Sunday, November 13, 2011

holiday project 2: kek karamel

Assalamualaikum.

holiday project 2? bila masa pulak ada yang pertama? ada lah. yang rainbow velvet cake tuu. project kali ini adalah kek karamel. terpilih untuk dibuat sebab warna dia yang menarik. aku memang suka buat kek yang colourful. meriah sikit kannn. aku memang suka baking. tapi tak suka masak masak lauk. bosan. nanti bakal suami, makan kek je ye hari hari. cukup hari bulan, kena diabetes.ohoiiiii. sebenarnya adelah jugak cita cita nak bukak bakery atau cafe. tu yang mencuba pelbagai resepi sekarang ni. yelaaa, nanti bila ada rezeki nak buka cafe senang sikit. boleh buat sendiri kann. anyway, cake ni nampak macam susah, tapi macam senang, tapi susah jugak. hoi, bahasa apa ni? senang ke susah sebenarnya? entah lah. pada aku bila kita berminat nak buat sesuatu tu, tak rasa susah pun. nak resepi? boleh lah cekidaut kat sini ye.  yatie's cooking.






buruk? ye aku tau. memang lah buruk. tapi nak buat macam mana kan. beginner lagipun. lepas ni boleh la buat cantik cantik sikit kann. sekarang tengah fikir nak buat mission apa pulak lepas ni. mak kata dah tak payah buat kek lagi. nanti habis kawan kawan kat tempat keje die kena diebetes sebab aku selalu sangat bagi dorang makan kek yang manis. alaaa mak, nak buat macam mana. untung untung ada bakal mak mertua yang berkenan ke kat kek kite, dah senang nanti. oohoiiiiii. maybe lepas ni nak buat dessert pulak kot. triffle ke, ape ke. boleh bagi apa apa cadangan tak korang?

Thursday, November 10, 2011

rainbow velvet cake




okayy, masih ingat kek ni? tak ingat sudah. memang agak buruk rupa lah kek ni kan. sebab percubaan pertama pun. tapi rasa dia boleh lah. sedap sehh. macam tak percaya je, syafiqa hidayah dah pandai buat kek velvet. rainbow pulak tuu. ni persediaan nak kahwin nanti. mane lah tau, hubby nak suh buat dessert untuk minum petang ke hape ke. boleh la bagi dia rasa kann. eh, melalut pulak sampai bab kahwin. lama lagi okayy. calon pun takde. siap lari lagi mereka. takpe lah kann. takde la susah mane pun nak buat kek ni. cuma masa bakar tu oven aku senget macam tuan dia. so, kek ni nampak jadi senget lah. nampak tak yang purple tu senget? tapi tak pelah kann. beginner pun. nanti dah expert dah tak senget senget lagi kot. act, resepi ni cari time tengah keje. bosan gila hari tu takde keje na buat, so pergi la google kann. macam biasa lah. bila lapar memang syok gila google resepi lah, tengok gambar makanan lah. so, ape lagi, balik keje terus pegi cari bahan. malam tu jugak bantai buat. tak tahan punya pasal. sebab sebelum ni memang teringin gila nak makan kek velvet. akhirnya tercapai. 'ohhh, macam ni rupanya rasa kek velvet. tapi bukan red velvet lah. tapi sedap gak ah. hingga menjilat sudu. ngeeeee. okayy, banyak pulak bebel. meh la aku bagi resepi. nanti kalau dah buat, bagi aku rasa ehh. hehehe.

resepi aku ceduk dari Yatie's cooking 

rajin rajin lah pergi cekidaut ehh. banyak lagi resepi yang menarik. kepada yang dah nak kawin tu, meh la jom belajar masak. ikat perut suami melalui air tangan. tapi bukan air basuh tangan tau!

siapa kata break off tu tak sakit?


Assalamualaikum semua.

entry ni macam sedih, macam tak. tapi sedih kot. okayy, i'm officially single. no more serious relationship, no more honeydew or whatsoever. sedih? memang lah sedih. sakit? dah tentu la. break off kot! lepas dah spend time sama, sayang menyayang, then putus macam tu je? siapa kata tak sakit? sakit wohh. tapi nak buat macam mana, dah takde jodoh. siapa kita nak menidakkan ketentuan kan. kalau dah memang dia jodoh kita, nanti dia datang lah balik kan. memang lah break off tu sakit. tapi takde la sampai nak bunuh diri bagai. putus kasih die sorang. kasih Allah, mak ayah, family masih ada.

macam mana boleh putus. sebenarnya dah lama pun hubungan ni ada masalah. ada je yang tak kena. asyik nak gaduh je. dah lama die mintak break. tapi aku degil. aku tak nak lepaskan dia, sebab aku sayang dia. okayy, belum putus lagi. then sejak tu dia layan aku nak tak nak je, aku rasa tak dihargai. then okayy lah. aku pun rasa macam bodoh sebab mengharap pada orang yang tak nak kat aku. so sekarang, nak mula kan hidup baru. nak move on. nak stop semua ni. penat dah tahan sakit. sakit masa ada hubungan lagi sakit daripada sakit sebab break off. so, now i'm single. tapi tak berhasrat nak cari baru. nak stay single. tunggu degree nanti kan. mane tau ade abang engineer ke, arkitek ke terus masuk meminang kan. lagi senang. tak payah bercinta sakan. penat dah bercinta macam budak2. nak kahwin je terus nanti. senang kannn. elak dosa.hihihi. sekarang enjoy je dengan kawan kawan. mereka lebih memahami.

sindrom menyesal selepas membeli

Assalamualaikum semua.

pernah tak korang rasa macam menyesal lepas membeli sesuatu? aku selalu macam tu. nak sangat sangat sesuatu, then dah beli, tak pakai pun. last last menyesal. memang banyak lah benda yang aku rasa macam tu. dulu konon nye nak kuruskan badan, aku beli jusmate. 2 kotak pulak tu. tamak kan. last last tak makan pun. badan pun tak kurus. sebab tak sedap. cuba bayangkan, minum feel fresh campur dengan air soya. yeuwwwww, tak sedap! asal nak minum je mesti tutup idung. rasa nak termuntah. at last, expired macam tu je. then aku beli portable sauna. yang konon nye boleh bakar lemak tanpa kena jogging. orang malas lah katekan. dah la mahal. rm400++. sekarang ni, ade lagi tersadai atas almari. tak guna pun. sia sia je. sekarang baru lah rasa macam menyesal gilaa. rm400 lebih tu kalau buat tambah tambah, boleh pergi bercuti kat langkawi siap shopping sekali. tak habis tu, beli pulak sauna belt. memang tak insaf insaf betul. kononnye nak kecik kan montot ngan peha kan. then, baru pakai sekali  je. rosak dah. rm90 plak tuu. haish, membazir lagi kat situ. kalau nak cerita ape benda yang aku beli then rasa menyesal, memang banyak lah. mau dah beribu ribu duit aku. part baju lagi banyak. shawl lagi. banyak beli tapi tak pakai. then tak tahu nak buat apa, last last menyesal. menyesal menyesal.

tu laa, kadang kadang benda yang kita nak sangat sangat, bila dah dapat, mesti tak digunakan. nak nak benda tu bukan keperluan. cuma nafsu sahaja. nafsu wanita yang sembilan tu. sekarang ni bila dah besar pun kadang kadang low self management. yela, susah sangat nak manage diri supaya kurangkan membeli. susah laa nak bukak bussiness ni. management diri teruk. bila la agaknye nak belajar kawal diri ni. haishhhh. sekarang ni kena belajar untuk tak teringin apa apa. sebab aku tau, kalau aku teringin sangat sesuatu, sudah nye aku bukan menghargai pun. mesti menyesal punya lah. sepatutnya bila kita dapat sesuatu yang diidamkan sangat sangat, kena hargai. tapi aku lain lah. kalau dapat, last last mesti menyesal dan tak dihargai pun sesuatu tuu.

dah la, banyak pulak merepek ni. bye!

Wednesday, November 9, 2011

di kala kebosanan

Thursday, November 3, 2011

masak memasak


puding caramel


rainbow velvet cake


oh yeah. satu lagi pencapaian masa cuti dah berjaya. 
Daisypath Friendship tickers