Saturday, August 13, 2011

kahwin muda




assalamualaikum.

kahwin muda ? best ke ? dulu aku pernah mengutuk orang orang yang kahwin muda ni. dulu perspektif aku terhadap orang yang kahwin muda ni, sangat negatif. aku fikir dorang ni dah gatal sangat nak kahwin la. padahal masing masing tak habis sekolah lagi. dah kahwin. sekarang tak lagi. lepas dihitung, tambah tolak darab bahagi, aku rasa kahwin muda lagi bagus daripada terus bergelumang dengan dosa. yela, bila jumpa je da berapa banyak dosa kann. belum lagi kalau naik moto sama ke, terpegang tangan ke, ape ke. even kalau kita rindu sangat kat orang tu pun kadang kadang boleh jadi dosa if rindu lebih lebih. cakap dalam telefon pun kadang kadang boleh jadi dosa. MasyaAllah, tak terhitung lah dosa tersebut. so, penyelesaiannya kahwin la cepat cepat. bila dah kahwin, setiap apa yang kita buat, yang menyenangkan hati suami, dah dapat pahala.

kahwin masa study? tak mengganggu study ke? pernah tak korang terfikir, bila couple time study, mengganggu ke tak study tu? kalau couple tak mengganggu, kahwin lagi lah tak. sebab, bila kahwin dosa dosa kurang dibuat. so, peratus untuk cemerlang dalam study tu sangat besar kot. berbanding dengan couple. sebenarnya setiap apa yang kita lakukan, ada side negatif dan positif. macam kahwin jugak. ada side negatif dan positif. lagipun, sekarang ni banyak betul kes khalwat, pembuangan bayi. so, untuk mengelakkan perkara perkara tersebut, kahwin boleh jadi salah satu cara penyelesaiannya. kalau korang ada kawan kawan yang nak kahwin muda, sokonglah. sebab kenapa kita tak sokong kawan kita nak buat benda baik? ubahlah mentaliti kita. jangan pandang dari sudut negatif. ingatlah, semua yang berlaku ada sebabnya.

tapi janganlah korang jumpe je boyfriend, terus nak kahwin. kahwin pun kena fikir betul betul. pilih yang betul jangan main hentam keromo je. kalau keliru, buatlah istikharah. insyaAllah, Allah akan membantu.

2 comments:

iejajajaja said...

setuju :)

iejajajaja said...
This comment has been removed by the author.
Daisypath Friendship tickers