Monday, August 22, 2011

kenapa lelaki lebih pentingkan kawan daripada gf dia.

 assalamualaikum semua.

lama dah tak tulis entry kan. okayy, tak payah introduction kot. terus direct je. selalu aku tertanya tanya kenapa lelaki lebih pentingkan kawan daripada gf dia. sebab aku memang tengah melalui perkara macam nie. aku tau, kaawan adalah manusia yang akan ada dengan kita even kalau bf/gf kita takda. aku tau. sebab aku pun pentingkan kawan aku. tetapi, takde la sampai sanggup kecilkan hati gf dia. memang lelaki lebih banyak masa dengan kawan dia berbanding dengan gf dia. tapi tak boleh ke dia spend time dengan gf dia kejap je. bukan nak 24 jam pun. tak sampai 10 jam pun. bukan nak selalu jumpa pun. cukuplah kalau sekadar text or call gf dia. tanya khabar ke. ni tak, tak tahu pun gf dia sakit ke, ape ke. tak ambil tahu pun. dulu mula mula masa nak usha, bukan main lagi kalau boleh nak 24jam text kan. sampai rasa membosankan sungguh. tapi sekaranh, nak tunggu 1 msg pun susah sangat. macam sibuk gila mengalahkan perdana menteri. tapi, bila kita tak layan, nanti cakap kita tak layan laa, mula la nak cari perempuan lain. tapi bila kita nak text or call dia rimas pulak. haissshhh, tak faham betul la. aku akui, kawan tu lagi penting. tapi kalau aku, even aku spend time dengan kawan, aku akan tetap cuba cari masa untuk spend time dengan bf. tapi kalau bf, memang susah nak cari masa spend time dengan aku. tak tahu lah pulak kalau aku je yang rasa atau ada antara korang pun rasa jugak. sebenarnya, bukanlah aku nak 24jam dia spend time dengan aku. cukuplah kalau text aku untuk menandakan yang dia masih ingat aku lagi. tapi entahlah.

homo sapiens yang ber'gen' XY ni complicated untuk difahami

kenapa ye lelaki macam ni? kadang kadang terasa hati jugak. tapi kita kena fikir positif kan. so, sekarang ni aku sedang positifkan cas cas negatif yang ada dalam otak aku. apa apa pun, aku percaya pada takdir. kalau memang dia jodohku, insyAllah walau macam mana pun dia tak layan aku, kami tetap akan bersama. sooner or later. kalau dah termaktub dekat luh mahfuz yang syafiqa hidayah adalah tulang rusuk salehuddin, insyAllah sooner or later we will together. insyAllah.

lelaki yang baik adalah lelaki yang menghargai wanita seperti ibunya, kakaknya, adiknya atau pun isterinya. 

lelaki yang baik adalah lelaki yang sanggup melukakan hati kekasihnya demi untuk menjaga hati ibunya. sanggup mengenepikan perasaan kekasihnya demi untuk membahagiakan ibunya. itulah lelaki yang baik. 

Saturday, August 20, 2011

jom tukar tukar banner

assalamualaikum.

hai korang.
jom tukar tukar banner. boleh la erat erat kan silaturahim.

ni banner sy.

tag2



dah amik tinggalkan komen. nanti sy datang amik banner kamu pula.

Sunday, August 14, 2011

setiap manusia ada hak dapat peluang




assalamualaikum.
perasan tak sejak akhir akhir ni aku suka buat entry jiwang jiwang dan pasal pasangan. bukan apa, entry macam ni untuk ingatan dan renungan untuk diri aku jugak. disamping dapat ingatkan orang lain.

setiap manusia ada hak diberikan peluang. ye! kalau pasangan anda tu teruk, bagilah dia peluang untuk berubah. bimbinglah dia untuk berubah. jangan senang senang je buat judgement sendiri. kan setiap apa yang kita buat ada sebab. kita pun bukan sempurna dan tak akan sempurna. so, apa salahnya bagi peluang dekat pasangan untuk betulkan semula kesilapan dia? kita pun rasa yang diri kita patut diberi peluang lagi. so, pasangan kita juga patut diberi peluang untuk berubah. perhubungan ni bukan untuk menilai kelemahan orang, tetapi perhubungan ni haruslah saling melengkapi. means that, kalau pasangan tu lemah, bantulah dia untuk menyelesaikan kelemahan dia. bagi dia kekuatan. bantu dia untuk berubah. bukan tinggalkan dia sebab kelemahan dan keburukan dia. dalam perhubungan, kita diberi peluang untuk mengenali seseorang melalui kelemahan dan keburukan dia. dengan itu, kita dapat bantu dia dan sekaligus dapat bantu kita untuk tidak melakukan kesilapan yang sama.
Love is smiling on the inside and out. -Jennifer Williams- 
pasangan salah satu cermin terbaik untuk diri sendiri. pasangan yang baik, adalah orang yang membantu membangkitkan kekuatan setelah kita lemah. yang memberi peluang kat kita untuk menjadi orang yang lebih baik setelah melakukan kesilapan. bukan orang yang tinggalkan kita atas keburukan dan kelemahan kita. apa pun, tetaplah percaya pada takdir Allah. kita merancang dengan cita cita, Allah merancang dengan cinta.

kalau kita mengharap pada manusia, kita akan kecewa. tetapi kalau mengharap pada Allah, kita tidak akan kecewa. 
cinta manusia akan pudar. tetapi cinta Allah SELAMANYA 

kenapa perlu cemburu?



 
nauzubillah.






assalamualaikum.

entry ni untuk mengingatkan diri sendiri khususnya dan kawan kawan juga. 

kenapa perlu cemburu dalam hubungan kalau percaya lagi penting? sebenarnya sangat penting untuk kita saling mempercayai pasangan. kalau kita percaya pada pasangan, insyaAllah, hilanglah sifat cemburu buta tu. cemburu tanda sayang? memanglah. tapi dah kalau cemburu sangat pun tak boleh. kalau tak cemburu pun tak boleh. semua kena ada keseimbangan. tapi yang penting percaya. kepercayaan tu lebih tinggi nilainya berbanding dengan cemburu. kadang kadang aku pun cemburu bila dia ada komen komen dengan perempuan lain. tapi aku selalu nak ingatkan pada diri sendiri. kenapa mesti cemburu kalau aku pun buat macam dia jugak. yang penting sekarang ni adalah percaya. aku pun tak suka bila dia cemburu kalau aku komen dengan lelaki lain, so kenapa nak cemburu dia komen dengan kawan perempuan dia. kalau sekarang dah cemburu, macam mana dah kahwin nanti kan? simpan je suami suruh duk dalam rumah. tak bagi dia berhubung dengan perempuan lain. yang penting percaya, dan jaga lah batas batas pergaulan tu. kepada pasangan yang dah diberi kepercayaan tu, jangan lah salah gunakan kepercayaan tu. mentang mentang lah dah diberi kepercayaan, boleh pulak nak menipu pasangan tu. tak baik tauu. segala apa yang kita buat, mesti akan dapat balasan. tak kisah la buruk ke baik ke. sekarang kau tipu pasangan kau sebab dia percaya, tapi next time kau juga akan rasa orang buat macam tu dekat kau. so, dalam perhubungan kena ada give and take. saling percaya. baru lah tak gaduh gaduh. tapi, kita juga kena ingat dan percaya pada takdir Allah. even percaya macam mana pun, jagan hubungan pun, kalau dah memang bukan jodoh, tak boleh nak buat apa apa kann ? semuanya takdir Allah. KUN FAYAKUN. JADI, MAKA JADILAH!

perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. kalau diri belum cukup baik, maka baikilah. 

Saturday, August 13, 2011

kahwin muda




assalamualaikum.

kahwin muda ? best ke ? dulu aku pernah mengutuk orang orang yang kahwin muda ni. dulu perspektif aku terhadap orang yang kahwin muda ni, sangat negatif. aku fikir dorang ni dah gatal sangat nak kahwin la. padahal masing masing tak habis sekolah lagi. dah kahwin. sekarang tak lagi. lepas dihitung, tambah tolak darab bahagi, aku rasa kahwin muda lagi bagus daripada terus bergelumang dengan dosa. yela, bila jumpa je da berapa banyak dosa kann. belum lagi kalau naik moto sama ke, terpegang tangan ke, ape ke. even kalau kita rindu sangat kat orang tu pun kadang kadang boleh jadi dosa if rindu lebih lebih. cakap dalam telefon pun kadang kadang boleh jadi dosa. MasyaAllah, tak terhitung lah dosa tersebut. so, penyelesaiannya kahwin la cepat cepat. bila dah kahwin, setiap apa yang kita buat, yang menyenangkan hati suami, dah dapat pahala.

kahwin masa study? tak mengganggu study ke? pernah tak korang terfikir, bila couple time study, mengganggu ke tak study tu? kalau couple tak mengganggu, kahwin lagi lah tak. sebab, bila kahwin dosa dosa kurang dibuat. so, peratus untuk cemerlang dalam study tu sangat besar kot. berbanding dengan couple. sebenarnya setiap apa yang kita lakukan, ada side negatif dan positif. macam kahwin jugak. ada side negatif dan positif. lagipun, sekarang ni banyak betul kes khalwat, pembuangan bayi. so, untuk mengelakkan perkara perkara tersebut, kahwin boleh jadi salah satu cara penyelesaiannya. kalau korang ada kawan kawan yang nak kahwin muda, sokonglah. sebab kenapa kita tak sokong kawan kita nak buat benda baik? ubahlah mentaliti kita. jangan pandang dari sudut negatif. ingatlah, semua yang berlaku ada sebabnya.

tapi janganlah korang jumpe je boyfriend, terus nak kahwin. kahwin pun kena fikir betul betul. pilih yang betul jangan main hentam keromo je. kalau keliru, buatlah istikharah. insyaAllah, Allah akan membantu.

terima pasangan seadanya.

assalamualaikum.
selamat berpuasa semua.
lama sudah tak jenguk blog. al maklumlah, student adalah manusia paling sibuk kat dunia..hehehe.

terimalah pasangan anda seadanya. tak kisahlah kalau pasangan tu dulu perangai buruk. sebab, mana ada manusia yang sempurna. bagi dia peluang lagi untuk perbaiki dia. jangan hentam sesuka hati je. bantu lah dia untuk berubah. sebab kadang kadang, pasangan adalah cermin terbaik pada diri seseorang tu. kita dah pilih dia, so kena lah terima baik buruk dia. once kita dah pilih seseorang tu, kita bertanggungjawab untuk menerima dia seadanya. kalau tak nak terima, kenapa dulu gatal pi pilih dia. len kali selidik la latar belakang dia, kenal dia dulu baru boleh serius. bila dah pilih orang tu, maksudnya kita dah start bagi harapan pada dia. jangan bagi harapan palsu kalau belum bersedia. terima lah dia. sebab kita yang pilih dia. bukan orang lain. even dia gemuk ke, muka banyak jerawat ke, kurus keding ke. terimalah dia seadanya. apa yang kita boleh buat, bantu dia untuk menutupi kelemahan tu. kalau gemuk, bagilah semangat kat dia untuk kurus. kalau banyak jerawat, kita bantulah dia cari jalan penyelesaian. setiap masalah ada penyelesaiannya.

once bila kita jumpa orang yang kita sayang, jangan cari yang lebih baik dari itu. hargailah dia yang ada depan mata. jangan toleh belakang lagi, sebab yang berlaku tetap berlaku. then, orang yang paling kita sayang tu la orang yang paling cantik, paling hensem dan paling baik. even ada lagi yang lebih baik dan kacak dan cantik dari dia.


Daisypath Friendship tickers