holiday project 2? bila masa pulak ada yang pertama? ada lah. yang rainbow velvet cake tuu. project kali ini adalah kek karamel. terpilih untuk dibuat sebab warna dia yang menarik. aku memang suka buat kek yang colourful. meriah sikit kannn. aku memang suka baking. tapi tak suka masak masak lauk. bosan. nanti bakal suami, makan kek je ye hari hari. cukup hari bulan, kena diabetes.ohoiiiii. sebenarnya adelah jugak cita cita nak bukak bakery atau cafe. tu yang mencuba pelbagai resepi sekarang ni. yelaaa, nanti bila ada rezeki nak buka cafe senang sikit. boleh buat sendiri kann. anyway, cake ni nampak macam susah, tapi macam senang, tapi susah jugak. hoi, bahasa apa ni? senang ke susah sebenarnya? entah lah. pada aku bila kita berminat nak buat sesuatu tu, tak rasa susah pun. nak resepi? boleh lah cekidaut kat sini ye. yatie's cooking.
buruk? ye aku tau. memang lah buruk. tapi nak buat macam mana kan. beginner lagipun. lepas ni boleh la buat cantik cantik sikit kann. sekarang tengah fikir nak buat mission apa pulak lepas ni. mak kata dah tak payah buat kek lagi. nanti habis kawan kawan kat tempat keje die kena diebetes sebab aku selalu sangat bagi dorang makan kek yang manis. alaaa mak, nak buat macam mana. untung untung ada bakal mak mertua yang berkenan ke kat kek kite, dah senang nanti. oohoiiiiii. maybe lepas ni nak buat dessert pulak kot. triffle ke, ape ke. boleh bagi apa apa cadangan tak korang?
3 comments:
sedapnyee!
lepas ni wat triffle la..
best!
=)
insyAllah. tengah cari masa yang sesuai gak ni.
wahhh rajinnya anak dara ni :D
cantik lah kek tu... rasa mesti besh ni ...untung ada anak dara rajin macam ni tauu :D
Post a Comment