Monday, July 15, 2013

Resepi Homemade Meatball

Assalamualaikum.

Saje je puasa ni nak update resepi kan. Okayy dah seminggu buat meatball ni sebenarnya. Tapi baru ni teringat. So baru ni lah aku nak upload. Ehhh kejap sape kata minum herbalife tak boleh makan benda lain kan? Boleh je. Yang penting jangan la melantak. Lepas makan tu detox balik dengan teamix dan tc formula okayyyy. Actually dah lama teringin makan meatball ni. Aku pernah makan kat ikea sekali je. Kesian kan? Yela duk kampung. Tak kan nak g kl semata mata nak dapatkan meatlball ikea je. Lepas tu aku memang malas nak beli yang dah siap punya. Sebab kadang kadang yang siap punya ada yang rasa tak sedap. So aku takut salah beli. Lepas tu kan process food ni tak berapa elok pun untuk kesihatan kan. So layan jelah resepi hari ni okay. Resepi meatball sekali dengan gravy dia.

Resepi Meatball

250-300 gm daging kisar ( brand Ramly)
300 gm daging segar yang dikisar sendiri
Bawang putih
Sebiji bawang besar Holland (dikisar)
Bread crumb*
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur ( dipukul)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
50ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menguli

*untuk bread crumb aku buat sendiri guna roti. Sebab aku malas nak pegi beli bread crumb. Kebetulan ada roti kan. So roti dibakar sampai rangup, lepas tu kisar guna pengisar kering.

Cara-caranya

Masukkan semua daging kisar, bawang holland, bawang putih, serbuk lada sulah, lada hitam, tepung, bread crumb, telur dan susu.


Uli semua bahan sampai sebati. Lepas tu kalau agak2 adunan tu nampak lembik sangat, tambah lagi bread crumb dan tepung.


Lepas tu bulat kan meatball. Tips supaya meatbal tak melekat kat tangan, kena sapu dulu minyak. Then barulah bulat bulat kan ia. Then kita kukus meatball tu. Kalau nak goreng terus pun boleh. Terpulang. Aku kukus dulu sebab nak bagi dia masak terus dalam dan luar lepastu boleh simpan dalam freeze. So anytime aku nak makan, tinggal goreng je. Korang nak kukus lepastu bakar pun boleh, nak buat pan sear pun boleh, nak deep fried pun boleh, nak bakar pun boleh. Terpulang. Ikut korang. Kalau nak healty better kukus lepas tu bakar la. Oleh kerana aku ni oven rosak, so aku kukus lepas tu pan sear je. 

Untuk gravy pulak.


2 sudu butter
1 biji bawang besar Holland (dipotong dadu)
2 Ulas bawang putih (dimayang)
3 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu kicap manis
100 ml susu segar
1 cawan air
1 kiub pati lembu
1/3 sudu tepung gandum
1/3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
1 sudu kecil lada sulah dan lada hitam

Cara-caranya
Panas kan kuali dan cairkan butter. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter yang dah cair sampai wangi. Masukkan tomato. Kacau sampai layu. Masukkan kiub lembu, lada sulah, lada hitam, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau sampai sebati, masuk kan susu segar dan air. Lepas tu masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau lagi sampai masak. Then masukkan semua bahan dalam kualiti dalam blender. Blend sampai tekstur dia halus dan pekat. Lepas tu masuk balik dalam kuali n kacau kejap bagi panas. Then siap. Sedia untuk ngappppp. hihikkk



Dan hasil nyaaaaaa memang marvelous. Makan la dengan side dish ape2. Tapi kalau korang tengah on going weight loss aku cadangkan jangan nak tambah kalori lain pulak. Makan la dengan steam vege macam brokoli ke, carrot, mashed sweet potato ke. Tak kisah la. Janji kreatif. kalau boleh elakkan la makan dengan fries. 









No comments:

Daisypath Friendship tickers