Sunday, August 14, 2011

kenapa perlu cemburu?



 
nauzubillah.






assalamualaikum.

entry ni untuk mengingatkan diri sendiri khususnya dan kawan kawan juga. 

kenapa perlu cemburu dalam hubungan kalau percaya lagi penting? sebenarnya sangat penting untuk kita saling mempercayai pasangan. kalau kita percaya pada pasangan, insyaAllah, hilanglah sifat cemburu buta tu. cemburu tanda sayang? memanglah. tapi dah kalau cemburu sangat pun tak boleh. kalau tak cemburu pun tak boleh. semua kena ada keseimbangan. tapi yang penting percaya. kepercayaan tu lebih tinggi nilainya berbanding dengan cemburu. kadang kadang aku pun cemburu bila dia ada komen komen dengan perempuan lain. tapi aku selalu nak ingatkan pada diri sendiri. kenapa mesti cemburu kalau aku pun buat macam dia jugak. yang penting sekarang ni adalah percaya. aku pun tak suka bila dia cemburu kalau aku komen dengan lelaki lain, so kenapa nak cemburu dia komen dengan kawan perempuan dia. kalau sekarang dah cemburu, macam mana dah kahwin nanti kan? simpan je suami suruh duk dalam rumah. tak bagi dia berhubung dengan perempuan lain. yang penting percaya, dan jaga lah batas batas pergaulan tu. kepada pasangan yang dah diberi kepercayaan tu, jangan lah salah gunakan kepercayaan tu. mentang mentang lah dah diberi kepercayaan, boleh pulak nak menipu pasangan tu. tak baik tauu. segala apa yang kita buat, mesti akan dapat balasan. tak kisah la buruk ke baik ke. sekarang kau tipu pasangan kau sebab dia percaya, tapi next time kau juga akan rasa orang buat macam tu dekat kau. so, dalam perhubungan kena ada give and take. saling percaya. baru lah tak gaduh gaduh. tapi, kita juga kena ingat dan percaya pada takdir Allah. even percaya macam mana pun, jagan hubungan pun, kalau dah memang bukan jodoh, tak boleh nak buat apa apa kann ? semuanya takdir Allah. KUN FAYAKUN. JADI, MAKA JADILAH!

perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. kalau diri belum cukup baik, maka baikilah. 

2 comments:

fahmie firas said...

Best entry nie
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

atiqa aris said...

ee sadis gile cite tuu,btw sy pon dak uitm.hee salam knal:)