Thursday, September 19, 2013

Jobless

Assalamualaikum.

Sihat ke? Aku sihat je. Duk rumah ni makin lama makin sihat. Mana tak nya makan sedap sedap. Nak makan apa, masak je. Kalau malas pun keluar beli makanan. Dah la aktiviti fizikal pun kurang. Zaman duk kolej dulu best. Nak makan pun kena catu, kena berkira. Sehari makan sekali je. Yelaa duit takde kan. Pulak tu pegi kelas jalan kaki. Walaupun tak jauh mana, at least ada jugak la perpeluhan tu kan. Ini duk rumah setakat kemas2 rumah cuci toilet je pun. Ohh rindu betul zaman belajar. Tapi kalau dapat balik zaman belajar, tak nak belajar. Haha malas dah.

Sekarang ni stress betul nak cari kerja yang gaji okay sikit based on kelulusan yang aku ada. Kebanyakan vacancy yang berkaitan dengan lab ni semua kena ada degree. Oh mannnn. Memang tak dapat la kan. Belajar pun takat diploma je pun. Ade je aku hantat resume kat mana2 vacancy yang nak pakai kerani ke ape. Tapi aku x faham betul takde sape pun yang panggil aku interview ke ape. Stress betul. Kalau dah takde vacancy, cabut la iklan tu. Haha mawahhh pulak kan.

Kalau orang tanya aku, tak sambung degree ke. Aku macam tak reti nak jawab. Sambung tu memang nak. Tapi aku x dapat jangka lagi bila. Kalau ada rezeki, In shaa Allah aku sambung tahun depan. Kalau takde rezeki, buat la pjj nanti. Tapi syarat pjj sekarang ni mesti dah keje lebih kurang 5 tahun. Aku ni bukan la tak nak sambung. Tapi kadang kadang aku rasa macam penat nak belajar. Ish3 teruk kan. Okayy maksud aku bukan la penat nak menuntut ilmu. Tapi penat sebab belajar benda yang kadang2 kita tak minat. Kalau dah tak minat mesti jadi camni, dalam kelas tak fokus, balik kolej tak study semula. Esok nak quiz, test atau exam baru study. Tutorial pun malas nak buat. Memang student berkeladak aku ni. Masa zaman diploma dulu aku rasa macam terpaksa sangat belajar. Sampai rasa nak menangis study untuk test. Sebab rasa terpaksa. So dengan itu aku rasa tersangat la membazir dengan loan yang aku dah buat, kesudahan nya belajar main2. Nak sambung degree pulak. Bukan murah2 je. Mau nye aku kena sambung loan lagi. Kan membazir macam tu. Loan puluh ribu, sudahnye jadi student berkeladak. Tapi keladak aku pun diploma 3 pointer lagi la. Lepas tu bayangkan la abis degree nanti belum tentu terus dapat kerja. Memang melangut je. Dengan hutang piutang nak kena bayar. Kalau dapat pun gaji berapa la sangat dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Lagi 4 tahun cam mane la agaknye. Freshly graduated, kalau gaji setakat 2-3 ribu memang berangan la nak pakai honda city. Setakat myvi boleh la. Dengan harga kereta makin mahal, sewa rumah lagi, loan belajar lagi, makan lagi, nak saving untuk kawin la. Belum masuk lagi nak beli baju, beg, make up lagi. Tercungap cungap la tengah bulan. Belajar bertahun tahun, loan beribu ribu, keje hari2 semata nak bayar loan saje. Haha penat kan. Pada aku biar lah aku kumpul dulu duit nak sambung study tu. Penat dah aku ni pinjam dengan ptptn tu. Yang diploma tu pun entah bila la agaknya habis bayar.

So kesimpulannya aku pun tak tahu aku nak keja apa. Ada diploma pun susah nak dapat kerja. Entah la.

Entah. Okay dah bye. Macam takde kena mengena post dengan tajuk. Haha lantak.

Tuesday, September 17, 2013

Random

Assalamualaikum.

Kenapa entah tahap pemalas nak update blog tu makin menjadi jadi pulak. Aku suka baca blog orang tapk memang teramat la malas nak update. Dulu time zaman budak baru nak up, zaman sekolah kemain hari hari pegi cc nak update blog punya pasal. Makin tua ni makin malas la pulok. Perangai betul.

Sekarang ni aku dah macam penganggur tapi tak berapa nak menganggur la. Ada je keje. Tapi keje macam main main. Maksud aku main main ni sebab keje tak berdasarkan qualification aku pun. Keje jaga kedai tudung. Kawan aku siap cakap, 'loan belas belas ribu, belajar pulun 3 tahun, sekali keje jaga kedai tudung je'. So what? Tak boleh ke keje kedai tudung tu? Ehh come on, belajar tak pulun mana pun la. Ala aku pun sebenarnya tak tahu dan tak terfikir nak keje apa. Dengan diploma yang aku ada ni. Too general. Takde major. Nak cari keje pun susah. Dah la diploma je pun. Sekarang ni kalau betul nak keje bidang yang kita belajar dengan gaji yang boleh bernafas lega, at least kena ada degree. Setakat diploma yang aku ada ni, memang tak payah berharap tinggi sangat akan dapat kerja yang good good gaji pun masyuk. Kalau ada pun rezeki orang tu la. Nak masuk gomen? Ohhhh memang berjanggut la oi. Aku kan macam belum jumpa lagi ape ape kerja yang sangat sesuai dengan aku, melainkan aku jadi sales assistant atau promoter. Entah kenapa macam bidang tu la yang cocok dengan aku.

Sebenarnya cita cita aku nak jadi bos. Haha. Tinggi betul impian kan. Tapi memang betul. Aku suka jadi bos. Aku nak ada bisnes sendiri. Aku nak jadi bos sebab aku suka sangat jalan2 waktu orang semua tengah keje office hour. Haha merepek. Betul la, best ape. Orang lain tengah pulun kerja stress, kita boleh lepak lepak, shopping. Ohhh bahagia sungguh. Lepas tu aku rasa macam nak jadi surirumah. Jaga anak2, masak, kemas rumah. Tak payah nak stress kena marah bos la kawan kerja buat hal la. Ahhh kalau kawin dengan suami kaya boleh la cerita nak jadi surirumah kannnn.

Zaman sekarang ni kalau suami kerja pegawai je pun, nak harap dia sorang tanggung ekonomi keluarga, memang semput di tengah bulan la jawap nya. Isteri mesti kena ada kerja. At least kalau buat part time bisnes ke, menjahit ke, tambah duit poket la yang penting. Ko bayangkan gaji suami 3000-4000 dia sorang keje. Dengan nak bayar rumah, kereta, bil segala bagai, belanja dapur lagi, ko nak nafkah beli handbag dengan baju lagi. Ingat cukup ke dik non? Tak cukup! At least memang la isteri isteri kena ada keje. Tolong menolong katanya.

Lepas tu sekarang ni aku runsing sangat terhadap nasib aku akan datang. Yelaa sekarang ni je barang harga kemain mahal. Harga barang kawin pun mahal. Hari tu aku survey kat makcik tu dia nak kawin kan anak. Amik pakej satu baju sanding, baju potong kek, pelamin guna bunga hidup dgn tempat makan ke bilik kot. Total cost dlm 4000. Oiii mahal nye. Come on laaa motif sangat potong kek nak kena pakai baju lain bagai. Haha. Zaman sekarang ni pakej kahwin semua harga tak munasabah. Ko bayangkan la ko kawin buat majlis 1 hari je pun, tapi belanja total habis rm20,000. Ko faham tak 20,000 tu ko boleh buat downpayment honda city? Okayy la aku faham, korang kan berada kan. Makcik kayooo ada duit lebih ape salahnya kan. Ni aku cerita yang tak berapa banyak duit la. Aku ada baca buku 'rancang wang sejak jatuh cinta' memang best. Buku tu ajar ko cara nak bajet2 untuk kawin. Sesuai sangat la dengan aku yang tak de keje, xde duit tapi nak kawin.hihik. dalam buku tu dia cerita apa benda yang tak penting yang selalu kita membazir. Contoh macam hantaran tu. Kemain masing2 nk vogue kan. Barang semua nak branded. Dalam buku tu cakap x penting pun benda tu semua. Kalau niat ko bagi hantaran tu sebab nak bagi hadiah, bagi jela lepas kawin. Tak payah membazir sangat kat majlis kawin yang sehari je tu. Bukan orang ingat pun kan. Yang penting kehidupan lepas kawin tu kita tak sesak. Ni yang paling aku rasa tak munasabah, pakej fotografi. Kemain beribu beribu. Padahal nanti dapat photo album lepas tu simpan sendiri, berhabuk. Bukan nya ada sesiapa nak tengok pun. Mula2 kawin je ada orang nak tengok. Okay la aku terima nak buat kenangan tunjuk kat cucu cicit kan. Tapi tak payah kot sampai pakej beribu ribu. Pakej fotografi rm2000 lebih tu, baik aku beli microwave untuk lepas kawin. Senang aku nak panas kan lauk bagi laki aku makan. Hahaha.

Takde la aku cerita ni untuk sesiapa yang nak kawin tapi still nak jaga bajet. Kalau korang duit terlebih lebih 7 keturunan makan tak habis, terpulang la. Korang nak buat kenduri 7 hari 7 malam pun takpe. Ape pun dalam nak buat majlis majlis macam ni, yang penting kita nak keberkatan dari Allah SWT. Tak payah la kejar kejar nak ikut adat tu, ikut adat ni, nak berbalas balas, nak menunjuk nunjuk bagai. Perkahwinan kan suci? Penyatuan dua jiwa, membina masjid yang indah. Kalau niat nak menunjuk nunjuk kenduri gah, nak jaga hati orang lain, tak nak dorang mengata la, baik lupakan. Lepas majlis tu dah habis majlis dah. Orang bukan ingat lagi pun. Kita biar la buat ikut kemampuan kita. Tak payah sampai nak berhutang hutang demi majlis besar besaran nak jaga hati orang katanya.

Apa yang penting, keberkatan okay?

Haa okay lah cukup dah kot bebelan random ni. Esok esok update lain pulak.

Daisypath Friendship tickers