Sunday, October 23, 2011

lelaki dan blog? so sweet lah

Assalamualaikum.

tengok sekarang pun dah ramai yang berblog. zaman aku start berblog pun dah ramai je yang ada blog. masa start blogging dulu time sekolah lagi. sekali tengok balik entry entry dulu rasa macam nak gelak. yelaaa, entry semua tak matang. cerita pasal budak budak yang aku minat lah. kelakar sungguh. dulu aku tak tahu pun blogwalking tu ape. yang aku tau dulu aku menulis je. untung untung jela kalau ada orang follow. baru sekarang lah pandai nak blogwalking. baca entry orang pulak. cuma semakin malas nak update blog sendiri lah ye kan. idea dah datang, sekali baru satu line tulis terus simpan dalam draf. tak tahu dah nak menulis ape.

btw, aku sangat suka tengok lelaki ada blog. tak tahu kenapa. sebab pada aku, bila dia ada blog, dan rajin update rasa macam dia seorang yang prihatin dan ambil berat kot. sebab ada certain lelaki tak layan benda remeh temah ni kan. act, bukan remeh pun blog ni. sekarang ni blog dah semakin bermakna. tapi, lagi best kalau lelaki tu jenis yang tulis blog pasal life, pasal diri. berbanding dengan tulis pasal isu semasa or iklan je banyak. rasa macam lelaki tu bertanggungjawab lah sebab sanggup luangkan masa untuk blog. nak nak kalau yang jenis memang busy dengan keja, tapi boleh ada masa nak update blog. memang terbaik. sebab lelaki jarang nak cerita dekat orang pasal diri dia. so, dengan adanya blog dia nampak lebih cool sebab boleh berkongsi cerita dengan pembaca yang dia tak kenal. rasanya kalau dapat boipren yang ada blog kan, memang coolio. cool habis. nampak macho gitu.eheeee

4 comments:

Noor Maizan said...

btol2..suka tgk blog laki..cooollll

syadayah said...

kannn, macam zahiril adzim tu. cool habis kot.

Aien Not Alien said...

yelah...lelaki dengan blog...

sesuatu disitu.. :)

syadayah said...

haaa, betul tu

Daisypath Friendship tickers