Thursday, June 2, 2011

oh, ape nak jadi dengan dunia ni? orang mengaku gay lah, mengaku tiada dara lah.haishhhh.

hari tu kecoh pasal lelaki yang mengaku diri dia gay. hari ni kecoh dengan 'adik' mengaku diri tidak ada dara. oh, apa akan jadi dengan malaysia satu hari nanti. pengakuan apa pulak selepas ini? malaysia ni dah macam bukan negara islam. dah macam negara barat. dengan kecoh video seks sana sini, isu gay, lesbian, tiada dara, buang bayi. tolong lah, ini adalah malaysia. negara aman, negara yang terkenal dengan agamanya. AGAMA ISLAM. kalau isu isu panas video seks, gay, lesbian tu berkaitan dengan orang bukan islam, boleh la nak dirunding. tapi sangat malang sebab insan insan yang menimbulkan isu isu panas dan menimbulkan pencemaran adalah MELAYU. dan lebih malang sekali ISLAM. mencemarkan agama. kalau macam ni, macam mana orang bukan islam nak tabik pada islam. macam mana mereka nak tertarik pada islam kalau perbuatan perbuatan umat islam itu sendiri telah mencemarkan agama islam.

GAY DAN LESBIAN
kenapa jadi macam ni. sedangkan Allah dah ciptakan manusia berpasang pasangan lain jantina. mungkin mereka beralasan kalau berhubungan sejenis, mungkin akan mengurangkan risiko pembuangan bayi. tapi, tak sedarkan yang perbuatan ini sama saja terkutuk dengan perbuatan membuang bayi? apa yang merekan dapat kalau membina hubungan sejenis? lepas tu, dengan bangga diri mengaku bahawa diri tu gay or lesbian. siap buat laman web la, siap ada fanpage la. apa dah takde keje lain ke mereka ni ? kenapa? kenapa semua ni terjadi ? kurang didikan agama ? tidak, kadang kadang tu bukan faktor sebenar. sebab sesetengah mereka ni sebenarnya datang dari keluarga yang mempunyai latarbelakang keluarga yang penuh dengan didikan agama.

TIADA DARA
tak payah la bangga dan berani sangat buat pengakuan macam tu. seolah olah mencemarkan maruah sendiri. ingatlah adik oii, awak tu 'kecil' lagi. hidup ni bukan untuk suka suka je. hidup cuma sekali. so, yang sekali tu kita kena isi dan nikmati dengan sebaik yang mungkin. atau maybe 'adik' rasa perbuatan awak nie salah satu cara nak menikmati hidup, tak tau lah pula. tapi jangan leh merendah rendahkan diri sendiri. sekarang mungkin awak rasa seronok, tapi belakang hari kita tak tahu kan. tak sedih ke bila sesuatu yang patut kita jaga, yang sangat sangat istimewa, yang memang khas untuk suami kita dah tiada lagi ? tak rasa menyesal ke?

p/s: mesti trafik blog awak kencang kan dik oii. yela, tiba tiba dapat follower beribu riban tuu. mesti dapat banyak BE kan. hahaha.




3 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

semakin maju sesuatu negara, semakin teruk la moral dan tamadun sesuatu bangsa tu... hope malaysia xjadi negara sekular kn :(

syadayah said...

aminn

Syazwani Mazlan said...

HAHA , nak femes cara mudah. tapi maruah habis mcm tu je =_='

Singgah Sini pulak:
Isteri mesti Layan Suami mcm PELACUR KELAS ATASAN? Patutkah?

Daisypath Friendship tickers