Assalamualaikum semua.
pernah tak korang rasa macam menyesal lepas membeli sesuatu? aku selalu macam tu. nak sangat sangat sesuatu, then dah beli, tak pakai pun. last last menyesal. memang banyak lah benda yang aku rasa macam tu. dulu konon nye nak kuruskan badan, aku beli jusmate. 2 kotak pulak tu. tamak kan. last last tak makan pun. badan pun tak kurus. sebab tak sedap. cuba bayangkan, minum feel fresh campur dengan air soya. yeuwwwww, tak sedap! asal nak minum je mesti tutup idung. rasa nak termuntah. at last, expired macam tu je. then aku beli portable sauna. yang konon nye boleh bakar lemak tanpa kena jogging. orang malas lah katekan. dah la mahal. rm400++. sekarang ni, ade lagi tersadai atas almari. tak guna pun. sia sia je. sekarang baru lah rasa macam menyesal gilaa. rm400 lebih tu kalau buat tambah tambah, boleh pergi bercuti kat langkawi siap shopping sekali. tak habis tu, beli pulak sauna belt. memang tak insaf insaf betul. kononnye nak kecik kan montot ngan peha kan. then, baru pakai sekali je. rosak dah. rm90 plak tuu. haish, membazir lagi kat situ. kalau nak cerita ape benda yang aku beli then rasa menyesal, memang banyak lah. mau dah beribu ribu duit aku. part baju lagi banyak. shawl lagi. banyak beli tapi tak pakai. then tak tahu nak buat apa, last last menyesal. menyesal menyesal.
tu laa, kadang kadang benda yang kita nak sangat sangat, bila dah dapat, mesti tak digunakan. nak nak benda tu bukan keperluan. cuma nafsu sahaja. nafsu wanita yang sembilan tu. sekarang ni bila dah besar pun kadang kadang low self management. yela, susah sangat nak manage diri supaya kurangkan membeli. susah laa nak bukak bussiness ni. management diri teruk. bila la agaknye nak belajar kawal diri ni. haishhhh. sekarang ni kena belajar untuk tak teringin apa apa. sebab aku tau, kalau aku teringin sangat sesuatu, sudah nye aku bukan menghargai pun. mesti menyesal punya lah. sepatutnya bila kita dapat sesuatu yang diidamkan sangat sangat, kena hargai. tapi aku lain lah. kalau dapat, last last mesti menyesal dan tak dihargai pun sesuatu tuu.
dah la, banyak pulak merepek ni. bye!
No comments:
Post a Comment