tetap kena bayar jugak. come on lah. sekarang astro main taktik lain pulak. rancangan yang best best semua dia dah masukkan dalam saluran lain yang kena bayar. nak tak nak pengguna mesti la nak beli pakej tu jugak sebab memang dah takde cerita menarik lagi kalau tak beli pakej tuu. ape yang lebih menyakitkan, cerita dia tak nak berulang dua tiga puluh kali. sampai naik bosan. ape ni astro ? cerita indon je banyak. kadang kadang bila bukak tuu, cerita indon je. ni saluran berbayar indon ke saluran berbayar astro ?

astro jugak pandai mengaut keuntungan bila ada rancangan realiti tv. yang korang duk sms mengundi untuk akademi fantasia, mari menari, sehati berdanda, raja lawak tu semua keuntungan untuk astro. then ada pulak afundi masuk kann. lagi bertambah tambah untung astro tuu. dengan ada astro beyond lagi. macam macam sebenarnya taktik astro untuk mengaut keuntungan. dan kita, guna jugak astro tuu.

untung besar pun servis masih macam tu jugak. bila hujan, hampeh je tak dapat tengok. kadang kadang angin sikit pun dah start tak boleh tengok. apa ni astro ? kata menjanjikan perkhidmatan terbaik. tapi terbaik ape nye macam nie. kadang kadang tiba tiba tak pasal pasal tak boleh tengok. wth sehh astro ni. tapi bila call, ade technical problem. then kena bayar lagi untuk betul kan. come on laa astro!

astro naik harga. kita dapat apa ? astro untung besar. kita dapat apa ?

Saturday, July 2, 2011

blog semak sebab otak pun semak jugak.

assalamualaikum.

maaf semua sebab dah lama tak update., faham faham jela bila dah start sem kann. memang sibuk gila tahap gaban sangat. nak update apa apa pun tak sempat. padahal banyak benda nak cerita. banyak benda nak kongsi. tapi semuanya cuma dalam draf hati dan otak je. tak sempat nak tulis apa apa. otak ni dah bersemak dengan macam macam. minggu lepas je, busy sangat sangat sebab IID. INVENTION, INOVATION and DESIGN. pertandingan reka cipta. satu pencapaian hidup yang memberangsangkan sebab masuk pertandingan reka cipta. dulu masa sekolah ada jugak buat, tapi tu cuma main main je. sekali dah masuk u ni, buat yang real punya. tu yang kagum. then, berbaloi la usaha sebab ade lah jugak dapat tempat. walaupun bukan dapat gold kann. dapat bronze je. rezeki rezeki.

minggu depan adalah minggu paling semak, sibuk dan serabut. sebab semua test dan kuiz dah berkumpul dari minggu lepas. then minggu depan semua nak buat. dengan kelas ganti pun tak nak kalah. semoga la busy busy macam ni boleh la lupa nak makan, then leh la kot nak turunkan berat badan.

lagi satu, hubungan dengan honeydew so far so good la. ktorang dah jumpa untuk pertama kali, then dah dua kali. syukur sangat sebab dia dapat terima. yelaa, sebab aku ni dah laa tak cantik, gemoks pulak tuu kann.hehe. semoga laa hubungan berkekalan selamanya. ktorang jarang la nak jumpa. sebab kalau selalu jumpa, duit banyak habis, dosa pun bertambah tambah. yelaa, bila dah nak naik bus sama sama mesti nak duduk sebelah sebelah kan. mesti laa tersentuh bahu kan. so, kami nak jarang jarang jumpa laa.

okayy macam macam yang terjadi kat malaysia ni kann. sebelum ni heboh la pasal cik hackers kann. lepastu ada pulak yang pasal fahaman komunis kembali. yang kena tahan dekat tol sungai dua kot (tak pasti kat mana). sekarang ni heboh pulak pasal BERSIH. terus terang, aku bukan lah seorang yang sangat up to date. tapi takde la sampai aku tak tahu apa yang terjadi kat malaysia ni. kalau tanya pasal POLITIK pada aku. aku memang zero. sebab pada aku belum masa aku nak join semua nie. lepas umur 20 nanti baru aku fikir sebab umur 21 dah nak kena mengundi kann. sekarang ni aku belum nak fikir pasal berat berat lagi. sebab tahun ni tahun last aku mengecapi umur belasan tahun. tahun depan dah puluh puluh. so, tahun ni kena fikir light light je.        so, jangan tanya pasal politik dekat aku. sebab memang aku belum nak fikir.

ehh, ada sesiapa tahu tak macam mana nak sekat selera makan? sebab aku tak tahu lah ada hantu ke ada cacing kerawit dalam badan aku ni. asyik lapar je. lepas makan pun aku akan rasa lapar atau rasa teringin nak makan lagi. rasa dah macam ketagihan makanan pun ada. bahaya ni. boleh mengundang pada obesiti. rasa dah  macam binge eating pun ada gak nie. menakutkan betul. dah cuba la tahan. tapi susah betul. dah cuba sibukkan diri pun macam kurang berjaya. berat memang lah tak naik, tapi takut la lama lama nanti naik balik kann. so, kepada sesiapa yang tahu, tolong lah bagitau macam mana nak kawal selera makan.

p/s: sekarang ni tengah teringin yang amat sangat pada steamboat. haritu makan dekat flaming, tapi rasa macam tak puas sebab masa tu demam, so makan tak banyak. rugi je bayar 25ringgit tapi makan tak banyak.hehe. anyway, bila pergi steamboat, benda yang paling seronok untuk dimakan adalah seafood. okayy. saya sangat cinta pada seafood. sangat sangat. malangnya dekat pilah ni memang susah lah nak dapat seafood. dekat anjung memang takde la nak jumpa scallop ke, kupang ke. yang ada pun, udang. tu pun kecik dan mahal dan jarang dapat.

mood : nak makan steamboat sangat. tak kesah kat mana mana. cepat lah belanja. nuffnang cepat lah bagi duit nak makan steamboat nie.







sumber : dari google.
Daisypath Friendship tickers