Saturday, October 22, 2011

Running man kegilaan sekarang

Assalamualaikum semua.

maaf semakin lama semakin lama tak update kan? sekarang busy dah start keje. part time je. so, nak update blog tu memang tak sempat.



okay, cakap pasal running man. wahhhhh, seronok gila. boleh jadi gila sebab tengok sorang sorang. running man ni korean variety show. sebenarnya aku bukanlah minat sangat korea ni. layan je movie, tapi takde lah gila sangat. tapi bila dah tengok running man ni aku rasa macam jadi addicted tauu. nak nak artis lelaki korea memang stok stok hot dan hensem kan. so, memang lah cair tengok. sekarang ni dah jadi kegilaan nak tengok running man tu. lagi seronok sebab kan macam macam landmark yang dorang tunjuk kat kita. tapi memang kagum lah dengan dorang ni. dah la landmark tempat dorang kena habiskan mission tu besar. so, dengan berlari nye. memang kuat kan stamina dorang ni. even Jae suk yang dah agak berumur tu pun boleh lari laju dan jauh lagi. baguslah mereka ni.

setiap episod kadang kadang ada artis jemputan nye. dah la hensem kan. baru sekarang  sebenarnya aku kenal si won, yunho, n yang lain lain. barulah datang minat sekarang ni. tapi tengok running man ni seriously boleh buat hilang stress. ketawa memanjang. macam nak pecah perut. sampai ada sekali tu nenek aku tanya, kenapa  ketawa sorang sorang. padahal tengah tengok running man tuu ha.


paling suka dengan haha. sebab dia comel. macam pororo. comel sangat pororo tuuu. yaaaaaa pororo daaaa



yooruce willis dengan sparta kook. yang paling kelakar time keluar je muka jong kook, terus ada bunyi SPARTA!!!



kang gary n ace ji hyo. MONDAY COUPLE



flower boy joong ki. comel sangat. sweet. terlalu comel lah dia ni.



kwang soo ni asyik kena buli je. kesian. asyik buat lawak je dia ni.



big nose suk jin.

kepada korang yang tak tahu nak buat apa, layan la running man ni ye. memang pecah perut. hilang semua stress. memang seronok lah.

okayy cukup lah dulu hari ni. nanti esok esok update lagi ye.

assalamualaikum.

3 comments:

siti maizurah ismail said...

betol2,,mai pun layan running man ni,,satu umah sewa layan,,,gelak sampai 2 - 3 pagi time study week ari tu,,hehe..

~yayaLOVA~ said...

waaaa, seronok tengok ramai ramai kann.

Huzniey Saad said...

okay serius running man mmg lawak habis! tak sah kalau tak gelak hahaha :D